0.5 | Kau tu dahlah payah gila nak suka lelaki, nasib baik aje tak bengkok.

996 117 9
                                    

Beg Tesco yang sering digunakan untuk meletak barang-barang yang dibeli menggantikan beg plastik aku bawa ke bahagian luar kafe Starbucks. Mataku meliar ke satu per satu meja di luar kafe itu. Mencari kelibat seseorang yang harus aku meluangkan masa dengan mengenalinya menerusi janji temu buta yang diaturkan oleh Mama. Pemerhatian aku terhenti saat pandanganku jatuh pada seorang lelaki tinggi lampai berkemeja hitam di satu meja. dia sedang leka memerhati cawan minumannya yang sudah penuh berisi air kopi. Aku senyum nipis melihat perbuatannya. Wajahnya masih tidak dapat kulihat dengan jelas. Rambutnya ditegakkan menampakkan dahinya yang luas.

Telefon di tangan aku angkat separas dada. Aku melihat mesej Mama tadi yang mengatakan lelaki itu memakai baju kemeja hitam. Aku menoleh ke sekeliling melihat berapa ramai orang yang memakai kemeja hitam. Ternyata hanya jejaka itu seorang. Langkah aku perlahan mendekati mejanya.

Perlahan-lahan dia mengangkat wajah membenarkan aku melihat wajah kacak itu dengan jelas. Aku terpana. Matanya sedikit sepet seperti orang Cina tetapi masih tidak mengurangkan kemelayuan pada wajahnya. Eh, apa aku ni? Warna kulitnya tidak begitu cerah, tidak juga terlalu gelap. Sangat perfect! Dagunya tajam, matanya redup berwarna hitam pekat. Keningnya nipis. Dua ulas bibir itu berwarna merah jambu seperti dioles gincu berwarna merah jambu. Dia hanya menggayakan baju kemeja hitam bersama dengan seluar jeans. Ya Allah, kacak sungguh hamba-Mu ini!

Dia mengerutkan kening. "Are you Dhiya Adriana? Or should I call you, Dee?"

Suaranya yang serak-serak basah itu melengkapkan lagi kesempurnaan yang ada pada dirinya. Ni kalau baca ayat al-Quran mesti sedap. Tambah cair aku, babe! Aku melebarkan senyuman manis. "Dee. Just Dee. Alif Danial?"

Senyuman tampan diukir. "Last time saya check my birth certificate, memang nama Alif Danial yang tertulis."

Aku angguk. "Good to know that." Aku meletakkan beg Tesco di kerusi sebelahku. "Tunggu kejap, saya nak beli kopi."

"Saya boleh tolong belikan," tawarnya.

"Tak perlu. Saya boleh beli sendiri. Just wait." Pantas aku menghalangnya dari berdiri. Aku memberi satu senyuman sebelum masuk ke bahagian dalam Starbucks untuk memesan air kopi kegemaranku.

Aku memanjangkan leher melihat Alif Danial di bahagian luar. Bimbang juga sekiranya kucing yang aku letak di dalam beg Tesco itu memunculkan diri di hadapan Alif Danial. Masak! Silap haribulan aku pecah rekod hidupku, dihalau kerana membawa binatang meskipun tidak masuk ke dalam bangunan pasaraya ini.

"Dee!" Aku menoleh saat namaku dipanggil menandakan pesanan aku sudah siap. Aku kembali keluar menuju ke meja yang diduduki Alif Danial tadi. Aku menanggalkan cermin mata hitam yang baru kusedar tidak aku tanggalkan dari tadi lalu kuletakkan atas meja.

Menghilangkan rasa janggal apabila duduk berdepan dengan lelaki bernama Alif Danial, aku menyedut air kopi. Mata aku larikan mengelak dari bertentangan pandangan dengannya. Come on, Dee! Dia tu manusia berjantina lelaki. Macam Adam dan Zafri, bukan makhluk berbulu yang muncul di mana saja kau berada yang kau beriya nak takut bagai!

Ish, aku lebih rela hadap makhluk berbulu yang tak boleh bercakap bahasa manusia daripada manusia yang memang dah sah faham apa yang aku katakan.

"Ehem... Cik Dee? Saya hensem sangat ke sampai Cik Dee tak bercakap dari tadi?"

Aku menoleh ke arahnya saat mendengar namaku disebut. Aisy, kedengaran seperti irama lagu saat dia menyebut namaku!

Apa, Encik Alif? Hensem sangat? Oh no, kau hensem gila nak mati!

Lidahku terkelu. Suara aku hilang seakan-akan baru diambil oleh Ursula dalam kisah dongeng The Little Mermaid. Aku hanya mampu memberi senyuman menggantikan kata-kata.

Kucing, Kau Kenapa?Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon