0.3 | Jangan, lepaskan aku. Tidakkk!

1.1K 119 19
                                    

Aku mengembungkan pipiku menahan diri dari mengeluarkan suara. Tekanan yang diberikan oleh Sarah pada kakiku kian kuat. Pandangan aku hala pada Mia yang sedang menyiapkan makanan tengah hari. Miasara Nadira atau lebih selesa dipanggil Mia ialah pengurus merangkap pembantu peribadi Sarah. Dia sebenarnya kawan sekelas kami di sekolah sejak tingkatan empat. Entah bagaimana Sarah boleh mengupahnya menjadi pengurus. Waktu sekolah dulu, dia takdelah rapat dengan kami berdua. Tapi aku kenal Mia baik orangnya walaupun mulut boleh tahan berbisa.

"Aduh aduh, oii!" Erangan kesakitan yang tadi sedaya upaya ditahanku terlepas jua. Aku memanjangkan tangan ingin menampar bahu Sarah melepaskan rasa marahku gara-gara Sarah yang tidak mengenal erti rasa sakit yang dialami oleh 'pesakit'nya. Tetapi Sarah berjaya mengelak seranganku. Bertambah rasa sakit di hatiku.

Sarah masih tidak peduli dengan aduanku, sebaliknya dia memicit kakiku dengan kuat. Terjerit aku sekali lagi. Kucing yang tadi duduk di sofa berjalan mendekati Mia. Sudah penat melihata drama tidak berbayar aku barangkali.

"Woi, sakitlah!"

"Heh, bisinglah mulut kau ni! Kau jugak yang call aku suruh urut kau. Kucing, kau tengok Si Dee ni tau merungut je, dahlah kacau aku tengah shooting," rungut Sarah.

"Baguslah, aku membantu kau lari dari maksiat."

Dush! Padu ayatku menumbuk ke dasar hati Sarah. Dia terkebil-kebil sebelum mempertahankan diri, "Hei, aku berlakon mana pernah pegang tangan lelaki. Ish, dia ni!" Sarah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tangannya yang berminyak disebabkan minyak angin yang disapu pada kakiku. Aku gelak kecil mendengar respon kawan baikku. Tak berniat apa-apapun, aku pun masih belum layak bergelar muslimah sejati. Tambahan pula agak sukar untuk aku menyarung sehelai kain menutup bahagian kepala.

Aku menjatuhkan kakiku ke atas lantai perlahan-lahan. Mengubah posisi baring kepada duduk. Selepas diurut teruk oleh Sarah, barulah aku rasa lega sikit kaki aku ni. Pandanganku beralih pada Mia. "Mia, kau ambiklah mana-mana ayam yang banyak isi tu bagi dekat kucing ni. Lapar kut!" suruhku.

"Ha, aku nak bagilah ni."

Tadi sebelum Sarah datang dengan Mia ke rumahku, mereka sempat singgah ke KFC untuk membeli makanan tengah hari. Sementara Sarah mengurut kakiku, Mia memasak nasi untuk dimakan bersama dengan ayam KFC dan menghidangkan makanan di atas meja makan rumahku. Tak lama kemudian, Sarah kembali. Dia terus berjalan ke ruang makan dan menarik satu kerusi untuknya. Aku bangun. Perlahan-lahan melangkah ke ruang makan.

"Kau boleh jalan tak, Dee?" soal Sarah prihatin.

Puih, prihatin! Tadi kejam urut aku teruk-teruk!

Elehe, sekurang-kurangnya kaki kau dah semakin baik. Bersyukurlah, Dee.

Ops, alhamdulillah!

Aku menarik satu kerusi sebelum melabuhkan punggung. Mataku teralih pada kucing yang makan di depan peti ais.

"Mana datang kucing tu, babe? Bukan ke mama takut kucing? Kau beli senyap-senyap? Sebab tu ke, kau beriya nak pindah dari rumah?" soal Sarah bertubi-tubi.

Aku geleng, menjawab semua soalan Sarah. "Aku tak tahu. Aku jatuh tadi tu, sebab kucing tulah. Aku sendiri pun terkejut." Aku mulakan cerita dari A sampai Z, apa yang berlaku sebentar tadi. Sudahlah pakaian kerja aku masih tersarung di tubuh lagi. Lengan baju kurung aku lipat hingga ke siku tidak mahu sebarang kotoran mengenai baju kurung.

"Jadi, dia masuk rumah kau waktu kau tengah kerja? Hmm... Kau lupa tutup pintu rumah ke, Dee?" Mia bertanya aku pula. Satu ketul ayam dicapai.

Aku mengerutkan kening. "Aku rasa aku dah tutup pintu tadi. Tapi entahlah, boleh jadi aku tutup betul. Masalahnya, aku takde nampak pun kucing ni sebelum ni. Orang dekat sini macam takde yang bela kucing pun? Kalau ada pun, mesti dia orang tak lepaskan, sebab takut hilang. Jiran sebelah rumah aku, Kak Rin tu takde bela kucing rasanya. Tapi yang lelaki bujang ni, aku tak tahulah. Dah seminggu duduk sini, tak pernah lagi aku nampak muka dia." Aku cuba membuat spekulasi.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now