2.6 | Mana kau sorok Dee?

801 80 42
                                    

Jantungku berdegup laju dari biasa. Hatiku berasa gusar setiap saat aku berada di sebelah lelaki ini. Tidak seperti kali pertama kami bertemu. Kali ini terasa sangat berbeza. Terasa seperti sesuatu yang buruk akan berlaku bila-bila masa saja. Terasa seakan aku berada dalam bahaya. Tanganku menggenggam tali beg. Aku cuba menenangkan diriku.

"Dee, awak okey? Kenapa nampak macam takut aje? Saya buat awak takut ke?" soal Helmi prihatin. Wajahnya kelihatan risau.

Aku senyum palsu. "Takde apalah. Saya okey. Mungkin sebab tempat ni crowded kut." Pandangan aku hala pada sekeliling. Memang ramai orang pada malam ini. Mungkin hanya perasaanku saja. Tidak mungkin lelaki ini ada apa-apa niat jahat padaku. Kalau adapun, mana mungkin dia buat dalam keadaan ramai orang di sini.

"Awak nak makan? Kita pergi makan dekat stall burger sana tu."

Aku angguk. Satu tangan mengusap perut perlahan. Rasa lapar yang muncul serta merta mengingatkan aku bahawa aku tidak makan apa-apa sejak keluar dengan Adam pagi tadi. Aku menyelesaikan kerja menanda kertas peperiksaan sehingga terlupa waktu sudah hampir malam. Mujur aku tidak lupa akan pertemuanku dengan Helmi malam ini. Tidaklah aku kelam-kabut seperti pagi tadi.

"Awak duduk sini, nak apa? Saya order."

Kepalaku berpaling pada banner yang menunjukkan menu yang dijual. "Burger daging special sajalah."

Helmi berlalu mendekati tukang masak untuk memesan makanan. Aku mencantum jari kedua-dua tanganku. Ibu jari aku pusingkan cuba meredakan rasa gusar yang masih belum pudar itu. Mataku memerhati sekeliling. "Awak selalu pergi sini ke, Helmi?" tanyaku pada lelaki itu saat dia kembali mengambil tempat di hadapanku.

Helmi angguk. "Setiap tahun. Tapi biasa saya pergi seorang, tahun ni, saya bawak awak." Dia senyum misteri.

Aku ketap bibir. Aku tidak dapat meneka maksud di sebalik senyuman dan kata-katanya. Adakah aku patut rasa terharu kerana aku orang pertama yang dia bawa ke sini? Tapi mengapa aku rasa meremang? Aku membuka telefonku. Berlakon seperti tiada apa-apa.

Helmi berdehem. "Apa jadi dengan Sarah dan lelaki tu?" soalnya membuka topik.

Aku jungkit bahu. "Tak tahu. Dia takde cerita," jawabku jujur. Sedaya upaya aku mengelak dari bertembung dengan matanya.

"Parents awak kerja apa?"

"Some business," jawabku acuh tak acuh.

"Both?"

"Papa saya."

Helmi angguk perlahan. "Awak pernah ada boyfriend?"

Aku geleng. Perbualan kami pada malam itu sangat ringkas. Dia tanya, aku jawab sepatah. Saat makanan kami sampai, barulah Helmi berhenti menyoal. Aku melirik jam tangan. Bilalah benda ni nak habis? Aku mahu pulang! Rengekku dalam hati.

Helmi ada beritahuku tadi, acara terakhir adalah pertunjukan bunga api. Dia biasanya akan tunggu sehingga pertunjukan itu tamat sebelum pulang ke rumah. Bermakna lama lagi aku boleh balik ke rumah. Jam baru menunjukkan pukul 9.35 malam. Pertunjukan bunga api itu kira-kira pukul 10.30 atau mungkin dekat-dekat pukul sebelas malam. Waktunya kadang tidak tetap.

Habis menikmati makan malam, Helmi mengajakku masuk kembali untuk melihat persembahan dari artis. Aku menurut saja. Baru sahaja aku angkat punggung, terasa renjatan elektrik apabila seseorang menarik tanganku. Mataku terbeliak. Aku mencari wajah pemilik tangan yang menarik tanganku. Kakiku turut melangkah mengikut langkah seseorang itu. Aku menarik tanganku lepas dari genggamannya tetapi agak sukar untuk aku lakukannya kerana tenaga aku sebagai perempuan tidak begitu kuat seperti dia.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now