5.6 | Cikgu, mana ada lelaki nama Nancy!

233 48 4
                                    

Pandangan aku hala pada luar tingkap. Hanya bunyi radio saja yang menemani kesunyian di dalam kereta Lexus itu. Satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutku mahupun si pemandu. Aku sendiri membiarkan diri dihanyut dengan lamunan panjang. Langsung tidak terlintas di fikiran ke manakah destinasi kami. Aku juga hanya berpakaian seringkas mungkin, baju T labuh bersama seluar denim. Aniq juga hanya menyarung hoodie dan seluar jeans.

Aniq memandu masuk ke dalam kawasan perumahan yang agak asing bagiku. Aku hanya tahu luar kawasan perumahan ini. Tempat ini agak jauh sedikit dari sekolah tetapi tidaklah sejauh rumah Mama dan Papa dengan sekolah. Namun, mungkin agak hampir dengan galeri A Aryan ditempatkan.

Saat kereta memasuki halaman sebuah rumah, aku terkedu. Tak mungkin! Aniq belikan rumah terus disebabkan perang dingin yang berlaku selama beberapa hari ini? Aku menolak tubuh keluar dari kereta. Langkah kaki laju mengejar Aniq yang sedang membuka kunci pintu rumah tersebut. "Ru... Rumah siapa ni?" soalku. Bimbang aku kalau ini sebenarnya rumah orang lain. Memandai saja suami aku ini masuk macam rumah dia sendiri.

"Rumah Aniq Aryan," jawabnya senada.

Buntang mataku mendengar jawapan suamiku. Aku menampar bahunya. "Kenapa awak senang-senang masuk rumah orang lain? Apa kata tuan rumahnya kalau kita ceroboh rumah dia?"

Aniq mengaduh kecil. Dia menggosok bahunya yang menjadi mangsa tamparanku. "Rumah orang lain apa awak ni?" soalnya kembali seakan tidak mengerti apa yang aku marahkan. Dia yang ingin membuka kasut untuk melangkah masuk rumah terhenti.

"Awak sendiri yang cakap ni rumah Aniq Aryan..."

Eh? Macam pernah dengar nama tu. Aniq pandangku dengan gelengan. Dia menjentik dahiku. "Ouch!" Aku gosok dahiku yang terasa pedih.

"Dah sedar ke? Itulah, mengelamun lagi. Nama suami sendiri pun tak ingat." Dia menanggalkan kasutnya sebelum diletak atas rak kasut di tepi pintu bahagian dalam rumah.

Aku menarik muncung panjang. Kut ya pun, janganlah jentik aku. Eeee... Bagitau Papa baru tahu!

Aku menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam. Kubiarkan kasut itu di luar membiarkan Aniq mengangkat kasutku untuk bawa ke rak. Pandanganku lontar ke sekeliling ruang. Segala perabot kelihatan sudah tersedia di rumah. Aku lihat ada barang yang kami dapat sebagai hadiah perkahwinan turut diletak di sini. Setahu aku Firash yang ambil semua barang kami. Tangan yang menggosok dahi jatuh ke sisi. Adakah...?

Aku memusingkan tubuh menghadap Aniq di belakangku. "Hadiah kahwin kita tu, Firash bawak ke sini?"

"Haah. Tapi saya suruh dia simpankan dulu sebelum bawak ke sini."

"Awak beli rumah ni sebab saya..." Mulakan perang dingin? Merajuk? Apa perkataan yang sesuai untuk lengkap ayat ini?

Aniq berjalan ke sofa sebelum duduk. "Taklah. Rumah ni dah ada sejak... Tiga ke empat bulan lalu?"

Rahangku jatuh. Apa? Waktu tu bukan ke awal-awal dia bertukar semula jadi manusia? Langkahku atur ke sofa. Aku tidak duduk tapi berdiri di hadapan Aniq. "Maksud awak selama ni, awak memang ada dua rumah?"

"Pembetulan, satu rumah aje. Rumah sebelah rumah awak tu kan rumah Mummy." Aniq membetulkan pernyataanku.

Maknanya sia-sia aje aku buat perang dingin? Aku kena tipu hidup-hidup selama ni? Aku pandang suamiku tidak percaya. "Tapi, kenapa? Kenapa kita tak pindah sini terus? Tak, bukan. Kenapa awak tak duduk sini terus selepas awak ada rumah ni? Kenapa tunggu tiga empat bulan, kita kahwin baru duduk sini?" Aku menyerang Aniq dengan soalan. Aku keliru, dia ada rumah lebih selesa. Jadi, kenapa dia masih duduk di rumah itu?

Aniq menarik lenganku duduk di sebelahnya. Dia menggosok dahiku yang menjadi mangsa jentikan tangannya tadi. "Saya memang nak bawak awak ke sini. Tapi ada a few things yang saya kena uruskan sebelum kita boleh duduk sini."

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now