Kucing, Kau Kenapa?

2.9K 148 18
                                    

Pertama sekali, aku sebenarnya baru teringat untuk buat benda ni. Sepatutnya aku tulis awal-awal prolog. But never mind. Nanti aku atur semula letak sebelum prolog. Okay, here we go.

P E R H A T I A N

Sekiranya anda membaca buku ini dari mana-mana sumber selain Wattpad, adalah dinasihatkan agar anda berhenti membaca di laman tersebut dan muat turun aplikasi atau buka laman web Wattpad untuk membaca buku ini. Laman selain Wattpad berkemungkinan memberi risiko kepada gadget anda seperti telefon atau komputer riba untuk dijangkiti virus. Juga sekiranya didapati buku ini diterbitkan atau dipaparkan di laman selain Wattpad, anda perlu memaklumkan kepada saya sendiri melalui akaun Wattpad atau boleh juga hubungi saya melalui laman sosial media Instagram, minafocent_

A M A R A N

Jalan cerita ni agak merepek. If you wish to continue, teruskan. Kalau rasa cerita ni tak logik dan tak masuk akal, comment dari anda sangat saya alu-alukan.

Segala idea, watak, plot di dalam buku ini muncul dari akal fikiran dan imaginasi saya sendiri. Jadi, dilarang memplagiat sebarang plot mahupun idea cerita ini sekiranya anda ada niat untuk mencurinya. Carilah kreativiti dalam diri anda sendiri, sampai bila mahu mengharapkan idea orang lain?

Cerita ini adalah cerita fiksyen. Tiada kaitan dengan kehidupan sebenar. Semua watak dalam buku ini hanya khayalan semata-mata.

Sejak beberapa tahun ni, saya memang malas nak menulis dan update bab baru. Saya juga seorang mahasiswi yang banyak masa diluangkan dengan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah, jadi mohon sabar menunggu bab baru dikemaskini dan dimuat naik. (baku sungguh pehal?)

P E S A N A N

Forgive my hambarness. Asalnya idea ni datang aku nak cabar diri buat cerita berunsur humor sebab aku suka cari English books in Wattpad yang bergenre humor. So, let's see where it goes.

Idea cerita ini datang dua tahun lepas (2018) dan dikemaskini pada tahun ini (2020). Seperti yang anda lihat pada description, saya tidak mengubah tarikh cerita ini mula diterbit untuk dibaca oleh anda semua. Saya simpan menjadi draf kerana ingin menumpukan perhatian kepada projek TiH, dan kemudian saya kembali meneruskan cerita ini pada tahun 2019 kerana saya nampak harapan untuk cerita ini dipersiapkan meskipun mengambil masa yang agak lama.

Pada tahun ini, saya kemaskini sembilan bab yang pernah diterbit dan memanjangkan lagi cerita ini serta meneruskannya. Segala idea dalam cerita ini datang dari kepala otak saya sendiri dan tidak diambil dari mana-mana cerita di Wattpad. Hanya terinspirasi dari filem All She Wishes yang disebut beberapa kali dalam cerita ini. Selain dari itu, memang saya perah otak sendiri untuk mencari idea baru.

D E D I K A S I

Kucing saya, Comot yang sering saya buli (Maaf, Mot!), kucing yang pernah meluangkan masa dengan saya, yang sudah pergi meninggalkan dunia, kucing yang masih ada menghiburkan hati di rumah dan kucing yang hidup bersama di masa akan datang.

Pembaca yang menyokong saya dari dulu dan sering ternanti-nanti karya dari saya (wekk macam ada je kan?)

Pembaca yang sudi menyokong karya ini.

Pembaca yang sukakan kucing.

Para pelajar yang mengalami kesukaran dalam menempuh alam persekolahan dengan berbagai-bagai masalah yang dihadapi.

Guru-guru yang banyak berjasa dan tidak putus asa mendidik dan mengajar anak-anak murid sehingga menjadi manusia yang berguna.

Semua orang single yang tersakiti mahupun yang sedang berbahagia dengan hidup sendiri. Tak apa semua, single is awesome!

T I M E L I N E

First Published - 11th August 2018

Republished - 15th July 2019

Editing and continues - 16th January 2020

Complete - ?

U P D A T E

Setiap hari Isnin

S E K I A N

nur minna, 2020.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now