3.0 | Awak lari dari majlis nikah awak ke?

621 85 30
                                    

"Saya nak kucing muncul balik!" Aku melontarkan kata-kataku pada Aniq sebaik sahaja aku keluar dari kereta mendekati dia yang sedang bersandar di tepi kereta sambil menilik telefon di tangan. Mungkin baru balik dari Solat Jumaat. Sepatutnya hari ini aku pulang seawal pukul 12 tengah hari tetapi terpaksa menangguhkan sedikit masa pulangku untuk menyelesaikan kerja yang patut sebelum mula bercuti dua minggu.

Dia mengangkat wajah. Tidak berkedip matanya memandang aku dari atas ke bawah. Wajahnya pucat tidak berdarah. Tanpa menjawab soalanku, dia mengajukan pula pertanyaan padaku, "Awak lari dari majlis nikah awak ke?"

Terdiam aku mendengar soalannya. Majlis nikah? Aku melihat tubuhku yang masih tersarung baju pengantin. Hampir terlupa aku masih menyarung gaun ini. "Mana ada saya bernikah. Eee... Jangan ubah topik!" marahku.

"Kalau tak bernikah, dah kenapa awak pakai baju pengantin? Jadi model untuk butik pengantin ke?" soal Aniq persis kanak-kanak kecil yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Laju aku menghilangkan bayangan Aniq sebagai seorang kanak-kanak.

I can't help it! Dia nampak comel, serius!

Jangan cair, Dee! Terlalu awal untuk itu.

"Ish, taklah!" Aku menafikan. "Aniq, saya serius ni. Saya nak kucing balik," rayuku. Sedaya upaya aku membuat muka comel. Macamlah lelaki ini ada kuasa untuk bertukar rupa.

Aniq memuncungkan mulut. "Tapi saya pun serius. Kenapa awak pakai baju pengantin?"

Ah, habis! Dua-dua buat muka comel.

Aku mengalihkan pandangan. Aku kalah dengan wajah comelnya. Argh, lemah sungguh kau, Dee! "Saya ada sambutan hari guru. Temanya ni, baju pengantin. Puas? Sekarang saya nak kucing balik!" Jari-jemari aku bertaut merayu padanya.

Aniq menggaru kepala sebelum mengeluh berat. Telefon yang sejak tadi berada dalam genggaman disimpan dalam poket belakang seluarnya. Dia menyandarkan tubuhnya pada kereta. Tangannya disilang di dada. "Kenapa? Awak lebih suka kucing dari saya?"

Angguk. Jujur. Aku lihat wajahnya kelihatan tidak puas hati dengan jawapan jujurku.

"Awak sedar tak kucing tu saya? Saya ialah kucing?"

Angguk. Ya, aku sedar hakikat itu.

"Awak rela jaga saya? Bagi saya makan setiap hari?"

Angguk. Ya, aku rela!

"Awak rela terpaksa bawa saya ke mana-mana awak pergi?"

Jeda. Hampir aku lupa tentang masalah yang satu itu. Ya, aku tak nafikan, aku mahukan kucing kembali tetapi hakikat bahawa dia tidak boleh pergi jauh dariku itu serba sedikit mengganggu kehidupan seharianku. Setakat ini, sudah ada tiga orang anak muridku yang mengetahui hal itu walaupun mereka tidak tahu kucing itu sebenarnya seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini. Tidak mustahil satu sekolah pula akan tahu suatu hari nanti.

Aniq berdiri tegak semula. Mata redupnya bertembung dengan mataku. "Saya faham awak dah selesa dengan Kucing sebab saya pun selesa dengan awak. Walaupun kucing tu ialah saya, tapi kucing tu cuma diri saya yang sementara. Diri saya yang sebenarnya ialah Aniq Aryan. Nothing can change that. Awak kenal saya sebagai A Aryan dari mulut orang, awak kenal saya sebagai seekor kucing. So, can't you give me a chance untuk kenal saya sebagai diri saya sendiri, Aniq Aryan?" pintanya lembut.

Hampir terbuai aku dengan suara lembutnya. Astaghfirullah, Dee... Ingat semula tujuan kau approach dia tadi!

Tak semena-mena, nada suaranya berubah serratus peratus. Dengan bersungguh-sungguh dia memberi cadangan, "Kalau awak nak jugak kucing, saya boleh belikan untuk awak tapi bukan kucing yang sebenarnya manusialah. Jadi, kali ini awak tak perlu risau pasal dia akan ikut awak sebab dia memang confirm seekor kucing. Tapi ada satu masalah."

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now