4.6 | Bengap juga Mat Salih Celup ni!

353 58 32
                                    

Tangan mencapai mangkuk berisi buah epal yang sudah dipotong dari dalam peti sejuk. Sepotong aku bawa masuk ke dalam mulut. Pintu peti sejuk ditutup rapat. Mangkuk diletak atas meja sebelum langkah kaki dibawa ke rak kasut. Kasut yang aku biar di hadapan pintu selepas pulang tadi kerana tergesa-gesa ingin masuk ke dalam bilik air, aku simpan dalam rak dengan tangan kiri.

Bunyi ketukan pintu di luar membatalkan niat aku ke ruang tamu. Dengan pakaian yang masih belum bertukar serta tudung yang masih melindungi kepala, aku membuka pintu sedikit. Mata aku larikan pada susuk tubuh seorang lelaki di hadapan pintu rumah Aniq.

Kening berkerut cuba mengecam wajah lelaki tersebut. Tidak pernah aku lihat wajahnya sebelum ini. Aku tutup pintu perlahan. Telefon dan kunci rumah di atas kabinet dapur aku capai. Pintu rumah aku buka selepas menyarung selipar. Langkah kaki aku bawa keluar dari rumah. "Encik nak buat apa jumpa Aniq?" soalku gaya seperti bodyguard Aniq. Tangan aku silang di dada. Mata tajam memandang wajah lelaki itu.

Aku perhati lelaki tersebut. Tingginya lebih kurang tinggi Aniq dan Firash. Dia memakai pakaian casual. Baju T berkolar lengan pendek dipadankan dengan seluar slack. Rambutnya disikat rapi. Kepalanya menoleh ke arahku. Keningnya terjungkit sebelah. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Seperti aku, dia juga memandang aku dari atas ke bawah.

Aku pandangnya dengan penuh kemusykilan. Siapa dia? Apa niat dia datang ke rumah Aniq? Dua soalan ini asyik berlegar di fikiranku sejak tadi. Kenapa aku rasa pelik dan curiga? Siapa tak pelik dan curiga? Kalau lelaki di hadapan aku ini seseorang yang kenal rapat dengan Aniq sehingga tahu di mana Aniq tinggal, pasti dia tahu Aniq takkan balik ke rumah selagi belum pukul enam petang. Dia pasti tahu Aniq bekerja di galeri. Jadi, kenapa dia harus datang ke sini bukan pergi terus ke galeri?

Melainkan... Dia ialah orang yang kami cari selama ini.

"I guess you are Dee?" soalan aku tadi dijawab dengan soalan.

Mataku terbuntang. Mana dia tahu nama aku?

"I consider your reaction as a yes. Don't you know me? Aniq takde beritahu pasal saya?" soalnya lagi.

Aku menjawab dengan kerutan di dahi mendengar dia menggunakan bahasa kebangsaan. Ingatkan dia cuma tahu berbahasa Inggeris tadi. Kalau aku tahu siapa dia, buat apa aku tanya tadi. Bengap juga Mat Salih Celup ni!

Dia pandang aku tak percaya. "I am his cousin, Ilham Fairuz. Aniq sumpah takde bagitahu awak?"

Aku memandang siling koridor. Cuba mengingati sama ada nama itu ada tersimpan dalam kotak memori atau tiada. Aku geleng. "Tak, tak pernah dengar nama awak mahupun kenal muka awak. Awak ingat saya nak percaya awak sepupu dia? Kalau awak sepupu dia, you should know he's not home right now."

"But I know you. You are his neighbour and fiancée. Takkan itu tak cukup bukti saya sepupu dia?" Ilham menyuarakan status aku.

Tangan kiri aku jatuhkan ke sisi sebelum tangan kanan aku gosok lengan kiri. Menyembunyikan cincin tunang yang masih tersarung di jari. "Saya tak percaya." Tegas aku bersuara. Meskipun sudah masuk dua minggu aku dan Aniq bertunang, aku tahu tiada siapa selain ahli keluarga kami yang tahu tentang pertunangan kami, aku masih ragu-ragu untuk percaya bahawa lelaki ini sepupu Aniq. Aku dapat rasakan dia menyembunyikan sesuatu.

Satu tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dengan wajah serius dia mengarah aku, "Fine, call him."

Aku terkejut. "Hah, siapa?" Blur.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now