5.9 | Ada berita baik ke?

318 40 3
                                    

Unggun api yang dinyalakan pada petang tadi menerangkan suasana malam di tapak perkhemahan tersebut. Damian menyuap snek keropok yang dibawa bersama sambil mendengar cerita yang diceritakan oleh Firash. Suasana di tapak perkhemahan itu tidak begitu sunyi. Masih ada pengunjung lain yang menjalankan aktiviti perkhemahan di sini. Seperti yang dijanjikan pada Damian tempoh hari, aku dan Aniq membawanya untuk berkhemah. Firash juga turut serta menyertai kami berdua.

Kebanyakan cerita yang Firash beritahu berkaitan dengan pengalamannya mendaki bukit. Saat Firash ceritakan salah satu pengalamannya bersama Aniq, aku tersedar sesuatu. Pandangan kuhala pada Aniq yang duduk tidak jauh dariku. Dahinya berkerut-kerut kelihatan tidak senang mendengar cerita Firash. Sesekali dia menunduk sambil memegang kepala.

Aku memanjangkan tangan mencuitnya. Saat dia mengalihkan pandangan pada wajahku, keningku terjungkit. Bibirku gerakkan. 'Okey tak?' soalku.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya dia bangun. Kakinya melangkah menjauhi kawasan itu. Perbuatannya itu turut menarik perhatian Firash dan Damian. Damian yang curiga bertanya pada Aniq, "Uncle nak pergi mana? Nak ikut!"

Firash menghalang Damian dari bangun apabila Aniq tidak memberi sebarang jawapan. Dia pandangku sebelum menyoal, "Apa kena dengan dia?"

Aku menjungkit bahu tidak tahu. Firash kelihatan risau tetapi dia cuba menarik kembali perhatian Damian dari Aniq. Pada awalnya aku fikir ingin membiarkan Aniq ingin bersendirian. Namun, apabila hatiku gundah memikirkan reaksinya saat mendengar cerita Firash, aku bangun tidak lama kemudian. Sempat aku maklumkan pada dua orang lelaki itu bahawa aku ingin mencari Aniq.

Langkahku atur masuk ke bahagian hutan. Seram sejuk aku apabila terasa angin dingin menyapa tubuh. Mataku meliar mencari kelibat suamiku. Aku berhenti. Terdapat desas-desus suara menyapa halwa telinga. Aku mencari arah suara tersebut. Entah apa yang menarikku untuk terus mendekati suara itu tanpa memikirkan keselamatan diri.

Sekali lagi aku berhenti apabila ternampak beberapa orang sedang berbincang. Kedua-dua pihak mempunyai briefcase. Berkerut kening aku melihat perbuatan mereka. Suara mereka tidak dapat kudengar dengan jelas. Adakah di sini tempat mereka melakukan penjualan haram? Jual apa? Dadah ke?

Seorang dari mereka yang melakukan negosiasi membuka briefcase. Di dalamnya penuh dengan kepingan wang yang aku tidak pasti jumlahnya. Briefcase itu ditutup semula. Dia meminta pihak yang lain menunjukkan isi dalam briefcase mereka. Aku tidak dapat melihat dengan jelas isi briefcase bagi pihak si penjual. Tanpa aku sedar, salah seorang dari mereka ternampak aktiviti mereka diperhatikan.

Saat mereka menoleh ke arahku, aku panik. Sepantas mungkin aku melarikan diri. Entah ke mana hala tujuku, aku sendiri tidak pasti. Tidak jauh aku melarikan diri, tubuhku terlanggar sesuatu atau seseorang.

"Dee?"

Aku mengangkat wajah saat terdengar suara yang aku kenali. Lega hatiku melihat wajah Aniq. Dia pelik melihat aku tercungap-cungap dek kerana melarikan diri dari orang-orang tadi. "Kenapa, Dee?"

Aku geleng kepala. Tangannya kutarik untuk kembali ke tapak perkhemahan. Dia tidak bertanya lebih lanjut. Hanya mengikut langkahku kembali ke tempat tadi. Setibanya di kawasan khemah kami didirikan, kelihatan Firash sahaja yang duduk di situ, mengemas barang-barang yang bersepah.

"Damian mana?" soalku.

"Dah tidur. Kau orang pergi mana tadi?"

Aku tidak menjawab soalan Firash. Terus sahaja aku melangkah masuk ke khemah yang dikongsi dengan Damian. Ingin menenangkan diriku. Esok-esok sahajalah fikir pasal orang yang aku lihat tadi.



Televisyen menayangkan sebuah rancangan televisyen dari Korea Selatan. Aku hanya memilih channel secara rambang dan akhirnya tertarik ingin melihat empat orang selebriti lelaki menjalani kehidupan bersama seorang tetamu jemputan selama satu malam untuk belajar sesuatu daripadanya. Aku hampir terlupa kewujudan rancangan ini sedangkan aku sendiri minat salah seorang selebriti yang menjadi ahli tetap rancangan tersebut. Aku duduk santai di sofa menonton rancangan itu. Sesekali tawaku lepaskan.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now