0.9 | Aku ingat dia cuma tahu hafal skrip aje!

782 82 6
                                    

Sarah memeluk lenganku sambil langkah kaki mendekati pintu masuk galeri A Aryan. Aku menarik lengan Sarah menghalangnya dari masuk. Mia memandang pelik. Aku menolak kepalaku ke depan menyuruh Mia masuk dahulu. Mataku melirik pada Sarah yang memandangku pelik. "Kenapa, Dee?" soalnya.

Sebelum menjawab soalan sahabat baikku itu, mataku meliar ke sekeliling memastikan tiada orang di sekeliling kami yang akan mendengar perbualanku dengan Sarah. Aku melepaskan lengan Sarah. Nafas aku hela panjang. "Aku nak bagitahu kau sesuatu. This may sounds ridiculous, tapi kau percayakan aku kan?"

Sarah gelak. "Mestilah aku percayakan kau, Dee. Kawan jenis apa aku ni kalau tak percaya kawan baik sendiri." Dia menyilangkan tangan di dada menunggu aku bersuara.

Aku menarik satu tali beg dari bahu. Beg galas aku ke hadapan. Zip beg itu aku buka besar. Kepala seekor haiwan berbulu terjengul keluar. Sarah memandang aku tak percaya. "Dee! Mana boleh bawak pets dalam galeri tu. Kalau ya pun kau takut tinggalkan dia kat rumah, mintaklah tolong jiran kau tu jaga," nasihatnya.

"Kalau aku boleh biar dia jauh dari aku, dah lama aku buat, Cik Sarah Adelia. Masalahnya sekarang ni, dia tak boleh pergi jauh dari aku. Kau ingat tak cerita yang kita tengok sama-sama dekat Fox Family Movies tu? Cerita yang perempuan tu dapat hadiah kereta dari neneknya dan seorang pelakon lelaki, ke model entah, asyik muncul dalam bonet kereta dia?" Aku menerangkan cerita All She Wishes pada Sarah. Kalau aku sebut tajuk cerita belum tentu Sarah ingat jalan cerita filem itu.

Kening Sarah berkerut. "Oh, cerita tu! Kau buat lawakkan? Takkanlah kucing ni macam lelaki tu, muncul di mana saja kau berada. Kau takde kereta magis, Dee." Aku yakin dalam kepalanya terbayang akan kereta Persona berwarna perang milik aku itu. Matanya terbeliak. Mulutnya terlopong.

Mengerti akan apa yang berlegar di fikiran wanita itu, aku bersuara terlebih dahulu. "Nope. Aku takde buat hajat nak seekor kucing. Kenapa pulak aku nak buat hajat sedangkan aku boleh pergi kedai haiwan, beli sendiri? Aku tak buat lawak, Sarah. Kau nak aku tunjuk macam aku tunjuk pada Papa ke?" soalku. Makin banyak masa kami terbuang di luar ni kalau aku terpaksa buktikan pada Sarah. Minah ni ada kerja kut!

Terjungkit kening Sarah. "Papa tahu?"

Aku angguk.

Sarah menekup mulutnya dengan sebelah tangan. Matanya terpejam seketika. Cuba untuk berfikir waras. Matanya kembali memandang wajahku. Dia menghela nafas panjang. "Okey, bila kau dapat tahu kucing ni tak boleh tinggalkan kau? Kucing ni muncul, Jumaat lepas kan? Macam mana kau pergi sekolah dengan kucing ni?" Sarah menyerangku dengan soalan bertubi-tubi.

Aku menggalas beg dengan kemas. Zip beg itu sudah pun aku tutup sebelum sempat kucing itu keluar dari beg aku. "Aku dapat tahu Sabtu lepas waktu aku nak keluar pergi blind date. Ya, aku pergi blind date tu dengan kucing ni tapi syukur, Alif Danial tak tahu. Aku bawak dalam beg Tesco dengan nasihat Papa. Lima hari aku pergi sekolah dengan beg Tesco. Harini beru terfikir nak bawak beg galas. Kalau bukan sebab aku mimpi kucing ni keluar dan berkejaran dengan seekor anjing, aku takkan cancel date aku dengan Alif Danial," jelasku panjang lebar.

Sarah menayang muka simpati. "Aku rasa simpati untuk yang terakhir tu. Tak guna kucing!"

"Meow!" Kedengaran suara mengiau dari dalam beg galasku.

"Kau percaya aku?"

Sarah senyum manis. "Aku kenal kau dah berapa tahun, Dee? Mestilah aku percaya. Tapi kau kena tunjuk juga dekat aku, aku curious macam mana dia menghilang. Dah, sekarang jom masuk galeri! Aku dapat rasa getaran dalam beg aku ni, mesti Mia call." Dia kembali menyilangkan lengan kami.

Dengan perasaan lega dan gembira kami memasuki ruang galeri lukisan yang terkenal di bandar Alam Impian ini. Mata aku larikan pada segenap ruang galeri itu. Lukisan-lukisan yang digantung pada dinding aku pandang dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Aku tidak punya bakat dalam seni lukisan, jadi bila lihat lukisan ini dilukis cantik dan menghiasi dinding yang kosong membuatkan mulutku hampir ternganga luas.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now