4.2 | Semuanya berakhir dengan baik

353 64 68
                                    

Langkah kaki aku bawa ke satu per satu lukisan di dinding. Tanganku menggenggam tali beg kertas yang aku bawa sekali keluar dari kereta Sarah tadi. Sarah menghantar aku ke sini sementara dia pergi menyelesaikan kerjanya sebentar. Dia sudah pesan akan ambil aku selepas selesai urusannya. Mata aku meliar mencari sesuatu pada lukisan tersebut. Entah mengapa lukisan yang pernah aku lihat pada kali pertama aku datang ke galeri ini terbayang di fikiran. Aku baru sedar selain quote ringkas dan signature nama, A Aryan juga ada sertakan tarikh pada setiap lukisan tersebut.

Banyak pulak benda dia letak kat lukisan dia. Orang biasa letak watermark satu aje. Meskipun bukan semua lukisan diletakkan quote, tapi aku sangat pasti semua lukisan A Aryan ada nama dan tarikh. Barangkali tarikh itu menunjukkan tarikh lukisan itu disiapkan.

Tanpa aku sedar perlakuan aku disedari salah seorang pekerja di situ. Dia datang menegur aku, "Cik Dee, ada apa yang boleh saya bantu?"

Aku menoleh. Pekerja yang menegur aku tadi. Aku angguk mengiyakan pemberitahuannya. "Lukisan A Aryan memang semua ada tarikh kan? Semua lukisan dia ada kat galeri ini ke?"

Dia angguk perlahan. "Ya, memang semua lukisan Encik Aryan diletakkan tarikh. Tapi tak semua lukisan ada di sini, ada beberapa lukisan yang Encik Aryan benarkan pemilik galeri lain pinjam, dan ada juga yang diberi kepada pengunjung. Ada juga yang dijual secara lelong. Kenapa ya, Cik Dee?"

Hampir kecewa aku mendengar jawapan dia. Rasa bimbang andai lukisan yang aku mahu lihat itu tiada di sini. Kata-kata Sarah tadi kembali meniup sedikit semangat dalam diriku.

"...Itulah satu-satunya cara untuk bezakan sama ada lukisan itu berharga ataupun tidak bagi A Aryan. Kalau ada quotes, dia takkan sembarangan beri pada orang lain. Lukisan itu sangat berharga...."

Seakan mengetahui isi hati aku, dia bertanya lagi, "Ada lukisan yang Cik Dee mahu lihat?"

Aku angguk laju. "Lukisan tu ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki tu pakai uniform pilot. Lukisan tu menggambarkan pasangan yang berpisah. Awak rasa ada tak lukisan tu dekat sini?"

Terjungkit kening dia mendengar butir lukisan yang aku beri. "Oh, lukisan tu! Cik Dee bernasib baik, lukisan tu antara lukisan yang Encik Aryan tak benarkan dibawa keluar dari galeri ini. Tapi lukisan tu ada dekat bilik dia. Ikut saya, ya? Cik Dee pernah pergi sini kan?" Dia berjalan menuju ke satu laluan. Aku membuntutinya di belakang.

Aku tersentak. Aku tahu ke mana dia bawaku. Ini jalan hendak ke bilik rahsia A Aryan yang tidak begitu rahsia. Tempat dia melukis di galeri ini. Tapi macam mana dia tahu? Aku ambil peluang untuk bertanya perihal aku yang barangkali satu galeri sudah tahu, "Macam mana awak tahu siapa saya? Memang semua pekerja dekat sini tahu ke pasal saya? Lagi satu, macam mana awak boleh senang-senang bawa saya ke sini?" Aku tunjuk pintu bilik rahsia yang tidak begitu rahsia itu.

"Pasal tu, Encik Aryan yang maklum kepada kami semua pasal Cik Dee. Dia kata kepada kami semua Cik Dee ialah wanita kedua yang paling penting dalam hidup dia. Jadi, kami perlu turutkan apa jua permintaan yang Cik Dee minta, menjawab apa jua soalan yang Cik Dee tanya berdasarkan apa yang kami tahu," terangnya. Soalanku membuatkan dia tidak jadi ingin menekan kata laluan untuk masuk ke bilik tersebut.

Terpegun aku mendengar jawapannya. Dia cakap macam tu? Wait, kenapa aku penting dalam hidup dia? Laju degupan jantungku tidak semena-mena. Terasa rama-rama berterbangan dalam perut mendengar satu ayat itu. "Jadi, dia ada beritahu apa hubungan saya dengan dia?" soalku.

Dia menggeleng kepala. "Takde pulak. Dia cuma beritahu itu saja. Dia beritahu Cik Dee ialah seorang guru, dan bila-bila Cik Dee datang ke sini, Encik Aryan minta kami layan Cik Dee dengan baik. Kami cuma assume Cik Dee dengan Encik Aryan ada hubungan istimewa." Senyuman mekar di bibirnya.

Kucing, Kau Kenapa?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora