3.3 | Siapa pulak Mister Z ni?

460 66 30
                                    

"Dia okey ke? Macam mana boleh jadi macam ni?" soalku sebaik sahaja aku berdiri di hadapan Nadia dan Firash yang menunggu kehadiran aku di kawasan parkir. Terasa lemah lutut saat mendengar berita Aniq tidak sedarkan diri kerana dipukul seseorang daripada Nadia sebentar tadi. Laju saja aku menukar pakaian lebih sopan sebelum turun ke kawasan parkir selepas Nadia memaklumkan bahawa dia dan Firash ada di bawah. Barangkali untuk mencari bukti mengenai manusia yang berani memukul Aniq Aryan.

"Tenang, Dee. Relaks. Dia okey. Cuma masih belum sedarkan diri." Firash menenangkan aku.

Masakan aku boleh tenang. Sudahlah tadi aku baru saja mengutuk dia dalam hati. Walaupun itu bukan kali pertama aku kutuk dia dalam hati. Bibir aku ketap. Rasa risau menghempap diri.

Nadia usap bahu aku. "Dee, he's really okay. Dia dekat rumah Aunty Fazura sekarang. Kita orang dapat tahu pun kira-kira dua jam yang lepas. Sarah yang jumpa dia tadi. Dia ada jumpa awak tadi kan? Saya yang cadangkan untuk bagitahu. I just thought you should know."

Aku pandang polis wanita itu. "Sarah?"

Pasangan tunang itu angguk. Hampir aku lupa mereka berdua sudah bertunang seperti yang dikata oleh Aniq.

"Ya, dia nampak Aniq dalam keadaan tak sedar waktu dia nak pulang. Sekarang ni, awak dah faham kan, Dee? Not only Aniq, but your life is also in danger. Kes kemalangan awak dua bulan lepas, ada pattern sama dengan kes Aniq. Saya yakin Mister Z ada kena-mengena dalam dua-dua kes ini. Tak mustahil dia jadi berani sekarang sampai pukul Aniq."

Aku dan Nadia berbalas pandangan sebelum pandangan kami hala pada jejaka itu. "Mister Z?"

Siapa pulak Mister Z ni? Tambah keliru aku. Dah kenapa suka sangat gelarkan orang macam ni?

Kau jangan lupa, Dee. Kau jugak yang mulakan dengan Mister A dulu. Aku ketuk kepalaku secara mental. Ketuk kepala betul-betul, tak pasal-pasal pasangan di hadapan aku ni sangka aku dah gila. Tiba-tiba aje nak ketuk kepala sendiri.

Firash garu kepala. "Oh, lupa. Susahlah cakap musuh Aniq aje. Kita bagilah nama special, which is Mister Z! Nampak tak, Dee? Awak kata Aniq ialah Mister Double A, Mister A. Jadi kita namakan musuh dia Mister Z." Dia tayang senyum.

Nadia pukul bahu Firash kuat.

"Ouch! Kenapa kau pukul aku?!" Firash membesarkan matanya sambil menggosok bahunya yang terasa berbisa.

"Suka-suka kau aje nak gelarkan nama orang kan?"

"Dah tu, kita tak tahu siapa dia. Kalau kau genius sangat, apa kata kau bagitahu aku gelaran apa yang baik untuk dia ha?"

Nadia memeluk tubuh. Tidak menjawab soalan Firash. Mungkin tidak ada idea atau mungkin merajuk dengan tunangnya. Aku yang memerhati sejak tadi terpinga-pinga. Macam mana dia orang ni boleh bertunang? "Ermm..." Serba salah aku mahu menyelit dalam pergaduhan kecil mereka.

Firash pandang aku. "Ha, mana tadi? Jadinya, Mister Z sekarang dah tahu tempat tinggal awak dan Aniq. Kami juga dah tahu maklumat tentang Mister Z."

Aku menjungkit kening. Kagum. Dalam masa dua jam, mereka sudah dapat kenal pasti siapa Mister Z? Hebat! "Jadi, sekarang, apa rancangan awak berdua?"

"Kami nak pergi rumah dia. Tapi tergendala sekejap sebab awak kata nak turun jumpa kami," jawab Nadia.

"Boleh saya ikut?" Aku meminta izin.

Firash dan Nadia berpandangan.

"Tak."

"Sudah tentu."

Mereka berpandangan lagi.

"Kau gila ke? Dee boleh dikira mangsa jugak tahu?" Nadia mengingatkan Firash. Dia menjegilkan mata pada jejaka itu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now