4.9 | Beware

342 64 45
                                    

Langkah kaki Nadia menghampiri kaunter di mana Haziq sedang mengambil pesanan daripada pelanggannya. Tiba gilirannya, dia tidak bersuara memesan minuman mahupun makanan sebaliknya sehelai kertas memo berwarna kuning diberi pada lelaki itu. Haziq mengambil kertas itu sebelum membaca tulisan di atasnya. Dia menghela nafas perlahan sebelum memandang wajah Nadia yang kelihatan serius.

Nama pekerja yang terdekat dipanggilnya, disuruh mengambil alih tempatnya di kaunter. Haziq menggamit Nadia masuk ke pejabatnya. "Helmi?"

Nadia angguk. "Aku nak minta tolong kau cari maklumat pasal dia. Semua benda pasal dia," pintanya. Sudah banyak masa terbuang dan sesaat pun tidak membuahkan hasil. Selepas melihat Helmi yang berjaya membuatkan Dee ketakutan semalam, rasa ingin tahu semakin menggunung. Jadi, tidak salah rasanya kalau cuba menyiasat tentang dia, siapa tahu dia ada kaitan dengan siasatan yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu?

"Kenapa kau tak minta tolong dari co-worker kau? Kau tau kita lain, kan?"

"Ya, aku tahu. Tapi benda ni, aku siasat sendiri senyap-senyap. Susah kalau nak minta tolong orang dari tempat aku sendiri. Lagipun hasil yang kau dapat lebih pantas daripada mereka."

"Fine, aku cuba mana yang aku mampu. Bagi aku semua maklumat yang kau ada pasal dia."

"Thanks, Ziq."






Seminggu kemudian.

Nadia mencampak helaian kertas yang dikumpul bersama dengan binder clip ke atas meja. Pandang mata dihala pada dua orang jejaka di hadapannya. Membara perasaan marah melihat lelaki yang sudah lama tidak muncul di hadapannya. Lagi membara apabila mendengar dia menuduh Dee yang sudah dianggap seperti adik sendiri bukan-bukan. Gigi diketap. Apa hak dia datang dengan niat untuk melindungi Aniq Aryan apabila dia sendiri sudah lama tidak memunculkan diri?

Lelaki yang memakai suit itu tidak mempedulikan pandangan yang diberi oleh Nadia. Nadia seringkali menyoal pada dirinya sendiri mengapa lelaki ini mempunyai hubungan keluarga dengan tunangnya? Senyuman mesra lelaki itu dibalas dengan jelingan. Dia tidak pernah gemar bertemu dengan lelaki ini. Lebih-lebih lagi selepas dia menghina pekerjaan yang bagi Nadia begitu berharga. Datuk mereka pun tidak pernah menghina seteruk lelaki ini. Lelaki ini seakan-akan memiliki dua personaliti. Dia boleh jadi mesra dengan semua orang tapi hakikatnya dia boleh menghancurkan kehidupan orang yang tidak bersalah semata-mata kerana ingin melindungi keluarga.

Nadia merengus perlahan. Dia cuba menahan sabar. Be professional, Nad. Kau datang sini untuk sampaikan maklumat yang kau dapat, bukan mahu ajak bergaduh.

"Apa benda ni?" soal lelaki itu.

"Helmi? Ini bukan ke..." Firash memandang wajah lelaki di sebelahnya. Dia membelek kertas-kertas tersebut melihat maklumat yang Nadia kumpulkan mengenai seorang lelaki yang bernama Helmi.

"Helmi bin Abdul Rahman, he works as an inventor and a scientist. Aku minta tolong kawan aku track his whereabouts but he is nowhere to be found. Setakat ni, yang aku tahu dia ada seorang adik perempuan yang sekarang ini ditahan di wad kerana sakit. Takde cara lain untuk hubungi dia selain jumpa adiknya, Hafiza," terang Nadia.

"Aku kenal dia, dia salah seorang pekerja dekat one of the company yang berurusan dengan aku. Aniq pernah rosakkan ciptaan dia, tapi aku dah bayar ganti rugi. Aniq juga dipecat sebabkan that incident, takkan sebab itu dia nak balas dendam?" soal lelaki tersebut.

Nadia mengerutkan kening. "Apa yang berlaku?

"Aniq pernah memulakan kebakaran dekat company mereka secara tak sengaja. Helmi, dia banyak menggunakan bahan-bahan kimia. Aniq cuai waktu tu, dia terlanggar sesuatu dan kebakaran tercetus. Sekaligus merosakkan sebahagian daripada ciptaan Helmi. Kerugian yang mereka alami sudah pun dibayar Ilham, tapi mereka tak puas hati. Mereka nak Aniq dipecat. Kejadian itu dah berlaku bertahun lalu, kenapa sekarang baru mereka nak balas dendam?" soal Firash keliru.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now