6.0 | Itu pun awak punya kerja?!

78 7 2
                                    

Perlahan-lahan mataku buka. Pandanganku masih kabur. Kepalaku terasa berat. Tidak mampu untuk aku berjaga sepenuhnya. Kedengaran suara orang berbincang tidak jauh dari tempat aku terbaring. Tanganku masih terikat dengan tali. Pandanganku samar-samar melihat beberapa orang lelaki bertubuh tegap. Salah seorang dari mereka menghulurkan briefcase. Dapat kulihat beberapa keping wang kertas terkeluar dari briefcase tersebut. Mereka saling menukar briefcase di tangan seperti sistem barter.

Mataku kian terasa berat. Lelaki yang menerima briefcase berisi wang kertas itu memberi isyarat mata pada orang suruhannya. Orang suruhannya bergerak mendekatiku. Aku dapat rasa dia menarikku sebelum kembali tidak menyedarkan diri.

Sekali lagi aku terjaga. Kali ini aku berada di tempat lain. Aku melihat tubuhku masih lengkap berpakaian. Sedikit lega melihat keadaan diriku masih terlindung. Namun, rasa takut dan bimbang itu masih menyelubungi diri. Aku hanya mampu berharap diriku tidak diapa-apakan oleh mereka yang menculikku. Tanganku sudah bebas tidak diikat tetapi kakiku terasa berat. Mata mendarat pada sesuatu di kaki yang masih berkasut dan berstokin. Rantai besi. Peliknya bukan hanya pergerakanku disekat disebabkan rantai besi itu.

"Kau orang, Dee dah bangun!" satu suara melaung memanggil rakan-rakannya yang lain. Aku angkat kepala. Bagaikan tersedar aku bukan seorang diri di ruang besar itu. Dindingnya dicat putih. Terdapat sebuah pintu di suatu sudut. Di pintu tersebut terdapat ruang kecil menampakkan ruang luar bilik ini. Sekali pandang, bilik ini seperti sebuah penjara. Jika diperhati lagi, bilik ini seperti sebuah makmal. Terdapat dua buah meja dan beberapa kerusi serta peralatan makmal tersusun di kabinet putih. Terdapat juga sebuah sofa panjang yang aku duduki.

Selain diriku, terdapat dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Keempat-empatnya memakai lab coat mengukuhkan lagi tekaanku bahawa bilik ini sebenarnya sebuah makmal. Sebelum mereka sedar aku sudah bangun, mereka sibuk melakukan eksperimen. Mereka turut dirantai pada kaki seperti aku membataskan pergerakan mereka. Hatiku dijentik rasa curiga.

Aku mengerti sebab diriku dirantai memandangkan aku memang diculik. Tetapi kenapa mereka juga sama? Adakah mereka juga diculik? Jika benar, bermakna aku perlu membantu mereka menjalankan eksperimen yang aku sendiri tidak tahu tentang apa? Apa pulak faedah culik aku yang lemah Sains ini? Di mana Hanna ketika aku memerlukannya?

Boleh pulak kau fikir tentang Hanna saat diri diculik? Benda penting sekarang ini, siapakah mereka yang menculik kau? Saintis gila?

Masih ada secebis sifat rasional dalam diri menyedarkanku perkara yang lebih penting. Dua orang wanita mendekatiku. Saat itu aku tersedar sesuatu. Eh, kejap! Kenapa aku rasa seperti namaku dipanggil tadi?

"Awak okey? Do you want anything? Drinks?" soal wanita yang memanggil rakan-rakannya tadi.

Kawannya menyiku wanita itu. Dia menegur, "At least, introduce yourself first. She looks really scared."

Apa yang wanita itu kata benar. Siapa saja tidak takut, tiba-tiba dibawa tempat sebegini? Pulak tu, dikelilingi manusia berjubah makmal. Terasa seperti dikelingi makhluk asing pun ada! Seingatku, aku hanya memandu pulang dari berjumpa dengan anak-anak muridku! Bagaimana aku boleh diculik?

"Sorry."

"Hai, Dee! Saya Maria dan ini Lily. Belakang tu, Simon." Dia memperkenalkan hanya tiga orang daripada mereka berempat.

"Macam mana awak tahu nama saya? Saya dekat mana ni?" soalku. Wajahku serius memandang dua orang wanita yang kelihatan agak muda dariku.

"Sudah tentu kami tahu, awak..."

Belum sempat dia menghabiskan penerangannya, seorang lelaki yang Maria tidak perkenalkan itu mencelah, "Maria, sambung kerja saya ni. Lily, get her some water." Dia menanggalkan sarung tangan dan penutup muka dan hidung. Saat wajahnya berpaling ke arahku, mataku membuntang. Seluruh tubuhku berasa seram sejuk.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now