4.0 | Kau jangan nak memandai, Sarah

435 63 31
                                    

Kunci di tangan aku putarkan. Langkah kaki kuatur mendekati kereta. Saat pintu pemandu dibuka, Adam datang menyapaku. Aku kulum senyum memandang dia yang mendekatiku. "Awak nak balik, Dee?"

Anggukku. "Ya, takkan saya baru datang sekolah?" gurauku.

Dia melepaskan tawa kecil. "Betul juga."

"Ada apa?" tanyaku.

"Awak free tak? Ada sesuatu saya nak bincang dengan awak," beritahu jejaka itu. Serius.

"Nak bincang dekat mana? Kantin boleh?" cadangku. Aku malas ingin pergi tempat lain. Kalau boleh di kantin, tidak perlu aku memandu ke mana-mana. Ikutkan hati mahu saja pulang ke rumah. Aku tidak sabar ingin berehat di rumah.

Namun, kecewa aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia tidak menggeleng mahupun menolak tetapi dia bertanya, "Tempat lain boleh tak?" Hati aku berasa sesuatu. Apa yang ingin dia bincang dengan aku? Pasal third date ke? Tak mungkin, kalau pasal itu, boleh saja dia cakap di sini.

Aku menganggukkan kepala. Mengalah. "Kalau macam tu, kita pergi kedai makan belakang sekolah rendah tu. Okey?" cadangku lagi. Sambil berbincang boleh juga aku isi perut yang lapar ni.

"Okey, awak pergi sana dulu. Saya nak ambik kereta saya kat belakang bangunan sekolah." Adam menunjuk bangunan sekolah. Tanpa berlengah, aku masuk ke dalam kereta. Adam pula bergerak pergi mendapatkan keretanya.

Sampai sahaja di kedai makan yang dijanjikan, aku memesan nasi ayam dan air teh ais. Tak lama aku menunggu, Adam muncul. Dia menarik kerusi di hadapanku. Pelayan dipanggil untuk memesan makanan untuknya pula. Aku memulakan bicara, "Ada apa awak nak bincang?"

Dia menghela nafas perlahan. "Awak ada beritahu saya dulu, awak nak kita keluar tiga kali and see how it goes. Lepas itu, baru awak buat keputusan sama ada nak teruskan atau tidak kan?" Dia menyuarakan kembali apa yang aku pernah beritahu kepadanya selepas date pertama kami. Aku angguk mengiyakan.

Adam kelihatan ragu-ragu ingin menyuarakan isi hatinya. Aku diam membenarkan dia mengambil masa yang dia perlukan meski hati ini membuak-buak rasa ingin tahu. Apabila air yang dipesan tiba baru dia bersuara. "Boleh tak kalau awak beritahu saya jawapan awak sebelum kita pergi date yang ketiga?" pintanya.

Terkedu aku sesaat. Tidak sangka ini yang dia inginkan. Melihat wajahnya yang penuh berharap, aku semakin bimbang. Semakin rasa serba salah mengulit hati. Saat itu juga makanan yang dipesan tiba. "Saya cakap lepas habis makan," dalihku pantas. Laju saja tangan mencapai sudu dan garfu. Sengaja aku mengelak dari terus menjawab. Lebih baik mengisi perut ini dahulu. Mahu tidak mahu dia akur saja tanpa membantah.

Sepanjang makan, hati aku tidak tenang. Apa jawapan yang aku harus berikan? Sebelum ini, aku keluar dengan lelaki tidak sampai tiga kali pasti aku ditinggalkan atas sebab tertentu bukan kerana-masing-masing tidak sehaluan. Aku juga tidak berkesempatan untuk menyuarakan hati aku kerana tidak ada mana-mana lelaki yang aku dapat date tiga kali. Jadi, kalau boleh aku mahu menamatkan perjanjian aku dan Adam dengan baik. Sama juga dengan Aniq. Aku tidak mahu salah seorang daripada kami yang pilih untuk membatalkannya. Biarlah cukup tiga seperti dalam perjanjian.

Hampir hangus otak aku berfikir jawapan untuk diberikan kepada Adam. Sudu dan garfu akhirnya diletak elok atas pinggan yang sudah licin. Hanya tinggal tulang-tulang ayam. "Kenapa awak nak jawapan sekarang?" soalku tidak terus menjawab soalannya.

"Susah nak explain."

"Apa yang susah? Awak kena cakap dalam bahasa lain ke? Atau kena melukis baru saya boleh tahu?" soalku lagi. Nada aku seperti menyindirnya.

Adam menunduk. Diam tidak menjawab soalan yang aku ajukan. Aku mengambil ais batu yang terapung dalam gelasku dengan penyedut minuman. Aku buang ke dalam pinggan. Banyak betul aisnya! Tangan aku silang atas meja. "Kalau saya beritahu jawapan yang awak nak, apa akan berlaku? Kalau saya beritahu jawapan awak tak nak pula, apa yang akan berlaku?"

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now