5.5 | Dia kena culik ke?!

215 47 3
                                    

Mug kuletakkan di atas kabinet dapur. Jari-jemari mengetuk permukaan kabinet. Nak buat air apa untuk pagi ni? Aku menyoal dalam hati. Bibir terlakar senyuman saat mata tertancap pada bekas uncang teh. Bekas itu aku ambil. Bagus juga kalau dapat teh o' pagi ni!

Penutup bekas aku buka. Satu uncang aku letak dalam mug. Mug kubawa ke termos air panas. Aku mengisi mug dengan air panas. Langkah aku bawa ke ruang tamu membiarkan uncang teh direndam seketika di mana Aniq sedang khusyuk membaca buku Teme Abdullah. Aku duduk di kerusi lagi satu. Tidak mahu aku duduk satu sofa dengan dia. Wajahnya langsung tidak kupandang. Kehadirannya di situ tidak aku endahkan. Telefon atas meja kopi aku capai. Earphone aku sumbat di telinga. Aplikasi Youtube aku buka.

Suasana dalam rumah itu benar-benar seperti aku tinggal seorang diri. Seperti kehidupan aku sebelum berkahwin. Tidak seorang pun antara kami bersuara. Membiarkan saja sepi menemani.

Tak lama kemudian, aku kembali ke dapur. Mata terarah pada tempat biasa aku letak bekas gula. Tergamam aku melihat tiada bekas gula di situ. Suamiku yang sudah bertukar posisi baring tadi kepada duduk aku kerling. Jangan cakap dia salah letak. Sejak aku duduk sini, memang biasa gula diletak situ. Rasa geram timbul di hati. Aku menahan diri dari bertanya pada Aniq.

Mata dan tangan mencari bekas gula. Mana pula dia letak bekas gula? Ish, jangan dia tukar dengan bekas garam sudahlah! Tapi kalau tukar bukan sepatutnya memang ada bekasnya di tempat biasa ke?

Aku merengus perlahan. Hampir putus asa. Kepala mendongak melihat kabinet atas kepala. Jatuh bahuku apabila memikirkan ketinggian kabinet tersebut. Mana mungkin aku boleh ambil barang di kabinet atas dengan begitu mudah disebabkan ketinggian aku. Biasanya aku akan minta Aniq ambilkan memandangkan dia tidak perlu menjengketkan kaki langsung untuk mendapatkan barang-barang di kabinet atas. Dengan rasa berdebar, pintu kabinet aku buka.

Aku pandang bekas gula dengan rasa tidak percaya. Kepala menoleh ke ruang tamu. Mata aku jegil padanya yang langsung tidak sedar isterinya ini sudah berapi satu badan. Gigi diketap kuat. Mata kembali melihat bekas gula tersebut. Aku senyum menahan geram. Tahulah aku bahawa ini pasti rancangan Aniq supaya aku mengalah dalam perang dingin kami yang aku sendiri cetuskan sejak dua hari lalu dan meminta tolong daripadanya.

Jangan harap saya nak mintak tolong awak, encik suami!

Tak semena-mena membara semangat aku tidak mahu mengalah. Aku mengangkat satu kerusi ke kabinet tadi. Penuh berhati-hati aku memanjat kerusi tersebut. Tangan aku berpaut pada kabinet bawah.

Ah, Aniq! Awak sengaja buat saya sengsara!

Sedaya upaya aku mengelak dari pandang ke bawah. Perlahan-lahan aku berdiri atas kerusi yang bergoyang sedikit. Tangan berpaut pada kabinet atas pula. Bekas gula aku bawa turun. Akhirnya, aku berjaya turun dengan selamat. Tangan mengusap dada. Dengan senyuman puas hati, aku membuka bekas gula tersebut.

Entah apa nasib malang aku pagi ini, bekas itu terlalu ketat untuk dibuka. Aku terduduk tinggung. Kepala aku menghentak pada pintu kabinet perlahan. Aniq, awak memang sengaja! Hampir menangis aku diseksa perasaan begini. Aku berdiri semula. Bekas gula aku letak di tempat asalnya. Fine, kalau macam nilah gayanya, takpe! Masih ada jalan lain! Pintu peti sejuk aku buka. Tin krimer yang sudah dibuka aku bawa keluar.

Usai menyiapkan minuman panas untuk diriku, aku bawanya ke ruang tamu. Aku tayang muka tidak berperasaan. Aktiviti menonton video di Youtube aku sambung semula. Aku perasan Aniq pandang aku dengan perasaan tidak percaya. Keluhan beratnya jelas aku dengar di telinga sebelum memainkan video. Dia mencampak buku ke sebelah. Dia bangun dari sofa beredar dari ruang tamu.

Aku tersenyum lebar tanda kemenangan.

Skrin telefon yang memaparkan hanya sepuluh digit nombor itu membuatkan aku ragu-ragu ingin menjawab panggilan yang kuterima itu. Ini kali kedua telefonku berdering kerana sepuluh digit nombor tersebut. Aku cuba mengumpul kekuatan dengan menarik nafas sebelum melepaskannya. Jari menyentuh ikon hijau untuk menjawab panggilan itu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now