0.2 | He is mine

1.1K 120 2
                                    

Tangan aku mencapai pen berdakwat cair berwarna merah. Buku pelajar aku buka di hadapanku. Sementara aku tiada kelas, lebih baik aku menanda buku latihan anak murid aku. Nanti tak perlulah aku bersusah payah bawa buku-buku yang berat ini pulang ke rumah atau biar sesi penandaan ditangguh sehingga terpaksa mengembalikan buku mereka semula dalam keadaan tidak bertanda. Kalkulator di sebelah aku sediakan untuk tujuan mengira. Tangan kanan aku laju menanda manakala tangan kiri aku menekan-nekan butang kalkulator.

Air instant coffee yang aku sempat buat tadi aku minum dengan penuh tenang. Sedikit tertekan memandang kerja budak-budak ni yang seperti tiada usaha ingin belajar. Aku akui subjek Prinsip Perakaunan bukanlah subjek yang mudah untuk difahami. Subjek ini banyak memberi tekanan dari ketenangan. Memori juga perlu sentiasa ada ruang untuk memuatkan segala jenis format akaun dan penyata serta formula dan teori.

Kenapa aku boleh suka subjek ini?

Entahlah, mungkin kerana aku suka apabila aku bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja dan aku dapati aku banyak memberi perhatian dalam subjek ini. Tidak pernah sekali aku mendapat markah rendah daripada gred B dalam mata pelajaran yang satu ini.

Aktiviti penandaan buku latihan murid-murid tingkatan 4 Nilam terhenti saat telingaku menangkap suara dehaman. "Jadi, awaklah Cikgu Dee, kan?" soal pemilik suara itu sebelum aku bertindak mengangkat wajah memandang wajahnya yang disolek nipis.

Buku log A tidak lagi menjadi perhatian aku. Tanda nama yang tersemat di dada itu aku pandang sekilas. Hanna. Bibir aku mengukir senyuman. Aku lihat dia memeluk tubuh di sisi meja aku. Rambutnya hitamnya disanggul rapi. Dia memiliki wajah yang cantik. Keningnya terukir elok itu nampak wajahnya garang tapi aku yakin dia tidak segarang yang disangka. Tubuhnya yang langsing itu tersarung baju peplum berwarna minty green dipadankan dengan kain skirt putih. Sebagai seorang wanita, aku kagum melihat pakaian yang Hanna gayakan. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menggayakan pakaiannya meskipun hanya bekerja di sekolah menengah. Ketinggian yang dimilikinya menambah kelayakannya untuk menjadi pramugari.

Aku bangun lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. "Ya, saya Dee, short for Dhiya. Akhirnya, kita berjumpa juga! You look beautiful in that outfit." Aku menyelit kata pujian sebagai tanda perkenalan.

Hanna hanya menjeling tanganku. Selepas pasti tiada tanda-tanda dia menyambut huluran tanganku, aku pun menjatuhkan tangan. Senyuman tawar aku ukir di bibir. Aku sedar wajahnya berubah sedikit mendengar ayat terakhirku. Apa salah aku sampai dia tak nak terima huluran salam perkenalan aku?

Kalau ikutkan dalam novel Melayu, Hanna ni mungkin minat akan Adam yang tak habis-habis mencari peluang untuk berbual denganku sejak awal aku masuk ke sekolah ini. Mungkin cerita tentang Adam sudah sampai ke pengetahuan Hanna. Jadi, Hanna berasa cemburu. Pasti kerana itu, dia kelihatan sombong denganku.

Hmm... Adakah aku penghalang kisah cinta Hanna dan Adam?

Oh, tidak! Aku tak mahu jadi watak antagonis, dan aku juga tak mahu Hanna menjadi watak antagonis dalam kisah hidupku.

Dia merengus perlahan. "Whatever. Aku cuma nak beri nasihat kau disebabkan kau kira baru lagi di sini. Jangan pernah libatkan diri dalam masalah budak-budak nakal kelas bawahan. Unless kau lebih rela didiagnosis oleh doktor yang kau mengalami depresi atau kemurungan macam ada seorang guru tu yang akhirnya melakukan tindakan bodoh dengan berpindah keluar dari sekolah ni. Hmm... My bad. Berhenti kerja. Menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Mengurangkan lagi bilangan guru di sini. And please, stay on your side." Wajahnya serius. Dia menajamkan matanya memandangku sebelum beredar ke mejanya yang agak jauh dari meja aku.

Mataku terkebil-kebil. Otakku perlahan-lahan cuba menghadam amaran yang diberi oleh Hanna. Tawa kecil terletus beberapa saat kemudian. Jadi, benarkah dia bakal menjadi watak antagonis dalam hidup aku? Aku geleng kepala. Lawak betullah! Aku duduk kembali menyambung kerja aku tadi. Aku tersenyum kerana menyedari ayat yang aku tunggu keluar dari mulut Hanna tadi tidak muncul.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now