5.0 | Safwan, anak ibu!

335 60 39
                                    

Kepala aku menunduk. Tanganku menggeletar. Sarah yang sedar akan reaksiku selepas mendengar Nadia menjelaskan tentang pertemuan dengan Stephanie dalam usaha mencari keberadaan Helmi menggenggam tanganku menyalur kekuatan.

"Sorry, Dee, Aniq tak benarkan saya beritahu awak, Dee. Tapi saya tahu awak perlu tahu tentang ini. I'm not saying you should cancel your wedding but at least I don't want you to regret in the future. Setakat ni, selepas Aniq buat checkup, masih belum ada kepastian dia boleh hidup normal. Dr. Stephanie beritahu, hanya Helmi yang ada jawapan. Tapi kita pun tak tahu mana Helmi sekarang," beritahu Nadia.

Lidahku masih kelu untuk berkata-kata. Aku masih terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Nadia. Mungkinkah sebab itu Aniq tidak bersuara apa-apa apabila diserang bertubi-tubi dengan kata-kata oleh abang sepupunya? Adakah dia ingin membatalkan perkahwinan kami yang akan berlangsung seminggu sahaja lagi? Ya Allah, tika ini apa harus aku lakukan?

Tak lama aku cuba meraih kekuatan, aku bersedia untuk pulang. Aku tidak mengeluarkan sepatah kata mengenai apa yang Nadia beritahu. Aku masih perlukan masa untuk menghadam. Keluar dari rumahku, Sarah kunci pintu rumahku sebelum berikan kunci penduanya kepada Nadia untuk membantu siasatan. Tika aku keluar, hanya Firash dan Uthman saja yang berada di koridor. Ilham dan Aniq sudah tiada. Tidak pasti sama ada mereka berada di dalam rumah Aniq atau sudah beredar.

Tanpa melihat ke arah rumah Aniq, aku meneruskan langkah ke tangga. Uthman sudah awal-awal beredar sebaik sahaja nampak kami keluar. Sarah mengejar langkahku yang laju lalu memeluk lenganku. Saat kaki mendarat masuk ke kawasan parkir kereta penduduk rumah pangsa, mata tertancap pada seorang lelaki berdiri mendongak ke langit yang mendung.

Sarah dan Uthman sudah bersedia ingin masuk ke dalam perut kereta. Aku menoleh memandang Sarah. Seakan mengerti pandanganku, dia mengangguk. Aku menarik kembali tangan yang ingin membuka pintu belakang kereta Uthman. Perlahan-lahan kaki mengatur langkah mendekati lelaki tadi. Semakin dekat aku mendekatinya, semakin laju debaran jantungku. Saat aku berdiri di sebelahnya, aku menyoal, "Can we talk?"

Dia menoleh lalu mengangguk tanpa kata. Kami memilih untuk duduk di kerusi yang terletak di tepi taman permainan yang dibina untuk kanak-kanak bermain. Disebabkan hari mendung, tiada kanak-kanak yang bermain di situ. Gelanggang yang digunakan oleh remaja sekolah menengah turut kosong. Yang ada cuma kami berdua dan dua ekor kucing yang tidur berteduh dalam papan gelongsor yang berbumbung. Kedudukan kami menghadap antara satu sama lain. Sebuah meja menjadi jarak antara kami berdua.

"Kenapa awak tak bersuara bila Ilham cakap macam tu tadi?" soalku memulakan perbualan.

Senyap. Dia menundukkan kepala.

Dengan suara perlahan, aku menyoalnya soalan yang aku takut ingin mendengar jawapannya, "Awak... Menyesal ajak saya kahwin?"

Aniq memandang wajahku sekilas sebelum mengalihkan pandangan. Soalanku dijawab dengan soalan, "Macam mana kalau saya jawab ya?"

Jawapannya terasa seperti dia membelah jantungku dengan sebilah pisau dengan kejam sekali. Walaupun aku sudah agak itu jawapan yang aku terima, tetapi aku tahu itu bukan jawapan yang jujur dari hatinya. Terima kasih pada Nadia yang menjelaskan mengenai apa yang Dr. Stephanie beritahu. Kalau tidak, memang aku lari selepas mendengar jawapan kejam sebegitu. Namun, itu tidak bermakna hati aku tidak berasa sakit mendengar jawapannya.

"Sebab apa yang Ilham cakap? Dia..."

Aniq memotong percakapanku, "Apa yang dia cakap betul. Saya... Kita berdua kenal baru beberapa bulan, tak cukup setahun pun. Kita patut batalkan saja perkahwinan tu."

Tubir mataku bergenang. Begitu mudah dia menyebut perkataan batal apabila dia yang bersungguh-sungguh memikatku selama berbulan-bulan. Dia yang pilih untuk ajakku berkahwin walaupun baru empat bulan kami kenal. Dia yang beriya-iya bertahan apabila Mama berkerasa menyuruh dia menjauhiku. Dia... Lelaki di hadapanku ini seperti orang lain. Wajah yang sama tetapi dia bukan Aniq yang aku kenal. Dia sebut batal bukan tangguh. Bermakna dia memang tidak mahu meneruskan lagi hubungan kami.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now