2.0 | Bukan keluar suara hantu pun kalau awak call

755 93 11
                                    

Kayla memandangku pelik. Tubuhku dipandang dari atas ke bawah. Bawah ke atas. Aku hanya senyum membiarkan perbuatannya. Aku melabuhkan duduk atas kerusi. Barang-barang di atas meja aku kemas. Jam di tangan aku tilik. Hampir pukul satu petang, bermakna waktu sesi persekolahan sebelah pagi sudah hampir tamat. Tak semena-mena dua orang murid yang membantu aku menjalankan misi petang ini datang ke sisi mejaku. "Dah selesai kerja?"

Kedua-dua pelajar perempuan itu mengangguk. "Dah, cikgu. Kita orang letak dekat koperasi macam yang cikgu suruh."

"Okey, terima kasih. Nah, saya upah awak biskut!" Aku mencapai balang biskut atas meja. Penutupnya aku buka sebelum menghulur kepada mereka berdua. "Habiskan pun takpe," ujarku memandangkan hanya tinggal empat keping biskut dalam baling tersebut.

Mereka mengucapkan terima kasih selepas mengambil dua keping biskut seorang. Masing-masing beredar tidak lama kemudian. Wafa dan Hanna menghampiri mejaku. Aku senyum mesra. "Kau takde kelas tambahan ke petang ni, Dee?" soal Hanna.

"Petang ni bukan ada kelas tambahan Matematik untuk budak SPM ke?" Wafa bertanya pula.

"Ya, ada," jawabku ringkas.

Kayla bersuara membuatkan aku menoleh ke arahnya, "Dah tu, kenapa kau tukar pakai T-shirt dengan seluar ni?"

Aku senyum panjang. "Untuk kelas tambahan petang ni. Kalau kau orang ada bawak baju lebih, boleh join aku petang ni. Tapi, pastikan kau orang sediakan soalan ikut subjek masing-masing," pesanku selepas mengajak mereka menyertai acara yang aku rancangkan selama seminggu yang bakal diadakan petang ini.

"Awak nak buat kelas outdoor ke?" teka satu suara lelaki.

Aku berpaling ke arah pemilik suara itu. Aku menjawab soalan Adam dengan satu senyuman. "Nak tahu, tengoklah petang ni. Kelas tambahan saya akan buat dekat dewan terbuka," jawabku masih tidak mahu membongkarkan rancangan sebenarku.

Tepat pukul 2.15 petang, aku berjalan tanpa sebarang buku di tangan ke kelas 5 Intan. Memandangkan semua kelas tingkatan lima tidak berkongsi dengan mana-mana kelas sebelah petang, kelas tambahan mereka memang diadakan di kelas masing-masing. Kelas tambahan pelajar tingkatan tiga turut diadakan di kelas-kelas tingkatan lima. Aku senyum melihat hampir tiga per empat orang pelajar kelas 5 Intan menunggu kehadiranku di dalam kelas. Aku melihat reaksi terkejut mereka melihat penampilanku yang sudah berubah.

Aku tidak terus duduk di meja guru. Aku hanya berhenti di hadapan meja seorang pelajar yang terletak berdekatan dengan pintu kelas. "Okay, semua. Saya nak awak semua kemas barang-barang awak, bawak beg. Turun ke dewan terbuka. Saya nak minta tolong tiga orang lelaki, ambilkan barang saya dekat koperasi. Cakap dekat Kak Mel, yang jaga koperasi tu, nak ambik barang Cikgu Dee. Nanti bawak ke dewan terbuka. Satu lagi, ketua kelas, saya nak nama budak yang tak ada sekarang." Aku memberi arahan.

Langkah aku atur keluar dari kelas menunggu anak-anak muridku siap mengemas barang masing-masing. Setelah pasti tiada orang di dalam kelas, penolong ketua kelas mengunci pintu kelas. Aku mengetuai para pelajar turun ke dewan terbuka.

Tibanya di dewan terbuka, tiga orang murid yang aku arahkan untuk mengambil barangku di koperasi sudah pun sedia menunggu kehadiran kami.

"Belon? Belon air?" Kedengaran beberapa orang murid yang bersuara. Tertanya melihat dua baldi berisi belon pelbagai warna.

"Iya, belon air. Beg awak semua boleh letak dekat tepi tangga sana. Takut nanti ada yang basah pulak. Saya hanya nak awak keluarkan dua helai kertas kosong, dan sebatang pensel atau pen. Itu yang pertama. Kedua, awak ada group WhatsApp kelas kan? Nanti kita tangkap gambar bersama semua, dan nanti awak hantar gambar tu ke dalam group."

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now