2.7 | Ni peluang kau untuk jumpa A Aryan dekat-dekat!

795 98 31
                                    

Seminggu berlalu begitu pantas sekali, namun pendapat yang Sarah suarakan mengenai Mister A masih berlegar di kepala. Aku bangun dari kerusi setelah terasa seperti sudah lama duduk menyiapkan kerja yang aku bawa ke rumah. Aku menggerakkan kaki menuju ke bilik air. Pili air sinki aku pulas. Tangan aku tadahkan ke bawah air yang mengalir sebelum dibawa air yang bertakung atas tapak tangan ke muka. Aku berdiri tegak memandang wajahku yang dipantulkan oleh cermin. Rasa pelik menyelubungi diri.

Mana tidak pelik, sejak kejadian aku pengsan selepas berjumpa dengan Helmi, bayang-bayang Aniq langsung tidak kelihatan. Maksud aku, aku langsung tidak berjumpa mahupun terserempak dengan jejaka itu. Padahal semenjak Aniq muncul sebagai manusia, dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya satu hari aku terjumpa dia. Tapi sepanjang seminggu yang langsung tiada. Aku sudah cuba buang perasaan pelik itu. Aku bukannya sesiapa pada Aniq, tak penting pun untuk aku risau. Tapi rasa bimbang itu tetap hadir.

Siapa tahu, dia menghilang jadi kucing semula? Tapi kali ini dia tidak muncul di rumahku, mungkin dia muncul di rumah orang lain. Ataupun, paling teruk boleh jadi, dia ada di dalam rumahnya sendiri. Dalam keadaan tubuhnya merupakan tubuh seekor kucing. Bagaimana dia hendak mengambil makanan atau telefon sesiapa atau keluar rumah mencari bantuan?

Aku pantas geleng. Tak mungkin. Dia belum lagi munculkan diri kut? Takkan cepat sangat orang tu tahu Aniq sudah bertukar jadi manusia.

"Dia dah tak perlukan bantuan aku untuk cari orangnya kut, kalau tak selalu saja aku nampak dia setiap kali balik ke rumah," tekaku. Entah mengapa aku terasa kecewa dengan tekaanku sendiri.

Aku kembali ke meja kerjaku. Aku melabuhkan duduk. Kedua-dua siku aku letak atas meja. Aku tepuk-tepuk pipiku perlahan. "Wake up, Dee! Apahal pulak kau nak kisah pasal dia? Ish, kenapalah aku baik sangat duk fikir masalah orang lain? Masalah sendiri pun tak selesai lagi," rungutku sendirian.

Bunyi ketukan pada pintu menghentikan aku dari terus memarahi diri sendiri kerana berfikir tentang sesuatu yang tidak ada kepentingan pada diri. Aku bangun dari kerusi lagi sekali sebelum membetulkan kedudukan baju T yang tersarung di tubuh. Kemudian, aku melangkah ke pintu utama rumahku. Pintu aku buka sedikit. Berkerut keningku saat melihat wajah yang familiar.

Siapa dia ni? Macam pernah nampak.

"Assalamualaikum, Cik Dee."

"Waalaikumussalam. Siapa awak?" soalku tanpa sebarang mukadimah.

Terjungkit kening lelaki itu. Barangkali tidak menyangka aku tidak mengenalinya. "Saya Saiful, pekerja Galeri A Aryan. Mungkin cik lupa kita pernah jumpa sebelum ni dekat galeri." Dia senyum tidak menyalahkanku.

Aku tepuk dahi saat memori beberapa minggu lepas menerpa minda. "Ya Allah, sorry! Saya tak berniat pun lupa. Ada apa awak ke sini? Rumah Encik Aryan dekat sebelah." Aku menunding jari ke arah rumah Aniq di sebelahku. Berkerut keningku pelik dengan kehadiran lelaki ini. Tapi takkan dia tersilap rumah pulak?

Jangan-jangan tekaan aku tadi betul tak? Buntang terus mataku. "Eh, kejap! Dia hilang lagi ke, Saiful?"

Saiful pantas geleng kepala. "Tak, Cik Dee! Dia ada je, sibuk dengan urusan galeri. Cik Dee jangan risau. Saya datang ni ada nak bagi Cik Dee sesuatu. Arahan daripada Encik Aryan."

Tambah kerutan di dahiku. Aisy, cepatlah muka aku berkedut kalau macam ni! Tapi... Arahan dari Aniq? Dia nak bagi aku apa? Sudahlah seminggu dia menghilang tanpa khabar, lepas tu, tau-tau dia hantar pekerja dia bagi something. Dia fikir dia siapa ha nak buat aku risau macam ni?! Omelku dalam hati.

Kau lupa ke, Dee? Dia A Aryan! Lelaki idaman wanita, haruslah sentiasa berada di fikiran perempuan!

Aku bersimpati betul dengan bakal isteri lelaki ni.

Kucing, Kau Kenapa?Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin