S.C | Macam ni ke perasaan orang pendek selama ni? - Kucing POV

347 34 24
                                    

Aku memandang seorang wanita menapak keluar dari bilik. Kelihatan dia sudah selesai membersihkan diri meski matahari belum naik menyinari dunia. Dia menyelak langsir yang menutup pintu gelangsar yang memisahkan ruang balkoni dan dalam rumah. Mataku melihat suasana gelap-gelita di luar. Aku pasti bulan masih lagi kelihatan di langit. Perlahan-lahan aku turun dari sofa mendekati wanita itu. Tanpa segan-silu aku menggeselkan tubuh berbuluku pada kakinya.

Dia duduk mencangkung. Berdegup jantungku melihat mata cantiknya itu. Tambah-tambah lagi dia berada begitu dekat denganku. Tangannya naik mengusap kepalaku lembut. Aku suka diusap sebegitu.

Mod manja on!

"Kau lapar ke, kucing? Nak aku goreng ikan? Ke nak aku belikan kau makanan tin atau makanan kucing yang lain?" soalnya padaku. Seolah-olah aku boleh berbual dengannya dalam bahasa manusia. Bukan aku tak boleh cuma aku pun tidak pasti bagaimana untuk aku berkomunikasi dengan dia dalam bahasa manusia. Aku cakap dalam bahasa manusia, tapi dia tetap akan dengar suara aku mengiau. Sudah beberapa kali aku cuba, tetapi tidak berjaya. Hanya sekali saja yang menjadi.

Aku pandangnya apabila mendengar ayatnya yang terakhir. Dia mengerutkan kening. Dia nak bagi makanan kucing yang sepatutunya kucing makan tu? Oh no! Seumur hidup aku, tak mahu aku makan makanan kucing. Buatnya ada apa-apa kesan pada tubuh aku nanti siapa nak tanggung? Aku jugak! Kau jangan nak memandai-mandai bagi aku makanan haiwan, Cik Dee yang aku tak tahu nama penuh kau!

Aku berkata padanya tapi hanya suara ngiauan yang keluar dari mulutku. Laju aku berlari dengan empat kakiku menuju ke peti sejuk. Aku tak pasti sama ada cara aku boleh buat dia faham ataupun tidak. Aku harap berjaya. Aku melarikan tapak kakiku yang gebu pada pintu. Lantaklah, calar sekalipun. Kalau aku boleh bercakap dengannya dalam bahasa manusia nanti aku minta maaflah pada dia.

Tapi hal itu, lain hari boleh fikir. Masalah sekarang dia faham ke tak?

Aku menoleh memandangnya saat merasakan ada susuk tubuh besar hampir dengan tubuh kecilku. Macam ni ke perasaan orang pendek selama ni?

"Goreng ikan?"

"Iyalah, Dee! Kau tak payah nak susahkan diri cari makanan haiwan untuk aku. Aku nak makanan manusia jugak! Aku tak kira!" Aku memberontak dalam mengiyakan soalannya. Cakaplah seribu patah perkataan sekalipun, yang keluar dari mulutku hanyalah satu.

"Meow!"

Aku menjauhkan diri dari pintu apabila Dee menarik pintu peti sejuk dua pintu itu. Dia bersuara lagi, "Okey, kejap, ya kucing. Nasib baik nasi semalam ada lagi."

Apahal aku rasa macam aku ni budak kecil? Eee... Aku lagi tua dari dialah. Tapi suka pulak aku bila dia manjakan aku macam tu. Ish, ni mesti sebab aku seekor kucing! Kalau aku manusia, mahu ego aku tercalar.

Hah, ya ke?

Entahlah, aku tidak pasti.

Selesai dia memberi aku makan, dia pun meneruskan rutin paginya. Basuh kain. Aku pun makan dengan tenang. Ops, tak cukup tenang. Kau fikir senang ke makan guna mulut sahaja? Dengan nasi terlontar jauh-jauh lagi. Lidah aku memanglah panjang tapi lenguh juga nak menarik makanan tu dekat dengan aku. Nak tak nak aku kena juga guna kaki aku. Ish, dahlah kaki aku ni terasa kotor aje nak sentuh makanan. Dah merayap ke mana-mana dengan empat kaki. Tapi apakan daya? Sudah ditakdirkan kucing tidak dikurniakan sepasang tangan seperti manusia dan perlu menggunakan mulut untuk makan.

Tapi aku pasti ada hikmahnya. Mujurlah kaki aku tak pernah jejak tanah lagi. Entah berapa lama aku perlu hidup bersama wanita ini. Seminggu? Sebulan? Setahun? Sampai bila-bila? Uish... Janganlah!

Aku tak mahu keluar dari rumah mencemarkan kaki aku dengan kuman di luar. Biarlah terperap dalam rumah ni aje. Kalau tak, aku sanggup berpuasa sampai Dee basuh kaki aku. Aku nak basuh sendiri macam payah aje nak bukak pili air. Nanti dia dah keluar rumah, aku cuba sendiri. Haha!

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now