5.3 | Saya janji

223 48 4
                                    

Tangan yang berinai merah di atas riba aku pandang dengan pandangan kosong. Masih terpahat di ingatan saat mengetahui diriku mungkin akan bertukar menjadi kucing pada bila-bila masa kurang dari 24 jam. Aku terkedu. Tidak menyangka ini yang berlaku pada hari bahagiaku dan Aniq. Hatiku gusar memikirkan apa yang bermain di fikiran Aniq Aryan. Adakah dia mulai menyesal kerana meneruskan perkahwinan kami?

Aku tahu aku tidak boleh biarkan Aniq menjadi orang terakhir yang aku temui. Aku tidak mahu membebankan dirinya kerana terpaksa menjagaku dalam keadaan dirinya sendiri alah pada bulu kucing. Mama sudah awal-awal lagi pesan padaku untuk datang ke biliknya bila-bila masa yang aku mahu. Kami akan bergerak pulang ke rumah esok pagi. Pada hari perkahwinanku, selepas beberapa jam aku menjadi seorang isteri, aku tidak dapat pulang bersama suamiku. Sebaliknya terpaksa berpisah selama lebih kurang sebulan sebelum dapat bertemu kembali dengannya.

Apa salahku sehingga perkara sebegini berlaku? Kakiku yang tadi melunjur aku tarik rapat ke dada. Tangan melingkar memeluk kaki. Kepalaku daratkan atas lutut. Lama aku termenung mengenangkan nasib diri sebelum pintu bilik hotel diketuk dari luar. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke pintu. Aku mengintai pada peep hole untuk melihat manusia di hadapan pintu. Apabila pasti dia yang aku tunggu, pintu aku buka.

Senyuman tipis aku hulurkan pada wanita berambut perang itu. Dia melangkah masuk ke dalam ruang bilik diikuti Sarah yang menemaninya datang ke sini. "Terima kasih datang, Dr. Stephanie," ucapku. Serba salah aku menganggu waktu malamnya.

"Tak mengapa. Saya cuma nak beritahu awal-awal, saya tak dapat nak buat full checkup. Banyak peralatan yang saya perlukan ada di hospital. Jadi, saya tak boleh bagi result yang betul pada awak, Dee. Tapi kalau awak belum bertukar menjadi kucing esok hari, awak boleh datang jumpa saya di hospital. Cuma ada risikonya kalau awak datang," terang Dr. Stephanie.

Aku mengangguk membiarkan dia memulakan pemeriksaan ringkas terhadapku. Tidak lama kemudian, dia meminta diri untuk pulang apabila urusannya selesai. Sarah duduk di kerusi sebelahku. Telefonnya dihulur padaku. Kelihatan nama Uthman dipapar pada skrin telefon. Tanpa berfikir apa-apa, aku mengambil telefonnya kudekatkan pada telinga.

"Apalah yang kamu fikir sampai tergesa-gesa sebegini? Kamu tak fikir langsung pasal perasaan kami ni ke? Macam mana kalau kami semua bertukar jadi kucing? Pulak tu, tak sampai setahun pun kamu kenal dengan perempuan tu kan?" Kedengaran suara seorang lelaki bersuara. Aku tidak cam suaranya. Aku pasti ini bukan Ilham yang bantah sekerasnya hubungan aku dan Aniq.

"Aniq, Firash, apa yang sebenarnya berlaku ni?" Suara Mummy Faz menyoal anak-anaknya tenggelam dengan suara orang lain merungut tidak puas hati.

"Kalau aku tahu, benda macam ni jadi, takde aku datang sini. Membazir tiket kapal terbang aje!"

"Jangan pandang aku. Aku dah cakap dekat kau minggu lepas, kau tengoklah apa dah jadi?" Suara Ilham mengungkit kejadian minggu lepas.

Dadaku rasa sesak membayangkan keadaan Aniq di sana. Terpaksa menadah telinga mendengar kata-kata sebegitu pada hari yang sepatutnya menjadi hari bahagianya. "Sudah-sudahlah tu! Kalau semua nak merungut, sampai esok pun tak habis. Orang semua dah serabut pasal petang tadi. Cukuplah satu masalah tu aje, yang kau orang nak merungut pasal tiket kapal terbanglah, apalah... Kenapa? Nak balik, pergilah balik. Bukan ada yang kena paksa datang pun. Perempuan yang kau sebut tu, Lutfi, menantu aku. Dia ada nama, Dhiya Adriana." tegur seorang lagi lelaki yang aku pasti ialah ayah Aniq.

"Heh, kau nak marahkan kami pulak? Kau lupa ke anak kau yang malukan keluarga kita? Baguslah, anak bapak sama saja!" Suara wanita tadi kedengaran semula tidak mahu mengalah.

Kedengaran suara tongkat menghentak sesuatu yang keras. Keadaan itu mengingatkan aku pada hakim yang mengetuk penukul(?) untuk meredakan keriuhan suara orang yang bertengkar. "Aniq Aryan, kenapa kamu tak pernah beritahu pasal benda ni? Dee tu pun ada kaitan, kan?" Datuk menyoal Aniq yang aku masih belum dengar suaranya sejak mula mendengar perbualan mereka.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now