2.5 | Skuad, Sedia!

733 102 53
                                    

Aku laju melangkah menghampiri sebuah bangku. Bangku batu putih itu diletakkan merata-rata di sekitar sekolah memberi tempat duduk untuk sesiapa saja. Bahkan pelajar-pelajar sekolah ini ada antaranya yang duduk di bangku ini tidak kira waktu. Jantungku tidak berhenti berdegup laju. Tidak pasti kerana situasi yang aku baru hadapi atau kerana berjalan laju tadi. Telefon dalam beg tangan aku keluarkan. Lantas aku mendail nombor Sarah.

Waktu persekolahan hampir tiba ke penghujungnya. Jadi, tiada masalah untuk aku duduk di sini sehingga loceng tamat persekolahan berbunyi. Sebaik sahaja panggilan aku bersambut, tanpa berlengah aku menyebut nama Sarah. "Sarah, Sarah, Sarah!"

"Apa, apa, apa?" Seperti yang aku agak, wanita ini akan respon dengan cara yang sama.

"Aku ada masalah besar. Lagi besar dari masalah negara."

"Hah? Apa masalah yang besar sangat tu? Jangan cakap kau kena kahwin paksa. Dee, ini memang masalah besar." Giliran Sarah panik.

Kening berkerut. "Ish, taklah! Kalau aku kena kahwin paksa, aku lebih rela angkat kaki lari dari rumah. Eh, tapi aku tak duduk dengan Mama. Ha, aku angkat kaki keluar dari Malaysia terus!" tekadku. Walau aku tahu masalah itu tidak akan muncul kerana Mama dan Papa tidak akan paksa perkara yang berkaitan dengan masa depanku. Mungkin ada sikit, tapi tidaklah begitu ekstrem sampai aku perlu angkat kaki.

"Laaa... Habis, kalau bukan pasal kahwin. Apa benda masalah yang besar sangat tu?" soal Sarah.

Panjang sangat mukadimah, tidak sampai langsung ke isi pentingnya. Aku melepaskan nafas panjang. Pandangan aku hala ke sekeliling memastikan tiada sesiapa yang mencuri dengar perbualanku dengan Sarah di telefon. Aku buka mulut memberitahu perkara yang ingin aku beritahu dari tadi. "Aku... Aku... setuju keluar dengan dua orang lelaki dalam satu hari. Aku dah jadi playgirl ke, Sarah?"

"What?" Suara Sarah sudah naik satu oktaf. Aku jauhkan telefon dari telinga.

"Aku setuju keluar dengan dua orang lelaki dalam satu hari." Aku ulang seperti pita rakaman. "Hari Sabtu tu," tambahku memberi petunjuk. Aku pernah beritahu Sarah perihal Helmi mengajakku keluar hari Sabtu malam.

Sarah bertanya, "Seorang lagi tu siapa? Mister A?"

Keningku berkerut lagi. "Mister A? Buang tabiat apa dia ajak aku keluar? Baiklah dia ajak akak polis tu a.k.a Cik Nadia." Membayangkan wajah Aniq memandang wajah Nadia yang jernih tanpa sebijik jerawat itu membuat aku memutar bebola mata. Dah kenapa aku nak bayangkan wajah dia orang ni? Aku pantas mengusir bayangan itu dari minda.

"Manalah tahu. Kalau bukan dia, maknanya... Oh, Adam?"

"Iya, Cik Sarah Adelia," jawabku menahan sabar.

"Bila dia ajak? Tadi? Dia ajak keluar Sabtu malam jugak ke? Kau jangan, Dee. Kau kena reject atau tukar hari lain," nasihat Sarah. Lebih kepada mengarahku keras.

Aku geleng kepala. "Bukan malam. Pagi. Sarah, kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Aku dah jadi playgirl ke?" Aku mengulang soalan tadi.

"Oh, pagi. Takde hallah. Kenapa pulak kau jadi playgirl? Dee, kau dengan Helmi bukan ada relationship apa-apa. Kira sekarang ni kau orang keluar sebagai kawan. Baru nak kenal. Sama juga dengan Adam, as friends. Lainlah kejap tadi dia minta kau jadi girlfriend dia for real dan ajak kau keluar. Kejap, dia tak buat macam tu kan? Kalau dia buat, kau kena cancel date dengan Helmi."

"Tak. Aku masih single, Sarah. Jangan risau." Aku menenangkan Sarah.

Kedengaran Sarah menghembus nafas lega. "Fuh, nasib baik. Jadi, takde hal kan? Dah, tak payah risau sangat. By the way, Adam bawa kau pergi mana?" soalnya.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now