0.4 | Kucing, aku harap kau baik dan takde niat jahat dekat aku

982 111 17
                                    

Aku menapak keluar dari bilik setelah selesai mandi dan menunaikan solat subuh. Langsir yang menutup pintu gelangsar yang memisahkan ruang balkoni dan dalam rumah itu aku selak biarpun matahari masih belum naik melambai-lambai pada dunia. Tali langsir aku capai mengikat langsir itu. Aku memandang ke luar yang masih gelap-gelita. Hanya lampu jalan yang masih menyala menerangi kawasan rumah pangsapuri itu. Jam tadi aku lihat masih pukul 6.35 pagi. Walaupun bukan hari kerja, aku suka bangun seawal ini. Kalau terbangun lambat, aku pasti akan terkejar-kejar dan hari aku menjadi kelam-kabut.

Aku tersedar saat terasa benda berbulu menggeselkan tubuhnya pada kakiku. Kepalaku menunduk ke bawah melihat kucing yang turut terjaga. Barangkali kerana bunyi yang terhasil aku membuka pintu dan menyelak langsir. Aku duduk mencangkung. Kepalanya aku usap lembut. "Kau lapar ke, kucing? Nak aku goreng ikan? Ke nak aku belikan kau makanan tin atau makanan kucing yang lain?"

Kucing itu pandang aku apabila dengar ayat tanya aku yang terakhir. Aku mengerutkan kening melihat pandangannya itu. "Kau nak aku belikan?" soalku lagi seakan-akan kucing itu bias bercakap seperti manusia.

"Meow!" Laju kucing itu berlari dengan empat kakinya menuju peti aisku dan melarikan tapak kakinya pada pintu. Aku mendekatinya. Bimbang juga kalau dia mencakar pintu peti aisku. Habis calar peti ais aku!

Aku cuba memahami bahasa kucing itu. "Goreng ikan?"

"Meow!" Kucing itu pandang aku semula seakan-akan mengiyakan.

Aku menarik pintu peti sejuk dua pintu Panasonic itu. "Okay, kejap ya, kucing. Nasib baik nasi semalam ada lagi." Ish, rasa macam bercakap dengan budak kecik!

Macam ni ke manusia yang membela kucing? Suka bercakap dengan kucing macam bercakap dengan manusia?

Selepas memberi kucing itu makan, aku membawa keluar bakul berisi pakaian yang selesai dibasuh dalam mesin basuh. Aku menjemur pakaianku di penyidai yang aku letak di balkoni. Selesai tugas pada pagi itu, aku membawa masuk bakul. Saat itu juga telefon aku berbunyi menandakan ada notifikasi dari aplikasi WhatsApps. Tak mainlah SMS dah sekarang, banyak makan duit. Pakai internet je senang!

Mataku mengerling ke arah telefon yang aku letak di atas kabinet televisyen. Tangan mencapai telefon itu. Mesej dari mama.

Jangan lupa jumpa Alif Daniel tu dekat Aeon harini! Pukul 12 tau? - Mama

Aku membebaskan keluh perlahan. "Kenapalah mama beriya sangat nak suruh aku jumpa Si Alif Daniel ni? Mama jumpa dia sekali dekat kedai buku aje kut. Entah-entah dia tu anak mafia ke apa? Siapa yang susah nanti? Aku juga! Mama ni senang sangatlah percaya orang. Eee..." bebelku seorang diri.

Aku pandang kucing yang sedang enak makan itu sebelum menyimpan semula bakul pakaian. "Kan senang jadi kucing? Tak perlu fikir pasal kahwin. Rasa nak tidur, tidur. Nak makan, cari makan atau tunggu orang bagi. Nak kencing berak, cari pasir. Nak mengawan, cari je kucing jantan. Hah, tak payah susah-susah nak belajar, kerja, nak blind date, nak cari bakal suami, nak kahwin, buat majlis apa semua!" Aku menumbuk meja makan menyebabkan kucing itu terkejut.

"Meow!"

Aku menoleh. "Ha kau pun setuju dengan aku kan?"

Aku nampak seperti kucing itu tidak bersetuju dengan aku. Tapi... Ha, lantaklah! Tidak mahu berfikir panjang, aku membawa langkah ke bilik.

Aku cuma menyarung blaus berwarna dusty pink dan seluar jeans untuk ke blind date yang diaturkan oleh mama. Tanganku mencapai stoking hitam lalu aku sarung pada kaki selepas duduk di atas sofa. "Kucing, kau duduk rumah diam-diam. Jangan buat sepah. Aku nak keluar kejap, tau?" pesanku. Aku kerling ke arah kucing yang sedang memerhati perbuatanku sekilas sebelum bangun mencapai kunci kereta di rak penggantung kunci. Kasut Vans aku capai dari atas rak. Aku keluar selepas selesai menyarung kasut dan menutup pintu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now