1.6 | Sampai hati kau curang dengan aku

751 88 11
                                    

Aku menolak troli ke hadapan sebelum angkat kaki dan letakkan di besi bawah troli. Aku ulang perbuatan itu sehingga Mama datang dekat padaku meletakkan barang ke dalam troli setelah puas membeleknya. Aku senyum menayang muka tak bersalah. Dah dua puluh lima tahun tapi buat perangai macam budak-budak!

Aku melajukan langkah mendekati Mama bersama dengan troli. "Ramai ke tetamu Papa? Mama nak masak apa?"

"Papa kata ada dua orang aje, kawan dia dengan anak kawan dia," jawab Mama.

"Isteri kawan dia?"

"Tak tahulah Mama. Papa takde sebut pulak. Kamu ikut balik makan sekali tak? Mama ingat nak masak nasi arab." Mama belek ayam sebelum berjalan ke bahagian ayam yang sudah siap dipotong. Dua bekas bahagian paha ayam dicapai lalu diletakkan ke dalam troli.

Aku angguk. Terbayang sudah hidangan nasi arab masakan Mama dalam fikiran. "Boleh je. Tapi kucing tu..." Aku spontan memegang bahagian bawah beg galas yang disandang. Terasa kucing itu berubah posisi di dalam beg. Heh, dah macam ibu mengandung aje merasa anak tendang dalam perut. Bezanya aku punya 'anak' dekat belakang badan. Memandai aje kau, Dee. Mengandung pun tak pernah! Aku mengutuk diri sendiri dalam benak.

"Jangan risau. Mama ada sangkar kucing kat rumah."

Terperanjat aku mendengar kenyataan yang disebut Mama. Sejak bila pulak mereka ada sangkar kucing di rumah? Seumur hidup tak pernah aku nampak pun! Mama nak dekat satu meter dengan seekor kucing pun susah, macam mana boleh tiba-tiba ada sangkar kucing pulak ni? "Tipu," balasku sepatah. Tidak percaya.

Mama pukul bahuku sedang tubuh aku terdorong ke hadapan seakan ingin memeluk troli. Tangan aku memegang sisi kiri dan kanan troli. Aku usap bahu yang menjadi mangsa pukulan Mama. "Tipu apa pulak budak ni, ish! Mama cakap betullah. Jiran kita, Mak Cik Umairah tu kan bela kucing. Kucing dia semua dah takde. Dia nak buang sangkar tu tempoh hari. Tapi sebab Mama ingat kamulah, Mama ambik sangkar tu dari dia. Sekarang ni, kamu dah takde alasan tak boleh balik rumah Mama. Sampai rumah nanti, letak dia dalam sangkar," arah Mama selepas menerangkan dari mana datangnya kandang kucing.

"Oh... Lain kali cakap tu, terang sekali. Alaa... Mama ni, salahkan Dee pulak." Aku memuncungkan mulut. Nada suaraku seperti nada suara orang merajuk.

Mama hanya menjeling aku. Tidak melayan rajukan anak tunggalnya ini. Aku sengih membalas jelingan Mama. "Kamu tak nak beli makanan kucing untuk kucing tu?" soal Mama saat kami berdua masuk ke bahagian sabun pencuci pakaian berdekatan dengan bahagian makanan haiwan peliharaan.

Aku geleng kepala. "Tak. Dee bagi dia makan ikan gaul dengan nasi aje. Dia tak makan makanan kucing tu. Dee dah pernah cuba bagi. Entah kucing jenis apa dia ni, nak makan makanan orang aje," perliku seolah-olah kucing itu mendengar perlianku.

"Tak minat kut."

"Mungkin." Aku angkat bahu.

"Dah habis. Kalau Dee takde nak beli apa-apa, kita pergi kaunter terus."

Aku angguk perlahan. Mengikut langkah Mama ke kaunter pembayaran.







Aku melompat turun dari katil. Sikat rambut aku capai. Mulut aku bergerak menyanyikan lagu kumpulan penyanyi lelaki Korea. Berpusing-pusing aku serata bilik dengan rentak lagu itu. Langsung tidak mempedulikan sepasang mata biru hitam yang memerhati gelagatku dengan pandangan pelik. Aku memandang si pemilik mata yang sedari tadi terpaku pada diriku. Lagakku seolah-olah menyanyi untuknya. Kucing itu hanya terus memandangku.

Aktiviti menyanyi dan menari aku terhenti saat aku terdengar suara Mama memanggil namaku. Aku menghentikan lagu yang dimainkan melalui telefonku. Aku buka pintu. Kepalaku menjengah ke luar bilik. Tiada kelibat Mama. "Ya?" Aku menyahut panggilannya.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now