5.1 | Aman sikit sekolah ni tanpa awak

265 53 18
                                    

Kayla meletakkan kepalanya ke atas meja. Aku hanya membiarkan lalu menarik kerusiku untuk duduk. Baru saja melabuhkan duduk, Wafa dan Hanna datang menghampiri. "Kau orang tengok berita semalam? Seramlah aku nak pergi mana-mana mall lepas ni. Tak mahu aku jadi kucing." Wafa memulakan topik.

Aku angguk perlahan menjawab soalan pertama Wafa. Aku senyum kelat mendengar ayat terakhirnya. Tak mahu jadi kucing tu satu hal, melekat dengan orang terakhir yang dilihat lagi satu hal. Tapi kalau mereka bertukar dalam pasaraya, bermakna mereka akan stuck dengan mana-mana orang asing yang pernah mereka lihat sebelum bertukar menjadi kucing? Lagi bahaya! Tapi lagi seksa kalau jadi orang yang terpaksa menjaga kucing itu. Cukuplah Kucing, aku tidak mahu hadap mana-mana kucing lain selepas Aniq!

Tubuh Kayla tegak tiba-tiba seperti spring yang dilepaskan selepas dibengkok dengan jari. "Iya-iya je kau. Entah-entah bukan mall saja mereka akan attack. Buatnya datang sekolah pun boleh jadi kucing macam mana? Kau tahu tak dah berapa banyak panggilan aku dapat daripada parents sejak loceng pertama berbunyi tadi? Serabutlah!" luah Kayla geram.

Aku senyum nipis. Nafas aku hela perlahan. Kepala ligat berfikir dari semalam. Apa tujuan mereka menukarkan orang ramai menjadi kucing?

"Betul juga. Kalau macam ni, ke mana-mana pun kita tak boleh pergi. Tapi kau orang tak rasa curious ke apa rasanya jadi kucing?"

Serentak empat pasang mata beralih pada suara itu. Nizam.

"Awak jangan nak cari pasal Nizam." Hanna beri amaran. Aku angguk laju setuju.

"Baguslah kalau awak jadi kucing. Aman sikit sekolah ni tanpa awak," jawab Kayla sarkastik.

Wafa mengeluh melihat Kayla dan Nizam berbalas pandangan tajam. Mula dah... "Dahlah, aku kahwinkan juga kau orang berdua ni!"

"Wafa!" marah Kayla. Nizam sudah mengalah. Suara Zafri memanggilnya sekaligus menyelamatkan dirinya.

Aku menggeleng kecil. Kedua-dua tangan menopang dagu. "Kalau macam ni, macam mana aku nak ajak orang datang kenduri kahwin aku?" keluhku perlahan. Sangkaku aku hanya bersuara di dalam hati tetapi apabila perasan semua mata ke arahku, aku ketap bibir. Aku cakap kuat ke?

"Kau nak kahwin, Dee?"

Aku membalas soalan Hanna dengan senyuman. Aku pantas meletakkan jari di bibir tidak mahu mereka kecoh. Dari awal lagi, aku dan Aniq sudah tentukan berapa ramai bilangan tetamu yang akan kami jemput. Kalau boleh, hanya keluarga dan teman rapat saja yang akan hadir kerana kami tidak mahu lebih ramai orang yang menjadi sasaran mereka. Aku berhajat ingin mengajak tiga orang wanita ini sahaja ke majlis perkahwinan kami. Namun, bimbang juga kalau ada yang berkecil hati kerana tidak mengajak mereka.

"Bila? Kalau kenduri kahwin kau, aku sanggup pergi. Lantaklah kalau aku akan bertukar jadi kucing sekalipun." Bersungguh-sungguh Kayla berkata.

Wafa mengerutkan dahi. "Takkan kenduri kahwin orang pun, mereka nak attack? Itu dengki namanya!"

Aku senyum kecil. Kalau Kayla dan Nizam tahu macam mana rasanya, mereka takkan berani cakap begitu. Dan kalau Wafa tahu tentang Aniq dan Kucing, dia akan tahu ada risiko pergi ke kenduri kahwinku. Teringat kembali saat aku berusaha merayu Aniq untuk tidak pergi dariku. Aku berharap Aniq tidak ubah fikiran tentang apa yang berlaku semalam. Rasa bimbang kembali menghuni diri.

"Dee, bila kau nak kahwin?" soal Hanna, mengulang soalan Kayla.

"Sabtu depan," jawabku ringkas.

"Hah? Minggu depan kau nak kahwin, baru harini kau beritahu?" soal Wafa tak puas hati.

Aku meletakkan jari di bibir lagi. "Shhh... Janganlah kuat sangat cakap tu. Aku dengar aje. Aku tak mahu beritahu awal-awal sebab takut tak jadi ke apa." Terbayang lagi saat Aniq ingin membatalkan perkahwinan kami.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now