1.4 | Muka kau tak hensem mana pun, Lee Jong Suk lagi hensemlah!

758 89 16
                                    

Aku sempat memberi nasihat menyuruh remaja itu terus pulang ke rumah selepas selesai makan di sebuah kedai makan Mamak. Tidak mahu membiarkan keluarga mereka risau. Aku senyum melihat masing-masing sudah meninggalkan aku selepas mengucapkan selamat tinggal. Rasa lega dapat meluangkan masa dengan anak-anak muridku meskipun bukan di dalam sekolah. Aku menilik jam tangan. Hampir pukul lima petang. Kening aku berkerut. Terasa seperti ada sesuatu yang aku lupa.

Senyuman yang tadi tidak lekang dari wajah mula pudar. Aku tepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?

Mataku menghala pada kafe Library. Kembali teringat akan niat asal aku ke sini. Aku berlari-lari menuju ke kafe itu. Tercungap-cungap nafasku saat kakiku menjejak masuk ke dalam kafe. Aku mencari kelibat seseorang. Hampa terasa apabila tiada manusia yang aku cari. Langkah kaki aku bawa keluar dari kafe. Mataku larikan pada jalan tar di hadapan. Telefon dalam poket seluar aku bawa keluar. Laju aku membuat panggilan. Telefon aku lekap pada telinga. Berdebar-debar hatiku menunggu panggilanku dijawab.

Angkatlah, Alif. Tolonglah!

"Hello?"

"Alif! Awak dekat mana? Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya terlupa, saya sebenarnya dah ada..."

Belum semat aku menjelaskan situasi yang aku hadapi sebentar tadi, Alif Danial pantas memotong, "Sudahlah, Dee. Saya tak perlukan penjelasan awak. Saya minta maaf. Saya tak rasa saya boleh bertoleransi dengan awak lagi. Awak boleh seribu alasan, tapi hati saya tak mungkin akan terima lagi. Ini bukan kali pertama, Dee. Dah dua kali, kalau awak tak berminat dengan saya, awak boleh terus-terang. Tak perlu bagi apa-apa harapan pada saya. Saya rasa awak sama saja dengan perempuan lain. Saya takkan biarkan saya ditinggalkan macam sampah lagi. Jadi, kali ni, saya yang akan tinggalkan awak. Selamat tinggal."

Lututku terasa lemah. Sempat aku berpaut pada tiang. Aku terduduk lemah. Kata-kata Alif Danial benar-benar memberi kesan yang mendalam pada hatiku. Hati aku terasa dirobek-robek hingga ke cebisan yang kecil. Bodohnya aku memberi peluang pada seorang lelaki yang aku belum kenal sepenuhnya.

Aku membiarkan setitis air mata jatuh membasahi pipi.

Tubuh aku rebahkan atas sofa. Masih terkedu. Adakah aku sedang melalui fasa patah hati? Tapi aku baru saja mengenali dia. Aku baru saja dua kali berjumpa empat mata dengannya. Aku baru saja membuka hati untuk menerima dia. Aku baru saja memberi peluang untuk meminjamkan hatiku padanya. Dia pulangkan dalam keadaan yang tidak baik.

Hanya setitis air mata yang jatuh gara-gara lelaki bernama Alif Danial. Mungkin inilah perasaan orang yang kena reject tanpa ada rasa belas. Aku menoleh saat terasa haiwan berbulu mendekatiku. Aku senyum pahit. "Aku ni bodoh kan, kucing? Aku tak kenal dia sepenuhnya, tapi kenapa aku percayakan dia untuk ambil hati aku? Kenapa mudah sangat untuk aku suka pada dia? Mana pergi Dee yang keras hati dan susah untuk jatuh suka pada seorang lelaki? Mana kau hilang, Dee?! Alif Danial tak guna! Aku dah cakap, aku bukan macam perempuan lain. Dia yang tak buka hati dia untuk kenal aku, salah dia. Bukan salah aku. Kenapa mesti aku yang dipersalahkan?" Aku mula membebel melepaskan geram. Ya, aku tidak sedih ditinggalkan tapi aku rasa naik angin.

Aku duduk bersandar. "Pergilah kau dari hidup aku, Alif Danial! Nama kau tak sedap pun. Muka kau tak hensem mana pun, Lee Jong Suk lagi hensemlah!" jerit aku. Kusyen aku baling ke dinding seolah-olah dinding itu wajah Alif Danial.

Aku bangun dari sofa. Aku kembali semula dengan sehelai kertas dan sebatang pen. Nama Alif Danial aku tulis besar-besar memenuhi ruang sehelai kertas A4. Aku tampal pada papan damar yang aku gantung pada dinding. Damar di dalam laci kabinet aku bawa keluar. Disebabkan tiada gambar untuk aku baling damar padanya, aku gunakan nama dia. Dengan penuh rasa marah dan geram aku baling damar mengenai namanya.

Kucing, Kau Kenapa?Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum