6.1 | Dia sepatutnya dah mati sekarang ni

58 6 2
                                    

Kedengaran bunyi tapak kaki semakin mendekat. Kepalaku menoleh ke arah pintu. Terdapat ruang kecil di tepi pintu seperti sebuah tingkap. Simon datang mendekati pintu diikuti Lily. Satu demi satu pinggan dihulur beserta bekas air. "Kenapa empat sahaja?" soal Simon kepada si pemberi melalui tingkap kecil itu.

"Empat sahajalah! Perempuan itu tak sepatutnya berada di sini pada asalnya. Jangan kau berani bagi makanan pada dia. Dia sepatutnya dah mati sekarang ni." Derapan kaki kedengaran lagi tetapi ia kian menjauh.

Meremang bulu romaku mendengar ayat terakhir lelaki itu. Aku duduk memeluk lutut di atas sofa usang. Perasaanku bercampur-baur. Kepala asyik membayangkan wajah orang tuaku. Apa akan berlaku pada mereka andai lukisan itu dapat dijejak? Rasa rindu yang tidak terhingga juga ada buat suamiku. Apa yang dia lakukan sekarang ini? Rasa bimbang andai aku tidak dapat dijumpai.

Kata Helmi, jika mereka mencari jalan untuk keluar dari sini atau memberi laluan untuk aku lari sekalipun, mereka tidak yakin aku berjaya keluar. Bangunan ini dikelilingi hutan. Amat sukar untuk mencari jalan raya mahupun pekan di luar. Lagi-lagi jika aku berjalan kaki. Hanya terdapat satu jalan untuk keluar dari sini, iaitu dengan menaiki kenderaan. Itupun kalau tahu selok-belok hutan itu.

Lily dan Maria mengambil tempat di sebelahku. Maria menghulur makanannya kepadaku. Aku geleng kepala tidak mahu. Tiada selera aku ingin makan dalam keadaan sebegini.

"Makan sikit, Dee. Entah berapa lama awak dekat sana, tak makan. Awak sampai sini pun dekat dua hari juga awak tak sedarkan diri," pujuk Maria. "Mereka tak beri awak makan, tak apa. Kita boleh kongsi."

Apabila aku tidak memberi sebarang respon, Helmi bersuara, "Makan, Dee. Awak perlukan tenaga."

Mataku terpaku pada cecair-cecair di dalam tabung uji di atas meja. Dahiku berkerut. Ada satu lagi perkara yang belum terungkai. "Itu... benda yang tukarkan manusia jadi kucing, kan?" soalku.

Masing-masing diam. Maria, Lily dan Simon menunggu Helmi bersuara. Tanpa menunggu jawapan aku bertanya lagi, "Saya tak faham, apa sebab awak cipta benda tu? I'm sorry if I offended you but that's the worst innovation ever. Mengancam nyawa orang lain pulak tu."

Helmi menunduk. Mungkin terasa hati akan kata-kataku. Aku berkata lagi, "Tapi saya tetap berterima kasih. Sebab awak, saya dapat rapat dengan Aniq. Saya tahu, saya tetap akan jumpa dia sebab dia jiran saya tapi saya tahu tak mungkin Aniq akan pandang saya semudah itu." Tak dapat aku bayangkan jika Kucing tidak muncul dalam hidupku. Entah bagaimana hubungan aku dan Aniq. Mungkinkah kami akan jatuh cinta dan kahwin secepat ini. Saat itu rasa rindu kembali bertamu di hati.

"Saya tahu saya salah. Saya minta maaf. Saya tak berharap untuk awak dan sesiapa yang terkesan maafkan. Niat saya nak cipta eksperimen kucing ni sebab saya membesar melihat kekejaman manusia pada haiwan. I was furious. Haiwan tak dikurniakan akal macam kita. Cara dia orang bawak diri lain dari manusia. Tapi dia orang ada perasaan dan bukan semua menyusahkan orang pun, lainlah kalau haiwan tu liar macam ular ke. Even harimau pun ada orang bela. None of the animals deserve that kind of treatment.

I was immature back then. Saya benci sesiapa yang aniaya haiwan, saya nak dia orang rasa apa yang haiwan tu rasa bila dianiayai sebegitu. That's why I came up with this innovation. Saya tahu ciptaan saya tak bijak, lagi-lagi selepas saya nampak orang sanggup mati demi kelancaran eksperimen saya. Tapi saat saya sedar perbuatan saya, it was too late to back out. Dia orang paksa saya teruskan eksperimen membunuh ni. Saya tak sedar niat sebenar mereka, saya sangka mereka beri sokongan pada saya untuk lengkapkannya, but I was wrong. Mereka nak gunakannya untuk kepentingan mereka sendiri. Bila saya dapat tahu pasal Aniq, sekali lagi saya sedar dan nak betulkan keadaan, here I am. Locked inside the building with no way out." Helmi memandang sekeliling. Mungkin kepalanya megimbas kembali apa yang dia telah lalui sehingga kini.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now