4.4 | Ha, mana nak lari?

340 62 11
                                    

Malam itu, fikiranku menerawang. Terharu. Terharu apabila Aniq tidak pernah lupa aku masih punya ibu bapa. Terharu kerana tidak pernah aku jumpa mana-mana lelaki yang bersungguh-sungguh ingin aku kenali dirinya. Bersungguh ingin aku menerima dia. Kesungguhan dia yang membuatkan aku jatuh cinta. Aku tersenyum sendiri. Perbualan aku bersama Papa dan Mama petang tadi masih segar di ingatan.

"Dee, kalau Dee tak mahu, masih belum terlambat untuk batalkan semuanya. Sekarang ni Mama bukan halangan Dee. Dee yang perlu buat keputusan. Dee yang akan tinggal dengan Aniq seumur hidup bukan Mama." Tenang saja suara Papa. Aku tahu dia tidak mahu aku tersalah buat keputusan.

"Kenapa Dee nak serba salah dengan Mama pulak? Dee nak pindah keluar dari rumah, berani pulak berkeras tak nak dengar cakap Mama. Pasal Aniq ni, tak pandai pulak nak rebel. Mama akui, Mama overreact. Sekarang ni, takde sebab untuk Dee ragu-ragu. Mama tahu Dee takkan suruh dia meminang Dee kalau Dee tak suka dia kan?"

Kata-kata Mama menyedarkan aku. Dari dulu, Mama memang ajar aku. Jangan ikutkan sangat budaya barat buat lamaran romantik. Padahal ibu dan bapa si teman wanita itu pun belum ditemuinya lagi. Mama ajarku untuk dahulukan Mama dan Papa dahulu apabila aku sudah berjumpa dengan lelaki yang aku cinta. Mungkin kerana itu, aku menyuruh Aniq berjumpa mereka, meminta aku menjadi isterinya dengan cara yang betul tanpa berfikir panjang. Telefon di sebelah aku capai. Laju saja mencari nama Sarah.

Sarah, family Aniq datang jumpa Mama dan Papa semalam. Papa terima pinangan dia - Dee

Sementara menunggu Sarah membalas mesejku, aku buka aplikasi Instagram. Laju saja aku membuka notifikasi. Jarang-jarang aku lihat notifikasi media sosial. Mataku melihat follower request dari Aniq yang masih belum aku terima. Aku membuka profilnya, sengaja ingin melihat gambar yang dipapar di laman Instagramnya. Akaun Instagram dipapar secara umum. Seperti kata Sarah dulu, banyak gambar lukisan tidak siap dan ada sedikit yang sudah siap.

Spontan aku terbangun dari posisi baring. Ternganga aku melihat beberapa gambar terkini yang dimuat naik. Aku membuka satu per satu gambar tersebut. Gambar wanita yang dipapar tidak begitu jelas, tetapi aku tahu siapa wanita itu. Ada juga lukisan yang berkait dengan wanita itu. Berdegup laju jantungku melihat gambar-gambar tersebut. Wanita di setiap gambar yang dimuat naiknya itu ialah aku. Aku membaca semua caption yang disertakan bersama gambar. Tidak lupa comment orang awam.

Lukisan aku di pondok melihat langit malam.

If only you knew, you are the only one in my head everyday.

Gambar aku di pantai beberapa hari lepas.

Her smile makes my days brighter.

Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Hatiku berbunga-bunga. Aku terbaring semula. Bergolek-golek aku di atas katil membaca caption Aniq berkali-kali. Caption yang ditulisnya menimbul tanda tanya pengikutnya. Ada yang tertanya-tanya siapakah wanita di dalam gambar pelukis tersebut. Ada yang kecewa kerana lelaki edisi terhad mereka sudah dikebas.

Skrin telefon aku bertukar. Telefonku berdering. Nama Sarah terpapar di skrin. Ikon hijau aku tolak ke tepi dengan jari sebelum membawa telefon ke telinga.

"Kau dekat rumah parents kau ke?" soal Sarah selepas memberi salam.

"Haah. Aku bermalam kat sini."

"Sorry, Dee. Sebenarnya, aku dah tahu Aniq dah pinang kau. Uthman beritahu aku malam semalam, selepas dia balik dari jumpa Aniq. Aku tak nak beritahu sebab aku nak kau tahu dari Mama dan Papa. Kau dah tahu ke sebab Papa terima tanpa tunggu jawapan kau? Mama macam mana?"

Aku menolak tubuhku dari baring. Aku bergerak ke belakang sebelum bersandar pada kepala katil. "Sudah. Mama kena bebel dengan Papa tadi sebab bagi amaran bukan-bukan dekat Aniq. Aku tak sangka pulak apa yang kau cakap tu betul-betul berlaku. Cuma dia report dekat Papa. Papa siap cakap Aniq tu dikira sebagai calon yang dia pilih untuk aku lagi. Suka betul dia dengan Aniq." Aku membuat muka. Menyampah. Cemburu juga ada. Terasa seperti kasih Papa sudah berbagi.

Kucing, Kau Kenapa?जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें