3.4 | Ada jugak yang nak kena belasah ni!

444 69 18
                                    

Kedua-dua tangan mengusap bahagian tepi kepala yang dibaluti tudung. Aku mengenakan pleated shawl dipadankan dengan blaus putih kosong bersama dengan skirt baby blue berbunga kecil. Iya, anda tidak salah baca. Aku membuat keputusan untuk memakai tudung hari ini. Ini bukan kali pertama aku bertudung sepanjang hidup. Bukan juga kali pertama pakai untuk pergi kerja.

Aku capai lipbalm lalu mengenakan pada bibir. Tidak rasa ingin meletakkan sebarang warna pada bibir harini. Kaca mata berbingkai nipis tiada power aku kenakan. Tersenyum aku melihat wajahku di hadapan cermin. Entah kenapa hari ini rasa ingin dress up. Langkah kaki meninggalkan kamar selepas mengambil beg tangan dan telefon pintar.

Kasut hitam bertumit seinci itu aku sarung ke kaki. Daun pintu rumah ditarik membenarkan tubuhku melangkah keluar dari rumah. Hampir terlompat aku melihat susuk tubuh manusia berdiri di hadapanku. Berdentum bunyi jantungku dek kerana terkejut. Mata aku kerdip berkali-kali memastikan aku tidak berkhayal di pagi hari. Pagi subuh begini jarang sekali aku nampak dia. Bukan. Tidak pernah sekali.

Hati bercambah rasa musykil. Apa yang membuatkan dia tiba-tiba berdiri di sini pada waktu hampir pukul tujuh? Joging barangkali. Joging apa kalau dah terpacak depan rumah kau ni, Dee? Aku mengomel dalam hati.

Dia berdehem. Mengingatkan aku kewujudannya di hadapanku.

"Kenapa?" soalku sepatah. Aku bergerak mengunci pintu rumah dengan rapi. Habis aku mengunci, dia masih tidak bersuara.

Dia menghela nafas perlahan. Matanya bergerak ke seluruh tempat kecuali wajahku. Tangannya naik menggaru belakang telinga. Berkerut seribu dahinya yang hampir ditutupi helaian rambutnya. Bibirnya bergerak-gerak tetapi tiada sebarang suara dikeluarkan. Penampilannya itu memang langsung tidak kelihatan seperti ingin berjoging atau keluar ke mana-mana. Tetapi nampak seperti orang baru bangun tidur.

Tangan aku bermain-main dengan kunci kereta. Kalau tunggu lebih lama ni, lambatlah aku nak pergi sekolah. Tidak pasal-pasal pecah rekod aku lewat ke tempat kerja gara-gara dia. Aku terus menyuarakan hal yang ingin aku bincangkan dengan dia, "Awak datang rumah saya hari selepas saya kemalangan cuti sekolah hari itu?"

Terpempan dia sesaat. "Mana awak tahu?" soalnya.

"Kak Hani, isteri pak cik saya bagitahu. Dia ada sekali dengan Mama saya haritu," jawabku sebelum menambah lagi, "Dia beritahu saya yang Mama saya bagi amaran kedua pada awak, bermakna awak pernah jumpa dia sebelum ni? Bila Mama saya jumpa awak?"

Sengaja aku ingin tahu daripada mulut dia sendiri. Bukan tidak boleh bertanya pada Mama, tetapi aku tidak mahu kami bergaduh lagi menyebabkan hubungan kami bertambah keruh. Meskipun aku yakin Mama boleh dipujuk kalau aku dapat benar-benar yakinkan dia. Namun, memujuk Mama sukarnya seperti sukarnya aku ingin memahami tajuk pelarasan dalam Prinsip Perakaunan semasa belajar di tingkatan empat dulu.

Pemuda itu mengusap dagu. "Hmm... Bila ya? Tak ingat." Dia senyum tidak bersalah.

Aku menjelingnya geram. Aku putus asa untuk menyuruh dia mengingat semula. Bermakna aku perlu berhadapan dengan Mama. Menunggu jawapan dari dia, entah-entah sampai ke sudah dia kekal berahsia dengan aku. "Jadi, awak nak cancel perjanjian kita?"

"Perjanjian?" Dia mengerutkan kening. Tidak faham. "Oh, date."

Aku diam menunggu jawapan darinya. Jujur, aku reda saja jika dia memilih untuk membatalkan janji kami. Aku anggap saja kami berdua tidak berjodoh biarpun ada sekelumit rasa ingin meneruskan janji itu. Aku tidak mahu putus tengah jalan seperti yang terjadi pada Alif Danial dan Helmi. Walaupun aku sangat rela putuskan untuk tidak berjumpa dengan Helmi lagi selepas kejadian dia buat gila pada aku malam itu.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now