1.8 | Saya saja je nak merasa macam mana kucing sepahkan rumah

729 89 14
                                    

Aku menetapkan kelajuan langkah kakiku. Tidak terlalu laju, tidak juga terlalu perlahan. Suasana taman pada pagi itu kelihatan penuh apabila matahari mulai kelihatan menyinari dunia. Aku melarikan mata ke arah sekeliling. Terdapat ibu bapa yang membawa anak-anak bermain basikal sambil mereka jogging. Para remaja yang berlari seakan berlatih untuk menjadi atlet berjaya yang dapat mengharumkan nama sekolah. Orang-orang tua yang berpangkat nenek datuk masih gagah berjalan di taman pada pagi itu.

Aku meneruskan langkah berjoging sendirian. Terasa sedikit aneh kerana ini kali pertama aku datang bersenam di taman ini. Kebiasaannya aku hanya berjoging sekeliling kawasan pangsapuri tempat aku tinggal sahaja. Kini, haiwan berbulu berwarna putih comot itu sudah hilang... Ermm... Kembali ke bentuk yang asal. Aku jadi bebas bergerak ke mana-mana saja.

Argh, peliknya rasa!

Aku geleng kepala. Aku rasa aku kena pergi jumpa doktor psikiatri. Sakit mental aku sejak duduk jauh dari Mama. Adakah ini balasan kerana degil tak mahu mengalah dengan Mama? Huhuhu... Ayuh, kita menangis tepi katil.

Tapi aku kat luar sekarang ni.

Ayuh, menangis tepi tasik!

Tanpa kusedari gelagatku diperhatikan oleh seseorang yang berjoging tidak jauh di belakangku. Aku terkejut apabila kedengaran suara menghamburkan tawa di sebelah kananku. Bahuku terhincut sedikit. Aku tersadung batu. Hampir-hampir saja aku jatuh ke sebelah kiri. Mujur pemilik suara tawa yang mengejutkanku itu pantas menarik lenganku menahan dari aku jatuh. Kalau tidak, maut aku jatuh dalam tasik. Entah sedalam mana, aku pun tidak pasti. Tapi kalau perlu berenang, memang malaikat maut datang menjemputku kerana aku tak pandai berenang.

Semua salah dia.

Okey, sebenarnya siapa dia ni yang hampir-hampir membuatkan aku jatuh ke dalam tasik?

Aku menoleh. Mataku bertentang dengan lehernya, bermakna manusia ini tinggi daripadaku. Perlahan-lahan mataku naik memandang wajahnya. Segaris senyuman terbit di bibirnya. Giginya yang tersusun cantik itu ditayang. Mataku naik lagi dan akhirnya terhenti pada sepasang mata yang aku kenali. Bagai tersedar dari khayalan, aku menarik lenganku dari pegangannya.

"Lain kali joging tu fokus sikit dengan hal sekeliling. Pakai earphone tu tak kisahlah, lagu tu jangan pasang kuat. Syok sendiri aje joging, orang lain nak potong pun susah. Taman ni bukan awak seorang je nak guna," bebelnya ringkas.

Aku jelingnya sambil memperlahankan nada suara telefonku dengan butang di fon telinga. "Awak memang stalker ke? Ke mana-mana saja saya pergi awak ada? Awak dah bebaskan, kenapa nak muncul depan saya lagi?" soalku bertubi-tubi membalas kata-katanya.

Aku buntang mata tiba-tiba. Entah-entah...

Dia bergerak ke tepi laluan memberi laluan kepada seorang lelaki yang sedang berjoging. Bagaikan memahami apa yang aku fikirkan, dia menjawab, "Tak, saya dah tak muncul ke mana-mana awak pergi. Awak ingat saya tak cuba test ke semalam? Lagi satu, saya datang ke taman ni pukul 6.45 pagi tadi tau? Awak datang sini pukul berapa?"

"Tujuh," jawabku perlahan sambil mengalihkan anak mata.

"See?"

Aku merengus. Tidak membalas soalannya yang tidak memerlukan jawapan itu, aku pantas melangkah meninggalkan lelaki itu. Tidak ada kepentingan pun berbual dengannya. Sudah beberapa pusingan aku berjogging mengelilingi taman sebelum mengambil keputusan untuk duduk berehat di tempat duduk berdekatan tempat batu-batu yang boleh dipijak itu. Aku melepaskan lelah buat seketika. Pandangan aku hala pada kanan dan kiri.

Tiada kelibat Mister A. Helaan nafas lega aku lepaskan. Entah kenapa rasa awkward. Tapi wajarlah aku berasa sebegitu kerana aku sudah banyak tunjukkan personaliti tersembunyiku di hadapannya. Antaranya ialah aku pernah menari terkinja-kinja mendengar lagu Korea di hadapannya. Astaghfirullah, Dee...Wajahku membahang. Aku tutup wajah dengan kedua-dua tanganku. Jari-jari aku tolak ke tepi memberi ruang kepada mataku melihat ke hadapan.

Kucing, Kau Kenapa?Where stories live. Discover now