2.4 | Oh, mungkin inikah cinta pandangan yang pertama

725 96 28
                                    

Selepas polis wanita bersama dua orang lelaki itu keluar dari rumahku, aku menerima panggilan daripada Sarah. Tanpa melengahkan masa, aku menceritakan segala-galanya termasuklah ayat terakhir Nadia suarakan padaku. Antara aku dan Sarah memang tiada rahsia. Tiada sebab untuk aku merahsiakan pun hal yang berlaku dalam kehidupan seharianku. Hanya perihal Uthman tempoh hari saja aku terpaksa merahsiakan daripadanya. Itupun sudah berjaya dibongkarkan. Tiada gunanya aku menyimpan rahsia kerana pada akhirnya akan terbongkar jua.

"Nadia tu lawa sangat ke? Kerja polis aje pun. Mesti lasak orangnya."

"Aku yang perempuan ni pun setuju dia lawa, apatah lagilah lelaki. Body macam model kut, siapa tak nak? Dahlah, buat aku sakit hati aje teringatkan dia. Kau ni apahal call?" soalku menggali niat sebenar Sarah.

"Aku tak sangka pulak kau betul-betul mintak Mama carikan blind date untuk aku," ujar Sarah.

Terkejut aku. Terbeliak mataku mendengar pernyataan itu. Bila masa pulak aku cakap dekat Mama pasal tu? Tak pernah aku sebut suruh carikan calon suami untuk Sarah. "Mana ada. Aku takde cakap apa-apapun pasal tu pada Mama."

Aku dapat rasakan Sarah sedang bercekak pinggang. Tidak percaya kata-kataku. "Seriuslah? Habis tu, kenapa dia call aku pagi tadi minta aku pergi jumpa lelaki ni pada hari Rabu malam?"

Aku jungkit bahu walhal aku sudah tahu Sarah tidak nampak perbuatanku. "Mana aku tahu. Takkan sebab aku dah tak bagi dia carikan untuk aku, dia pergi carikan untuk kau pulak?" tekaku.

Kedengaran Sarah menepuk meja. "Ha, iyelah tu! Kau punya pasallah ni, tapi takpelah. Aku terima aje. Mana tahu dia hensem macam Aiman Hakim Redza ke? Haisy, malang betul dia dah berkahwin. Menyesal aku tak mengorat dia dulu."

Aku cebik. Dia lupa ke dia masih dalam hubungan cinta waktu kali pertama dia berjumpa dengan Aiman Hakim Redza di majlis apa entah dulu? "Jangan dapat yang jenis tak percaya perempuan macam Alif Danial sudah!"

"Haisy, harapnya tidak. Dee, selalunya kalau Mama suruh kau jumpa lelaki, dia bagitahu nama dan serba sedikit pasal dia kan?" tanya Sarah.

Aku mengiyakan. Tidak pernah aku tidak tahu nama lelaki yang bakal aku jumpa. Hanya muka sahaja yang tidak pernah aku lihat. Jadi, Mama biasanya akan beri padaku petunjuk untuk aku kenal yang mana lelaki yang dijanjikan untuk aku jumpa.

"Pelik. Mama takde bagitahu aku apa-apapun. Dia cuma bagi clue, lelaki tu akan pakai jaket denim dan kasut Converse kelabu."

Aku mengerutkan kening. Macam kenal. "Nama dia susah nak sebut kut? Tapi kenapa malam? Kau free malam Rabu saja ke?"

"Hmm... Iyelah kut. Haah. Minggu ni aku punya jadual packed dengan shooting drama baru."

Drama lagi. Sarah dan drama mana bisa berpisah.

"Apa cerita Cikgu Adam?"

"Takde cerita," jawabku pendek. Aku menukar posisi duduk tadi kepada baring atas sofa. Kaki aku yang tergantung pada hujung sofa aku ayunkan.

"Aik, lambatnya mamat tu! Tak apa, Dee. Aku ada untuk selamatkan kau. Kau ingat tak, aku ada cerita orang komen dekat Instagram aku yang ada gambar kau?"

Aku cuba mengingati semula. Sarah ada cerita tentang itu selepas Sarah meceritakan kejadian dia terserempak dengan Uthman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. "Oh, dia tu! Kenapa dengan dia? Kau blocked dia?"

"Tak, takde sebab pun aku nak block dia. Dia bukannya komen tak baik pun. Dia mintak tolong aku aturkan kau orang berdua untuk jumpa," terang Sarah.

Laju aku bangun. Terkejut mendengar permintaan lelaki yang banyak komen pada gambar aku yang dipaparkan di laman Instagram Sarah. Aku tidak pernah melarang Sarah memaparkan gambarku apatah lagi tag aku. Sejak sebelum Sarah menjadi pelakon memang sudah banyak gambar aku di laman media sosialnya. Bagi aku tiada masalah pun selama ni, tetapi aku rasa seram pula apabila tiba-tiba ada yang muncul melakukan perbuatan seperti itu.

Kucing, Kau Kenapa?Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon