13

4.8K 169 6
                                    

"Sudah! kau nak tanya ape tadi?" kata Darren apabila melihat Puteri berdiam diri.

"saya nak tanya bila majlis pernikahan kita?"

"minggu depan" balasnya selamba.

"what?!" melopong mulut Puteri. Matanya sudah membuntang memandang Darren seolah-olah tidak percaya.

"kenapa? tak percaya?" sinis Darren. Laju Puteri mengangguk. Darren pun tak kenal ibubapanya, macam mana nak kahwin?.

"Pasal makbapak kau, jangan risau. Mama papa aku dah discuss dah dengan family kau.. and family kau pun setuju" kata Darren seolah dapat meneka di kotak fikiran Puteri.

Sekali lagi Puteri melopongkan mulutnya. Family dia dah jumpa family aku?!.

"wait, saya still tak faham lagi. Macam mana family awak boleh jumpa keluarga saya? sedangkan semua keluarga saya dekat Brazil" Puteri memicit kepala. Kusut fikirannya sekarang ni.

Darren memutarkan bebola mata keatas. Susah cakap dengan perempuan macam ni. Buat membazir air liur saja.

"okay look. Kau tak ingat ke yang papa aku aku buka syarikat kecil dekat Brazil? kau sendiri yang datang event tu haritu kan?" Darren berkata dengan nada yang ditahan. Nak mengamuk tak boleh karang excident pula. Sabar saja lah yang dia mampu.

"then?"

"Then papa aku ada beli banglo dekat sana untuk tempat persinggahan kalau pergi sana. Lepastu papa aku suruh kawan dia carikan seorang tukang kebun lelaki dengan seorang maid perempuan. Yelah kalau papa aku balik Malaysia semula takdelah rumah tu terbiar. At least ada lah orang tengok-tengokkan. And yah, tukang kebun dengan maid tu ialah mak ayah kau. Mula2 aku tak percaya, tapi sebab mama aku bagi gambar kau dengan mak kau baru aku percaya. Gambar tu pun mak kau yang tunjukkan dekat mama aku. Yelah orang kata ape? membawang? ape tah. Then, mama aku pun terkejut and then mama aku pun cerita lah yang anak lelaki dia yang handsome ni couple anak perempuan maid tu. Lepastu mama decided nak satu aku dengan kau. Sebab mama tengok pun mak kau nampak baik. " terang Darren dengan panjang lebar.

Puteri mengangguk faham. Baru dia faham jalan cerita yang sebenar.

"So, any questions?" soal Darren. Mana lah tahu ada yang tak faham lagi

Pantas Puteri menggeleng. Puteri memandang kearah Darren yang sedabg fokus memandu. Secara tiba tiba terhias satu senyuman di bibirnya. Darren akan perasan dengan tingkah Puteri. Terus tersenyum nakal.

"kau apahal pandang2 aku tersengih sorang2 ? tak sabar nak kahwin sangat ke?" Tegur Darren.

Tersentak Puteri dibuatnya. Astagfirullah ape bende kau ni Puteri. Desis dalam hati. Cepat2 dia mengalihkan pandangan kearah tingkap.

Maluu!

♥︎♥︎♥︎♥︎♥︎

"Assalamualaikum"

Emiya sedang khusyuk menonton televisyen tersentak apabila ada satu suara garau memberi salam.

"ish.. sape pula yang bagi salam ni? nak kata suara Puteri lain sangat" Emiya menggaru keningnya. Emiya bangun dan berlari ke tingkap rumah yang ditutupi dengan kain langsir yang labuh.

Perlahan-lahan dua menyelak langsir itu sedikit untuk melihat siapa gerangan yang memberi salam tadi. Ternyata kelihatan susuk tubuh yang berdiri membelakangkan pintu rumahnya. Emiya sudah tidak senang duduk. Bermacam perkara negetif melayar di benak fikirannya.

"itu perompak ke, penyamun ke, peragut ke, penculik ke, atau perogol?" soalnya sendiri. Dia sudah menggelabah seperti cacing kepanasan.

Mata melilau di sekekeling untuk mencari sesuatu sehinggalah matanya terhenti disalah sebuah cecair berbahaya.

"yes, ridsect nyamuk" gumamnya perlahan. Dengan pantas dia mencapai ridsect semburan nyamuk itu. Dia kembali ke tingkap yang tadi. Jelas kelihatan lelaki itu masih ada disitu.

"Assalamualaikum" Emiya tersentak sekali lagi.

Dengan lafaz Bismillah Emiya membuka pintu rumah. Lelaki yang berdiri membelakangkan Emiya memusingkan badan.

"Hai ad.."

"ssphssss!!" sembur Emiya dengan pantas.

"arghh!" jerit lelaki itu mengerang keperitan di matanya.

Dengan spontan, Emiya mencampak ridsect itu ke lantai.

"abang!"




Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now