25

4.6K 187 15
                                    

Puteri menghela nafas berat. Rasa bersalah terhadap suaminya mula bertambah. Harini sudah 3 hari mereka bersikap dingin. Darren hanya mengendahkan saja kewujudan Puteri.

Itulah.. sape suruh mulut ni cakap lepas, ha kan dah dapat. Puteri menepuk-nepuk bibirnya geram.

"Puteri, sini kejap" panggil Puan Fairose.

Puteri menoleh kearah ibunya. Dengan langkah yang lemah, dia berjalan ke ibunya.

"hm" kata Puteri perlahan.

"sejak dua menjak ni kenapa ibu asyik perasan kamu tak bercakap dengan Darren?. Kamu berdua gaduh ye?" soal Puan Fairose sambil bercekak pinggang.

Puteri tersentak dengan soalan ibunya. Air liur ditelan kesat. Macam mana ibu boleh perasan ni aduhh..

"erk.. mana ada ibu. Ibu salah pandang je kot" dalih Puteri.

"ibu ni membesarkan kamu bukan semalam tau. Dah 23 tahun ibu besarkan kamu. Kamu cakap betul-betul. Kamu gaduh dengan Darren ke?" soal Puan Fairose bernada tinggi. Penyapu ditangannya di sandarkan pada dinding rumah.

"Put.. Puteri tak gaduh. Cuma salah faham sikit aje. Ibu jangan risau lah" kata Puteri lembut.

"no! , naluri ibu kuat mengatakan ada bende yang tak kena. Kamu ada sorok ape-ape ke dari ibu?"

Sekali lagi Puteri tersentak dengan soalan ibunya. Kalini lebih terkejut dari sebelum ni.

"Put.. Puteri.."

"Puteri!" panggil Darren sedikit kuat.

Puteri dan Puan Fairose beralih pandangan pada Darren yang tersengih seperti kerang busuk itu. Bajunya pun terlihat sedikit kotor dan beberapa percikan lumpur yang terlekat. Tolong ayah mungkin?

Puteri mengerut kening memandang Darren. Betul ke dia panggil aku? aku tak salah dengar kan?, bisik Puteri dalam hati.

"erkk.. Puteri pergi dulu ye bu" sejurus itu dia terus berlari kearah Darren.

'Ya Allah Darren.. terima kasih kerana kau selamatkan aku dari soalan maut dari ibu tadi ya allah' monolog Puteri dalam hati.

"ye saya?"

Darren merenung anak mata Puteri tajam. Puteri pula hanya tersenyum manis memandang suaminya.

"kau masakkan aku tomyam. Aku lapar" kata Darren mendatar.

"tu je?" tanya Puteri ingin kepastian.

Darren mengangkat kening sebelah. Tubuhnya ditundukkan bagi separas ketinggian Puteri. Tinggi Puteri hanya paras dadanya saja.

"kalau aku mintak 'tu' kau nak bagi ke?" kata Darren dengan matanya memandang bahagian peribadi Puteri.

Membuntang biji mata Puteri. Dengan pantas dia menarik t-shirtnya kebawah. Nasib aku pakai baju oversize.

"ape bende awak ni?" kata Puteri separa jerit.

Darren tersenyum sinis.

"sudah lah. Baik kau pergi masak sekarang, aku lapar ni. Karang tomyam aku tak makan, kau aku makan. Lantaklah kau rela ke tak rela" kata Darren sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"gila!" bisik Puteri.

Tok! Tok!

"awak.. tomyam dah siap ni. Jom lah turun bawah makan" panggil Puteri dari luar bilik.

Selang beberapa saat, kedengaran tombol pintu dipulas dari dalam.

"jom" ajak Puteri lalu menarik lengan sasa Darren.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now