54

3.6K 128 6
                                    

"awak!"

"awak!! bangun!"

"Puteri!. Bangunlah you ni kenapa?!" kata Emiya separa menjerit. Tangannya mengoncang-goncangkan bahu Puteri agar Puteri sedar dari tidur.

Puteri terus tersedar dari mimpi. Matanya membuntang luas.

Emiya mengerut dahi hairan.

"you mimpi ape ni sampai berpeluh-peluh bagai. Itulah tidur lagi waktu-waktu tengahari ni" bebel Emiya.

Puteri terkedu. "kita dekat mana ni?"

"dekat rumah lah. Dah jom keluar" ajak Emiya lalu ingin keluar dari perut kereta.

"dekat rumah?!. You please kita patah balik. Darren! dia kena langgar. Tolonglah Miya.. I nak jumpa suami I " rayu Puteri dengan linangan airmata.

Emiya mengerut kening. Wajahnya kelihatan sangat kehairanan.

"ape you merepek ni?. Darren kena langgar?. You dah rindu sangat dengan dia ni. Itulah, bila I suruh balik rumah suami you, you taknak" kata Emiya. Bibirnya terukir senyuman sinis.

Puteri mengeleng laju.

"tak! dia selamatkan I dari kena langgar. Tapi.. dia yang kena langgar dengan kereta tu. I.. I nak jumpa dia. Dia cedera teruk Miya!" kata Puteri sambil teresak-esak. Fikirannya bercelaru saat wajah Darren yang penuh darah kembali mengimbas dia benak fikirannya.

Emiya menjadi buntu. Kepalanya digaru-garu berkali-kali. Kemudian, dia terus memeluk tubuh Puteri bagi menenangkan sahabatnya itu.

"Puteri.. you cuma mimpi je. Tak betul pun bende tu. You tenang okay. I sentiasa ada dengan you. Allah itu maha pelindung. Insyaallah, Allah akan lindungi suami you" pujuk Emiya. Tangannya mengusap lembut belakang badan Puteri.

Puteri mengemam bibir kuat. "tapi Darren.."

"sudah, I yakin Darren tak apa-apa. You jangan risau okay. Harini kan ada tetamu nak datang. Takkan you nak tayang muka merah you ni?. Buruk tahu tak" cantas Emiya.

Puteri mengangguk perlahan. Airmata diseka menggunakan hujung lengan baju.

"thanks Miya" ucap Puteri ikhlas. Sekali lagi dia memeluk Emiya. Emiya membalas pelukan itu.

"my pleasure"

Zafran menggigit kukunya sambil memikirkan sesuatu. Hatinya sungguh tidak tenang dari pagi tadi. Apa yang ada dalam otaknya sekarang ialah sepupunya, Darren.

"mana kau pegi ni Darren.." gumam Zafran seorang diri.

Sebentar tadi baru sahaja Emir menelefonnya dan memberitahu beberapa maklumat tentang keberadaan Darren. Dan Emir berkata, yang sekarang Darren dalam perjalanan menuju ke Johor Bharu. Zafran dengan kata-kata Emir. Buat ape dia pergi Johor Bharu tu?. Cari bini baru ke?

Puas Zafran berfikir, akhirnya dia dapat juga jawapan.

"Ha! aku tahu!. Mesti dia nak jumpa Puteri. Sebab Emir kata Puteri dekat rumah mak dia. Dan rumah mak dia pulak dekat Johor. Uishh! pandai gila aku berfikir. Dah macam magician! " kata Zafran kuat. Tangannya ditepuk berkali-kali dan membiarkan stereng keretanya tidak sentuh.

Lepas 30 minit dia memandu, tiba-tiba matanya tertacap disebuah kereta yang amat dia kenali berhenti dia bahu jalan.

"Audi R8? macam kenal kereta tu. Ya Allah itu kereta Darren!" jeritnya dek kerana terkejut. Dengan pantas dia memberhentikan keretanya di bahu jalan juga.

Isteri Tengku Kyle ✓ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang