39

3.3K 119 6
                                    

"Thank you Mr.Darren for being willing to come to Bali for discuss about this project. I am very proud  of because Mr.Darren chose our company. Nice to meet you. Tomorrow we meet again. I have to go" pamit Dato' Chaino  seraya berjabat tangan dengan Darren sebelum bergerak keluar dari pejabat milik Tengku Faliq.

Darren mengangguk tanpa senyuman. Jelas wajahnya kelihatan bosan semasa berbincang bersama Dato' Chaino 10 minit lepas. Sungguh dia tiada mood harini. Sewaktu meeting tadi pun Zafran lebih banyak bercakap darinya. Nasib baik Zafran ni pandai membuka mulut semasa meeting. Kalau tidak dia juga.

"yeah, nice to meet you too Dato'. See you tomorrow" ucap Zafran dengan senyuman lebar. Lelaki tua itu mengangguk.

"jom balik hotel. Meeting dah habis kan?. Aku mengantuk ni" kata Darren dengan nguapan kecil. Zafran menggeleng tanda tidak setuju.

"No! Now its time to lunch. So kita kena singgah mana-mana cafe dulu sebelum balik hotel. Faham?" kata Zafran tegas. Darren hanya beriak selamba.

"kalau kau nak pergi, pergi sorang-sorang" sejurus itu kakinya mengatur langkah kearah pintu lif vvip. Zafran menjuih bibir tanda menyampah.

"semua benda nak ikut cakap dia. Dia sorang je yang betul" gumam Zafran perlahan. Kakinya turut bergerak mengikuti langkah Darren yang sudah menjauh kehadapan.

Darren merebahkan tubuhnya diatas katil bersaiz king. Kot dan tie ditanggalkan lalu dicampak kearah sofa. Matanya terkatup rapat ingin merehatkan minda dan otaknya. Zafran pula pergi cafe tah dekat mana. Tinggallah Darren seorang diri sahaja didalam hotel.

Baru beberapa minit dia terlelap, kedengaran seseorang dari luar mengetuk pintu hotelnya. Darren mengeluh berat.

"kau kalau nak masuk, masuk jelah. Takde masalah aku tolong bukakkan pintu untuk kau" kata Darren kuat. Matanya masih lagu terkatup rapat.

Selang 1 minit, kedengaran pintu dikuak.

"I ada bawakkan makanan ni. You mesti tengah laparkan sekarang?" bisik seseorang ditelinga Darren.

Darren tergamam. Suara perempuan?. Kenapa suara Zafran lain macam?. Dengan pantas dia bangun dari baringannya dan merenung tajam gadis yang sedang duduk di birai katilnya.

"kau siapa ha?! macam kau boleh masuk dalam bilik aku ni?!" jerkah Darren kuat. Gadis hanya tersenyum tipis.

"you tadi yang kata pintu tu tak kunci kan?. So I masuk lah" kata gadis itu meleret. Dia mula bangun dari duduknya dan berjalan kearah Darren.

Darren menjadi tidak senang duduk. "kau keluar sekarang! aku tak kenal kau siapa lah!"

Alice tergelak sinis. Kot uniform yang tersarung tubuhnya ditanggalkan. Tinggallah hanya seluar ketatnya dan tshirt hitam. Darren membuntang mata. Pergerakan Alice yang semakin dekat dengannya membuat dia terundur kebelakang. Alice mengeluarkan kain kecil yang sudah berisi kloroform dari poket seluar. Senyuman sinis tidak lekang dari bibir merahnya.

"kau keluar! aku kata keluar!" jerkah Darren.

Alice menggeleng perlahan. "Daniel!" panggil Alice kuat.

Daniel yang sedang berdiri di muka pintu melangkah masuk. Darren menjadi gelisah. Dua orang figura dihadapannya dipandang bersilih ganti.

"siapa korang?! apa korang nak?. Kalau nak duit cakap!. Aku bagi!" kata Darren kuat.

Tanpa berkata, Daniel terus melepaskan satu tumbukan padu di pipi kanan Darren. Darren berdecit kecil saat merasakan cecair merah di hujung bibirnya. Dengan sepenuh tenaga, dia membalas tumbukan diperut Daniel sehingga membuatkan lelaki itu terundur kebelakang. Dengan pantas Darren berlari kearah pintu keluar hotelnya.

"hei, you cari ni ke?" soal Alice dengan senyuman sinis. Darren merengus geram. Macam mana pula kad tu boleh ada dekat tangan minah tu. Macam mana aku nak keluar?!.

"kau bagi sekarang!" arah Darren dingin. Matanya dijegil tajam keadalam anak mata Alice.

"never" dengan pantas Alice naik keatas badan Darren sehingga Darren terjatuh menyembah lantai. Sejurus itu kain kloroform itu ditekup ke mulut dan hidung Darren. Darren meronta-ronta ingin melepaskan diri. Malah, makin kuat Alice menekup mulut dan hidungnya. Lama kelamaan, Darren pun pengsan tidak sedarkan diri.

Alice tersenyum puas. Bibirnya turun mengucup dahi licin Darren sehingga meninggalkan kesan lipstiknya yang merah menyala. Daniel yang terbaring dipandang.

"you boleh keluar sekarang. I ada benda nak buat dengan jantan ni"

"you nak buat ape baby? you rogol dia?. You're mine!" bantah Daniel dengan dahi berkerut.

Alice membuat muka toya. "yes i know!. I tahulah ape yang I nak buat. Kerja you sekarang hanya keluar je. Tunggu I dalam kereta"

Daniel memandang tidak percaya. Selang dua minit, dia mengangguk tanda pasrah. Alice hanya menjeling Daniel yang sedang berjalan itu.

"nonsense" bisik Alice perlahan.

Dania merenggangkan otot-ototnya yang terasa lenguh. Fail-fail pesakit yang bersepah di atas katil dikutip lalu disusun rapi di rak bukunya. Seusai itu, dia turun ke tingkat 1 dan menuju kedapur untuk membasahlan tekaknya yang terasa kering.

"akak?" panggil Dania saat ternampak figura kakak iparnya yang sedang leka menonton TV diruang tamu.

Puteri tersenyum kecil. "eh Nia. Dah siap kerja?. Meh lah duduk sini teman akak tengok movie" pelawa Puteri sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya. Dania mengangguk laju

"banyak kerja harini?" tanya Puteri.

Dania tersenyum tipis. "banyak kak. Banyak gila patient yang Nia kena handal harini" keluh Dania. Puteri menarik senyuman kecil.

"akak tak mengantuk ke sampai lewat malam layan movie?. Ini kalau abang tahu ni mesti dia akan marah akak" kata Dania. Puteri tergelak kecil.

"mestilah abang akan marah. Disebabkan abang Darren takdelah akak ada peluang layan movie sampai overnight. Kalau dulu masa akak tak kawin lagi, hari-hari akak tengok movie dengan kawan baik akak tau. Kadang-kadang sampai kitaorang tak tidur. Sedar-sedar je dah dengar azan subuh" kata Puteri lalu tergelak kecil. Kelakar pula apabila teringat kembali kenangannya bersama Emiya.

Dania mengangguk dengan senyuman lebar.

"akak nak pergi dapur buat air. Nia nak tak?"

"nak nak"

10 minit kemudian, Puteri keluar dari dapur sambil tangannya membawa dua cawan coffee. Secara tidak sengaja, kaki Puteri tersandung apabila terlanggar sesuatu.

Prank!

Dania tersentak. Pantas kepalanya berpaling kearah kakak iparnya yang sudah terduduk di lantai.

"akak! macam mana boleh jatuh ni" soal Dania cemas. Puteri menggeleng.

"tak.. taktahu. Akak rasa tak sedap hati"

Dania mengerut kening. "tak sedap hati?"

Puteri menggangguk laju. "Darren"

"abang?"

Puteri memerhatikan serpihan kaca-kaca yang bertaburan di lantai. Terbit perasaan aneh didalam hatinya.

'kenapa aku rasa tak sedap hati ini?. Ya Allah kau lindungilah suami dan Zafran. Amin..' getus hati Puteri. Cecair jernih mula bertakung.

"akak pergilah masuk bilik berehat. Kaca ni biar Nia yang kemas" arah Dania, risau. Dia juga turut berasa sesuatu yang aneh juga dalam hati.

"ok..okay" balas Puteri lemah.

"abang.. saya rindu.." gumam Puteri perlahan. Cecair jernih mula mengalir di pipi.

GUYS DOAKAN YANG BAIK BAIK UNTUK DARREN DAN ZAFRAN YE.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now