23

4.9K 181 13
                                    

Audi R8 milik Darren diparking di hadapan tanah perkuburan Waverly (kristian). Darren hanya memerhati sahaja tubuh isterinya yang sedang menunduk dihadapan kubur neneknya itu.

"Granny.. granny tenang ye dekat sana. Puteri, ibu, ayah selalu doakan granny. Puteri rindu granny sangat-sangat" ujar Puteri sayu.

Airmata diseka perlahan sebelum dia bangun dari kerusi batu di tepi kubur grannynya itu.

"Puteri pergi dulu ye granny. Ada masa Puteri datang lagi. Bye, I love you and I miss you" kata Puteri lalu melangkah keluar dari kawasan tanah perkuburan kristian itu.

"dah?" kata Darren lembut.

Puteri mengangguk perlahan. Rambutnya yang terlepas diikat gaya ponytail. Tubuhnya di bawa masuk kedalam perut kereta.

"emm awak. Nanti kita singgah Sáo Poulo boleh tak?. Saya nak cari barang sikit" kata sambil memandanh anak mata coklat Darren.

Darren sekadar mengangguk. Wajahnya dipaling ke arah Puteri. Mata bertentang mata.

Jantung berdegup laju saat anak mata coklat Darren menikam lembut anak mata hijaunya. Dengan pantas Puteri mengalihkan pandangan. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Malu babe!.

Darren tersenyum nipis. Baru pandang sikit dah blushing. Apebende lah perempuan ni.

Gear P ditukar kepada D. Maka, kereta Audi R8 itu bergerak diatas jalan raya.  Bandar Sáu Poulo dituju.

"jangan lama sangat. Aku tak suka tunggu-tunggu orang ni" kata Darren mendatar.

"okay, awak tunggu sekejap ye" kata Puteri sebelum kereta dari perut kereta.

Puteri berjalan-jalan di dalam bangunan Mall Sáu Poulo itu. Akhirnya Puteri berhenti disalah sebuah kedai minyak wangi.

"aunty, can you give me one perfume?" kata Puteri lembut.

"can can. What flavour you want?" tanya makcik itu pula.

"I want vanilla flavour"

Makcik itu mengangguk lalu mencapai sebotol minyak wangi kaca berperisa vanila.

"thanks" ucap Puteri ramah. 2 keping duit kertas Brazil di beri pada makcik itu.

Usai membeli, Puteri keluar dari Mall Sáu Poulo itu. Kereta Audi R8 Darren dituju. Puteri tersenyum melihat wajah merah Darren didalam kereta. Mesti tengah marah tu. Hahah.

Secara tiba-tiba tubuh Puteri dilanggar dari tepi. Puteri yang hampir terjatuh sempat dia mengimbangkan diri.

"hey! are you blind?" marah Puteri. Matanya memandang tajam lelaki dihadapannya ini. Dah lah rambut kerinting! hodoh!

Lelaki itu mengangkat wajahnya selepas dia mengambil topinya yang terjatuh di jalan tar.

"Jony Pollisten?"

Lelaki yang bernama Jony itu tersenyum sinis.

"do you still remember me?" kata Jony dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Anak mata hitamnya menikam anak mata hijau Puteri.

Puteri mengepal tangannya dengan kuat. Mahu saja dia menumbuk lelaki dihadapannya ini. Tapi keadaan tidak mengizinkan kerana dia sekarang berada tempat terbuka.

Tanpa menghiraukan kata Jony, pantas Puteri beredar dari disitu. Belum sempat dia berjalan, Jony sudah menahan pergelangannya kuat.

"what the fuck are you doing?" kata Puteri kasar. Tangannya cuba direntap tetapi tidak berjaya.

"I ask you again dear, do you still remember me?" soalnya dengan lembut.

Puteri menjeling tajam.

"bodoh lah kalau aku lupakan orang paling bodoh macam kau dalam dunia ni" kata Puteri sinis. Tangannya direntap kuat sehingga terlepas dari pegangan Jony.

"aku tahu aku bodoh Puteri, aku menyesal sebab pernah tinggalkan kau!" kata Jony dengan suara dinaikkan satu oktaf.

"huh! kau takpayah lah nak cakap yang kau menyesal ke ape bagai. Aku tak kesah pun lah. Kau pergi lah dekat perempuan hodoh yang kau tergila-gilakan sangat tu!" tengking Puteri dengan lantang.

"hey! kau dengar sini baik-baik eh. Kau dengar betul-betul ape yang aku nak cakap ni. Aku lagi suka kalau kau tinggalkan aku sebab perempuan tu. Aku lagi bahagia kalau aku tak dikongkong oleh orang yang psycho macam kau!. Aku benci tengok muka kau! kau berambus!" jerit Puteri kuat. Turun naik dada Puteri menarik nafas. Wajahnya pula sudah merah padam tanda marah.

Jony meraup wajahnya kasar. Rambutnya yang kerinting di kusut-masaikan. Dengan penuh amarah, tangan kanannya naik ingin melempang wajah Puteri. Belum sempat dia melempang, ada tangan lain yang menghalang.

"don't you dare to touch my wife bitch!" kata Darren dingin. Satu tumbukan padu dihadiahkan dipipi Jony.

"who are you" kata Jony sambil berdecit perlahan. Tepi bibirnya mula merasakan ada sesuatu cecair merah.

"I'm her husband. Who are you to touch my wife?" soal Darren dingin. Dengan kuat, Darren menaik rambut kerinting Jony sehingga lelaki itu terdongak memandang wajah Darren.

"I'm.. I'm her friend" kata Jony gagap.

Darren mencengkam rambut kerinting Jony itu dengan kuat.

"arghh!!!!"

"this warning for you. Once one time you trying to touch my wife. I'll scisscor your curly hair" kata Darren sebelum melepaskan cengkamannya dengan kasar.

Puteri yang menyaksikan pergaduhan itu hanya berdiam diri. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Darren yang sedang bercangkung itu.

"awak.." panggil Puteri lembut.

"jom" ajak Darren lalu menarik tangan Puteri mengikuti langkahnya.

Sempat Darren memberi jelingan tajam kepada Jony yang terbaring itu.

Jony mendengus kasar. Jalan tar di tepinya ditumbuk dengan kuat. Tajam saja matanya memandang Darren dan Puteri yang sedang berjalan itu.

"it's okay, this is your time. Next day is my time. Just wait and see" kata Jony berbisik.

Perlahan-lahan terlakar senyuman di bibirnya. Bukan senyuman biasa, malah senyuman yang membawa seribu maksud.

Puteri memandang wajah Darren yang sedang memandu sebelahnya. Nampak serius saja mukanya.

"kau apahal tenung aku macam tu?" soal Darren dingin.

Puteri tersentak. Jarinya bermain sesama sendiri.

"awak marahkan saya ke?" soal Puteri tanpa memandang wajah Darren.

"siapa lelaki tu? macam mana dia boleh kenal kau?" soalan dibalas soalan.

"erk.. dulu dia tu ex-boyfriend saya. Tapi masa sekolah menengah je. Lepas tamat sekolah, saya break dengan dia. Eh? bukan break, dia yang tinggalkan saya" kata Puteri jujur.

"eeii! dah lah menyampah la cakap pasal dia. Tak suka. Kenapa awak tak gunting je rambut maggi dia tadi?. Saya rasa macam nak koyak-koyak je rambut dia tu. Dahlah nama pun Pollisten. Dah macam mangkuk polisterin" kata Puteri geram.

Darren hanya berdiam diri. Dia hanya menfokuskan pemanduannya saja. Otaknya ligat berfikir tentang mamat maggi a.k.a Jony Pollisten.

'apa yang dia nak dari kau Puteri? mamat tu psycho?'

Bermacam-macam soalan berlegar di fikiran Darren.










Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now