9

5.9K 187 3
                                    

Selepas saja photoshooth sesi kedua, Puteri dan Emiya terus pulang kerumah mereka. Semasa dalam perjalanan pulang, Puteri hanya membuang pandangan keluar tingkap saja. Fikirannya kembali melayar saat dia berbincang dengan Darren pada tengahari tadi.

Flashback

Selesai makan tengahari di kedai makan berhampiran office Darren, mereka hanya berdiamkan diri saja. Tiada sesiapa yang membuka mulut.

"ehem ehem!"

Puteri tersentak dengan deheman garau itu. Dengan perlahan dia mengangkat wajahnya.

"dah ready nak discuss?". Soal Darren.

"ready". Balasnya perlahan.

Darren menghela nafas. Anak mata coklatnya merenung dalam anak mata hijau emerad Puteri. Sungguh unik ciptaan tuhan ini.

"kau ada mix ke?". Soal Darren tiba-tiba. Dia pun tidak tahu kenapa ringan saja mulutnya menyoal.

"ada. My dad orang melayu, my mom orang Brazil. Sekarang diorang ada dekat sana. Lepas grandma I meninggal terus diorang menetap dekat sana. Tinggal lah I sorang dekat sini. Nasib ada kawan baik". Ujar Puteri tanpa rasa gerun. Dah mula dah mulut dia.

Darren mengangguk.

"so, dah ready nak kahwin dengan aku?".

Soalan itu membuatkan Puteri terkaku, terdiam, terkelu, terkedu dan macam-macam lagi ter. Otaknya seakan berhenti berfungsi.

"kahwin?!. Taknaklah!".

"yelah. Habistu macam mana kalau kau ditakdirkan mengandung?. Kau nak ke anak tu dilahirkan tanpa ayah?. Senang kata anak luar nikah, anak haram. Nak ?".

Puteri terdiam sendiri. Otaknya cuba berfungsi. Anak luar nikah? anak haram?. Kolam air matanya mula berlinangan. Dengan pantas dia menggeleng laju.

"haa tahu pun taknak. So next week aku nak bawa kau jumpa mama papa aku. Aku nak kenal kan kau dekat diorang". Ujar Darren sambil merenung wajah Puteri.

"tapi kenapa cepat sangat?. I kenal you pun tak!. Apatah lagi family you". Ujar Puteri dengan berang.

"kena lah cepat. Takkan nak tunggu perut kau dah membuyung baru kau nak terhegeh-hegeh suruh aku bertanggungjawab?. Fikir lah sikit Puteri Amanda Milayla". Bidas Darren sinis.

Buat kali ketiga Puteri terdiam lagi. Kelapanya ditundukkan kebawah. Dia tidak mampu untuk membalas kata-kata lelaki itu. Ada betulnya juga apa yang dia kata. Takkan nak tunggu perut dah menonjol kedepan baru nak ajak kahwin?. Haiihh, apalah dugaan kau lepasni Puteri.

"bagi I masa untuk berfikir please.". Ujar Puteri lalu berdiri ingin beredar dari kedai makan itu.

"jangan lama sangat fikir tu. Yang kau kene fikir sekarang ni budak yang akan wujud dalam rahim kau tu. Kalau kau nak kes ni cepat selesai, marry me. ". Sejurus itu dia bangun dan meninggal Puteri yang sedang terkedu dengan kata-katanya itu.

Isteri Tengku Kyle ✓ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant