5

6.3K 210 6
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Puteri Amanda Milayla dan Emiya Syakila sudahpun tiba, iaitu hari Events Syarikat Tengku Faliq yang akan berlangsung di Hotel Stars, Kuala Lumpur.

"Puteri! cepatlah turun! kita dah lambat ni!". Laung Emiya Syakila kuat. Jam sudahpun menunjuk pukul 8.00 p.m.

Puteri yang sedang membelek-belek rambut itu mengeluh panjang. Kenapa aku rasa berdebar? bukannya nak pergi majlis persandingan aku pun? bukannya aku nak sangat pun pergi majlis tu. Ini semua arahan Cik Manggis.

"yes, I'm coming !". Jerit Puteri yang berada di atas. Puteri menunduk memandang dress yang tersarung di tubuhnya, Laurentia Dress. Dress takat betis, bercorak bunga-bunga Sakura yang kecil dan berwarna pink lembut.

Setelah puas menilik penampilannya dihadapan cermin, Puteri keluar dari dari bilik dan turun ke bawah. Puteri memandang penampilan Emiya dengan senyuman. Cantik Emiya malam ni.

"wow. You look so beautiful Puteri". Puji Emiya dengan ikhlas.

"alahh you pun ape kurangnya?. Dengan blouse merah hati, skirt merah hati. Hati sape you nak ambil malam ni?". Ujar Puteri dengan senyuman nakal. Tapi memang cantik pun Emiya malam ni.

"dah jangan nak mengarut. Jom pergi sekarang, dah lambat ni". Ajak Emiya kabut.

Mereka berdua menyarung hills masing-masing di kaki. Mereka berdua tampak cantik sangat. Maklumlah model terkenal. Kereta milik Puteri mula keluar dari perkarangan rumah bujang mereka.

Tiba di Hotel Stars..

Kesemua para hadirin melangkah masuk kedalam Dewan hotel tersebut begitu juga dengan Puteri dan Emiya. Setelah tiba di Dewan hotel tersebut, Puteri dan Emiya memandang sekeliling Dewan itu. Sungguh cantik dengan hiasan ala-ala Grand Event pula. Serious talk, like Diraja punya majlis. Sungguh mewah, keemasan pada karpet yang terbentang luas itu sungguh menarik mata-mata yang berada di situ.

Sedang mereka berdua berjalan, mereka bertembung dengan Alice Azra dan Sofea Balqis. Puteri dan Emiya hanya membuat tak endah saja. Malas mahu melayan. Tiba-tiba, seorang gadis berumur dalam lingkuan belasan tahun menahan mereka dari berjalan.

"ini ke cik Puteri Amanda Milayla? model terkenal dari Manggis Production?". Soal gadis itu teruja. Anak mata coklat milik gadis itu melihat anak mata hijau emerad milik Puteri. Sungguh dia sangat-sangatlah teruja kerana dapat berjumpa dengan idolanya tika ini.

"ha..haah, akak lah tu". Ujar Puteri gagap. Tetiba rasa nervous pulak. Dah lah hati ni tak henti-henti berdebar.

"akak! akak! boleh tak kita selfie?!". Pinta gadis itu ceria. Matanya masih lagi memandang anak mata hijau milik Puteri. Cantik betul mata asli idola aku ni!

"erkk.. boleh.. boleh..". Ujar Puteri kekok. Dah kenapa pulak kekok-kekok ni?. Selalunya okay je kalau fans ajak selfie.

Gadis itu mula bergambar mesra dengan Puteri. Puteri hanya melayankan saja peminatnya. Sekejap suruh buat peace, sekejap suruh buat minilove, sekejap suruh buat biglove. Adoii pening betul lah.

Usai mengambil gambar gadis itu pun berlalu pergi. Sempat lagi dia minta salam dengan Puteri dan Emiya. Macam-macam betul budak ni.

"penat layan fans?". Soal Emiya setelah lama melihat gelagat Puteri yang melayan gadis tadi. Macam terpaksa je aku tengok.

"penat gila. Dah lah jom cari tempat duduk. I lapar ni". Ujar Puteri lalu menarik tangan Emiya. Kemana saja dia mahu pergi, pasti dia akan tarik tangan Emiya. Sweet kan? haha.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now