51

3.8K 125 14
                                    

Emir memerhatikan tingkah Sofea yang sedang makan didepannya. Sesekali bibirnya tersenyum tipis saat memandang mulut Sofea yang sedikit comot. Sofea yang tidak perasan akan pandangan Emir padanya hanya makan dengan fokus.

Tiba-tiba Emir menghulurkan sehelai tisu kearah Sofea.

"Mulut kau comot. Lap" tegur Emir dingin.

Sofea sedikit terkejut lalu senyuman manis dilemparkan.

"terima kasih" tisu itu disapu pada mulut dengan perlahan. Kemudian, dia menyambung makan semula.

Emir memandang hairan. Dia pelik dengan perubahan Sofea sekarang. Kusut, serabai, baju lusuh, muka comot dan sebagainya. Kalau dulu Sofea seorang yang cantik, pembersihan dan mementingkan kekemasan. Sangat menjaga personaliti sebagai PA model. Sampai dia sendiri pun jatuh cinta pada Sofea.

Emir memeluk tubuh. Mukanya datar sahaja.

"apa yang dah jadi pada kau sebenarnya?" tanya Emir mendatar. Matanya merenung tajam mata bundar Sofea.

Acara makan Sofea terhenti. Dia memandang Emir lama. Senyuman tipis diukirkan.

"you still marahkan I ?" tanya Sofea pula.

"jangan tukar topik. Jawab soalan aku" kata Emir dingin. Tajam matanya memandang Sofea.

Sofea menggigit bibir. Hatinya mula gelisah melihat perubahan Emir. Perlahan-lahan dia menghembus nafas berat.

"sebenarnya I dah keluar dari rumah Alice. I dah berhenti jadi PA dia. I dah malas dah duduk serumah dengan dia. Hari-hari bawa lelaki masuk rumah" kata Sofea geram apabila teringatkan tabiat tak senonoh Alice.

"baguslah kau dah keluar dari rumah tu" kata Emir dengan anggukan.

Sofea hanya diam. Macam itu je respon dia?.

"habis sekarang kau duduk mana?"

"I duduk dekat tepi jalan. Dah 2 minggu I tidur atas kotak. Tapi seronok lah juga, sebab I dapat kawan yang baik-baik semua. Walaupun mereka tu gelandangan, tapi hati mereka bersih dan suci sangat" kata Sofea dengan senyuman lebar.

Emir sedikit tersentak kata-kata Sofea. Dia memandang wajah ceria Sofea dengan mendalam. Walaupun wajah itu agak ceria, tapi dia tahu yang sebenarnya ada banyak kisah sedih yang disimpan dalam hati gadis itu. Terbit rasa kasihan pula pada bekas teman wanitanya ini.

"kenapa kau tak duduk dekat rumah arwah mak ayah kau?. Rumah tu masih elok lagi kan?. Takde penghuni pun" kata Emir.

Sofea menghela nafas berat. "rumah tu dah kena jual dengan makcik I. Dia kata kesian rumah tu dibiar kosong. Sebab I kan dah duduk KL. Jadi dia jual lah. Lagipun dah ada orang beli. Takkan I nak suruh orang tu keluar pulak" kata Sofea. Bibirnya tercebik kecil.

"kau masih nak duduk tepi jalan ke?. Tak takut kotor?" uji Emir sambil tersenyum sinis.

Laju Sofea menggeleng. "I pun sekarang kotor. Tak perlu nak takut lagi. I bukan Sofea Balqis yang dulu" kata Sofea dengan senyuman manis.

Emir hanya memandang dengan wajah yang datar. Tapi jauh dari sudut hatinya, dia sangat kagum dengan sikap Sofea yang sekarang.

"ouh ya!. Alang-alang kita dah berjumpa semula ni, I nak minta maaf dekat you dan Emiya. I taktahu pula yang Emiya adik you. I dah banyak sangat buat salah pada dia. I berdendam dengan dia sebab I cemburu bila you berkepit dengan dia. I sangka selama ni dia cuba untuk rampas you dari I. Tapi sangkaan I salah. I betul-betul menyesal dengan kelakuan I pada Emiya dulu. I sombong sangat dengan dia. I nak minta maaf dengan Emiya dan Puteri, tapi I taktahu diaorang dekat mana. I harap you sampaikan maaf I pada Emiya" ujar Sofea dengab ikhlas. Bibirnya diukir senyuman kecil.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now