3

6.4K 204 2
                                    

Seorang gadis berambut blonde memakingkan kereta miliknya di garaj. Dia mula bergerak keluar dari perut kereta. Sebuah gudang lama 2 tingkat ditenung beberapa saat. Senyuman sinisnya tidak lekang dari bibir merahnya. Kakinya di atur menuju ke arah 2 orang upahannya yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk gudang lama tersebut.

"Cik" sapa salah seorang dari mereka. Mereka berdua menundukkan sedikit tanda hormat kepada gadis itu.

Gadis itu hanya tersenyum tipis. Kakinya mula bergerak masuk ke dalam gudang tersebut.

"Mana Daniel ?" soal gadis itu dingin. Matanya menikam tajam mata hitam milik lelaki itu.

Lelaki pertama yang berpakaian serba hitam itu mengangguk kecil. Belum sempat dia membalas, rakan sebelahnya dulu memotong.

"Ada kat atas" jawab lelaki ke dua tanpa riak.

Tanpa berlengah, gadis itu berjalan ke arah tangga. Sampai saja di tingkat atas, hidungnya terhidu bau yang sangat memeritkan. Pantas tapak tangannya menekup hidung dan mulutnya. Baunya seperti..

"Daniel ?!"

Daniel yang sedang meneguk air arak itu tersentak. Lantas dia memberhentikan perlakuannya. Anak matanya kelabunya beralih memandang gerangan yang seru namanya.

"What do you want?" soal lelaki bernama Daniel itu.

"I nak minta tolong you boleh?" ujar gadis itu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat mini Daniel.

"What?" soal Daniel khayal. Air araknya di teguk kembali.

Gadis itu membuat memek muka. Skirt takat pehanya di tarik sedikit. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan meja Daniel.

"I nak minta tolong you untuk culik perempuan ni" kata gadis itu sambil tangannya menghulur sekeping gambar perempuan pada Daniel.

Tanpa berkata, Daniel merampas gambar tersebut. Mata kelabunya merenung gambar itu. Cantik! anak mata warna hijau!

"Who is she?" tanya Daniel lembut. Matanya masih lagi memandang gambar itu. Bibirnya terukir senyuman nipis.

"Dia ni model terkenal, I nak you tangkap dia semasa majlis Syarikat Tengku tu berlangsung. I ada benda nak buat dekat dia" katanya sambil menikam anak mata Daniel.

Terangkat kening sebelah Daniel.

"Apa yang you nak buat?"

Gadis itu tersenyum sinis. Kakinya di silangkan. Terselah peha putih mulusnya.

Daniel terdiam saat melihat peha putih gadis itu. Air liurnya ditelan kesat. Sedikit demi sedikit nafsunya mula bangkit.

"I nak buat hidup dia hancur" kata Alice dengan nada menggoda.

Dia mula bangun dari kerusi. Kakinya di atur menuju ke pintu keluar. Dengan lenggang-lenggok dia berjalan keluar.

"Azra"

Terus mati langkahnya. Bibir merahnya tersenyum sinis sebelum dia memusingkan tubuhnya ke belakang.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now