80

2.5K 116 1
                                    

      Zafran melangkah masuk kedalam rumah dengan muka yang penat. Sofa lembut dituju, kemudian dia menghempas kasar tubuhnya. Tangannya diletakkan didahi dengan mata yang terkatup rapat. Stokin tak buka, baju kemeja masih pada badan. Hm.. penat sangat agaknya.

Setelah 10 minit merehatkan badan, Zafran bangun dan menuju ke biliknya untuk bersihkan diri. Dalam perjalanan, dia lalu dihadapan bilik tetamu. Bilik Emiya.

Selesai membersihkan diri, Zafran mengatur langkah ke dapur. Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula. Kali terakhir dia makan tengahari tadi bersama Darren. Lepastu sampai sekarang tak makan lagi. Perut sudah berkeroncong tanda mahu diisi. Tanpa berlengah dia menjamah nasi dan lauk dengan penuh selera.

Dalam fikirannya memikirkan tentang seseorang. Kenapa aku macam tak nampak dia eh dari tadi?. Selalunya ada je dekat ruang tamu, dapur dengan Puteri.

"Eh, Puteri!" panggil Zafran dengan mulut yang penuh.

Puteri yang sedang berjalan terhenti kerana panggilan itu. Kemudian, dia menapak kearah Zafran.

"kenapa?. Awak nak minum air ape-ape ke?" tanya Puteri. Punggung dilabuhkan di kerusi hadapan Zafran.

"Taknak. Saya taknak ape-ape. Awak buat ape dekat bawah ni?. Darren mana?" soal Zafran.

Puteri duduk dikerusi tinggi berhadapan Zafran. "saya nak ambilkan panadol dengan air untuk Darren. Dia kata sakit kepala balik tadi. Banyak sangat fikir pasal kerja kot"

Zafran mengangguk setuju. Betul la tu. Semenjak dua menjak ni memang kami banyak fikir tentang kerja di office. Nak kata, Darren la yang paling teruk memikir, sebab dia kan berpegang jawatan CEO Faliq's Holdings. Zafran ni hanya pembantu peribadi saja. 

"Erm.. saya nak tanya awak sesuatu. Tapi saya rasa hairan lah" kata Zafran. Wajahnya berkerut.

Puteri mengangkat kening sebelah. "Apa yang hairan?"

"Mana Emiya?. Dari saya balik tadi sampai sekarang tak nampak batang hidung dia. Dia dah tidur ke?" soal Zafran.

Puteri menahan diri dari senyum. Dia dapat agak dah. Mesti Zafran akan cari Emiya. Tak salahlah kata-katanya dekat Emiya pagi tadi.

Puteri mengubah riak wajah. "Entahlah Zafran. Pagi tadi kata abang dia call. Emir suruh tidur rumah dia seminggu. Kenapa? awak rindu dia eh?..." duga Puteri. Bibirnya sudah menarik senyuman menyenget.

Zafran tersedak. Nasi yang belum sempat dia kunyah terus tertelan.

"uhuk! uhuk!" Dadanya ditepuk berkali-kali.

Muka Puteri berubah cemas. Dia gelabah. Dengan pantas dia mengambilkan kosong untuk Zafran.

"Zafran! minum air ni!" kata Puteri. Zafran merampas cawan itu lalu diteguk air itu dengan rakus.

Tangan Puteri naik menepuk-nepuk belakang badan Zafran.

Setelah beberapa minit, dadanya Zafran kembali normal.

"awak okay tak ni?" tanya Puteri, bernada risau.

"okay"

Tanpa mereka sedar, Darren daripada perhatikan mereka.

"ehem!" deheman Darren menyentakkan Puteri dan Zafran.

Membulat biji mata mereka.

"Kau kata nak ambil ubat panadol. Punyalah lama aku tunggu kau, boleh pulak kau menggatal dengan dia!. Siap sentuh-sentuh lagi" kata Darren dingin. Matanya merenung tepat kedalam anak mata hijau Puteri.

Jantung Puteri mula berdegup kencang bagai nak meletup. Dia takut dengan panahan mata Darren.

"bro.."

"kau diam" potong Darren, dingin.

Zafran mengetap gigi. Ah sudah!.

"abang, ni semua salah faham--"

"kau pun diam. Jangan cari aku" cantas Darren lalu menjeling tajam pada mereka berdua. Kemudian dia beredar dari situ dengan hati yang panas.

Pak!

"aduhh! sakit lah!" adu Zafran, tiba-tiba saja Puteri memukul belakangnya.

"ini semua salah awak. Tengok! suami saya dah marah!" herdik Puteri. Hatinya sudah gelisah.

Zafran mengerut dahi. "apasal salah saya pulak?. Awak yang sentuh saya dulu kan?!" lawan Zafran.

"Saya tak sentuh awak lah!. Itu semua spontan tanpa saya sedar!"

"habis tu?"

"habis tu ape?!"

Zafran tersenyum tipis. "tulah.. siapa suruh usik saya. Kan dah mendapat" kata Zafran lalu bangun dari kerusi itu.

Puteri membuat muka tidak puas hati. Dengan laju, dia mengejar langkah suaminya yang sudah kedepan.

------

  "Abang.."

Pintu ditutup dengan perlahan. Mata Puteri tertangkap sekujur tubuh suaminya sedang terlena didalam comfeter. Puteri berasa serba salah. Dah la suami tengah tak sihat. Boleh kau lupa suami kau dekag atas. Itulah! seronok sangat mengusik Zafran tadi.

Puteri menyentuh bahu suaminya yang berlapik kain comfeter. Bibir dikemam rapat.

"Abang, saya minta maaf. Saya takde niat pun nak buat abang tertunggu-tunggu. Saya terleka berborak dengan Zafran tadi. Abang.."

"Shut up" arah Darren tanpa nada. Puteri terdiam. Tangannya dijauhkan dari menyentuh Darren.

"Ab-abang.. Saya--"

Darren membangunkan tubuhnya menghadap Puteri. Muka gelisah isterinya ditenung bagaikan nak tembus.

"Ab--"

"Aku dah pernah cakap dekat kau dulu. Aku paling benci bila aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh!. Aku tunggu kau tadi bukan sekejap tau, lama kau tahu?!. Kau ingat kau Permaisuri ke nak kena tunggu-tunggu?!. Daripada aku rasa sakit kepala, sampai hilang sakit kepala aku" herdik Darren kuat sehingga menyentuh naluri Puteri.

"ta--tapi saya kan memang per-permaisuri hati ab-abang?" tergagap-gagap Puteri bersuara.

Darren menjeling tajam. "bila masa kau jadi permaisuri aku?. Kau bukan permaisuri Zafran ke?" perli Darren, pedas.

Puteri tersentak. Muka Darren dipandang tidak percaya.

"sampai hati abang cakap macam tu. Saya ni isteri abang tahu?" ujar Puteri. Tubir mata mula terasa panas.

"sampai je" kata Darren selamba. Kemudian masuk kedalam comfeter.

Dada Puteri terasa sesak. Jantung mengepap darah dengan laju. Puteri menyentuh dadanya. Airmata kian mengalir dipipi. Dia cuba untuk mengawal suara tangisan agar Darren tidak dengar. Tetapi, telinga Darren lebih tajam.

Disebalik kain comfeter itu Darren meraup wajahnya. Tilam ditumbuk ingin melepaskan geram.

"I'm so sorry Princess. You're the only Princess in my heart. I'm so sorry" kata Darren perlahan. Dia mengigit bibir. Terbit rasa bersalah pula.




Sorry lambat Update. Sedar tak sedar dah 5 hari tak update. hahahahaha

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now