66

2.4K 112 3
                                    

Emiya memarkingkan keretanya diruang kotak kosong. Kini Emiya dan Puteri berada dihadapan tanah perkuburan islam dengan niat ingin menziarahi kubur arwah Cik Manggis. Mereka berdua keluar dari perut kereta dan berjalan beriringin dilaluan kecil kuburan itu.

Sampai saja dibatu nisan bernama Siti Ayu Manggis, mereka melabuhkan punggung disitu. Tanah kubur itu kelihatan merah dan bersih tanpa kekotoran.

"Assalamualaikum Cik Manggis, ni Puteri. Puteri datang ziarah Cik Manggis. Puteri rindu sangat dengan Cik Manggis. Puteri rindu senyuman Cik Manggis, gelak tawa, muka Cik Manggis yang garang. Dah hampir 3 tahun kita tak berjumpa. Tahu-tahu.. hiks..hiks.. Cik Manggis dah tinggalkan Puteri" kata Puteri sayu. Airmatany turun mengalir. Batu nisan digenggam erat.

Emiya juga turut menangis. Tetapi, tidak kuat. Hanya terdengar esakan kecil sahaja.

"Assalamualaikum Cik Manggis, ni Emiya. Emiya nak minta maaf kalau Miya ada buat salah silap atau terkasar bahasa dengan Cik Manggis. Emiya minta maaf sangat-sangat. Emiya sayang Cik Manggis macam ibu Miya sendiri. Miya doakan Cik Manggis tenang disana. Semoga roh Cik Manggis dicucuri rahmat Allah SWT" kata Emiya pula. Airmata sudah mengalir deras.

15 minit kemudian..

Selesai membaca surah yassin dna beberapa doa buat arwah Cik manggis, mereka menyiram air bunga yang dibawa ke atas kubur itu.

"jom Puteri, kita balik" ajak Emiya.

Puteri yang termenung memandang batu nisan bernama itu tersentak. Airmata diseka menggunakan hujung lengan. Senyuman nipis dilempar ke Emiya.

"jom"

Tiba dikereta, Emiya meloloskan diri di tempat memandu. Puteri diluar masih lagi memandang kubur Cik Manggis dari jauh.

"Puteri! cepatlah masuk" tegur Emiya dalam kereta.

"hm? okay" balas Puteri. Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, terasa ada satu tangan yang menarik tudungnya dari belakang.

"argh!!" Puteri terjatuh diatas jalan tar.

Emiya terkejut dengan jeritan Puteri. Lantas dia keluar ingin menolong Puteri.

"apesal kau tak mati sekali je ha?!" jerkah seseorang pada Puteri.

Puteri tergamam memandang empunya suara. Tangannya mula terketar-ketar ketakutan.

Emiya yang baru tiba terkejut buat kali kedua.

"Alice! ape kau dah buat dekat Puteri?. Ape masalah kau?" marah Emiya geram. Dia membantu Puteri untuk bangun.

"Masalah aku, dia!. Dia dah hancurkan hidup aku lah sial!" herdik Alice. Rahangnya diketap kuat.

"apa aku dah buat Alice?. Kenapa kau selalu berdendam dengan aku?" tanya Puteri, lemah. Dia sudah penat dengan Alice.

Alice tersenyum sinis. Tangannya menyeluk poket belakang dan mengeluarkan sesuatu. Pisau rembo.

Pisau rembo itu dihala ke wajah Puteri. Puteri menangis kelelahan. Ya Allah.. apa lagi ujian kalini?.

"Alice, kau dah gila ke?!. Kita dekat kubur sekarang ni. Kau tak ingat mati ke?!" tengking Emiya. Sungguh dia risau dengan tindakan yang akan Alice lakukan nanti. Dia tak mahu sesiapa tercedera.

"kau boleh diam tak sial?!" jerkah Alice. Dia berjalan mendekati Puteri.

Tergeleng-geleng kepala Emiya.

"Alice, No!" jerit Emiya. Dia mendepakan kedua tangan, ingin melindungi Puteri.

"Alice!"

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now