27

4.6K 168 3
                                    

Darren dan Puteri jalan beriringan didalam KLIA. Suasana disitu sangat menyibukkan. Ramai manusia yang keluar masuk disitu.

Alhamdulillah, Puteri dan Darren sudah pulang ke Malaysia setelah 2 minggu mereka menetap di Brazil. Cadangnya nak pergi honeymoon, tapi lain pulak jadinya. So tak jadilah.

Syukur juga kerana hubungan Darren dan Puteri semakin rapat sekarang. Sejak kes mereka berdua luahkan perasaan, Darren bercadang untuk lupakan apa yang berlaku pada berbulan lepas. Dan Puteri pun bersetuju, maka mereka hidup bahagia seperti pasangan suami isteri diluar sana.

Puteri yang sedang termenung jauh tersentak apabila Darren tiba-tiba menghulurkan tisu ke arahnya.

"kenapa?" soal Puteri hairan.

"ada sos dekat bibir kau. Laplah, nanti aku jilat nanti jadi lain pulak" kata Darren tersenyum nakal.

Puteri memutar anak mata keatas. Semenjak mereka berbaik ni, perangai Darren sudah bertukar 360 darjah kepada gatal. Naik meremang bulu roma.

"thanks. Dah jom lah balik. Saya penatlah" ajak Puteri lalu menguap kecil.

Darren mengangguk. Dia pun sekarang rasa nak patah je tulang belakang ni setelah 16 jam duduk dalam kapal terbang. Apa yang dia mahukan sekarang hanyalah katil sahaja.

"awak, kita nak ke mana ni?" soal Puteri hairan. Rasanya macam dah nak dekat 2 jam perjalanan. Tapi tak sampai sampai.

Darren tersenyum kecil. "kita nak ke istana cinta kita" kata Darren romantik.

"betul betul lah" kata Puteri geram. Tangannya naik memeluk tubuh.

Darren tergelak kecil. Muka merah Puteri dipandang sekilas.

"olololo majuk pulak dia ni. Awak tidur lah dulu kalau penat. Nanti dah sampai saya kejut ek" Darren mencuit hidung Puteri.

Puteri menjeling wajah Darren. Pandangannya dibuang keluar tingkap. Lama kelamaan dia tertidur sendiri.

Darren menjengul kepala melihat wajah Puteri yang sedang tertidur. Darren tersenyum mendengar dengkuran halus Puteri. Jelas isterinya nampak penat. Hm..

"awak bangun. Kita dah sampai ni" kejut Darren perlahan. Namun Puteru hanya mengeras.

"awak bangunlah. Kalau awak tak bangun saya dukung awak sampai dalam bilik" ugut Darren. Malah Puteri masih lagi mengeras seolah tidak mendengar.

Darren tersenyum nakal. "okay, saya kira sampai 3 je eh. Kalau tak bangun jugak saya dukung"

"1"

Masih lagi tiada pergerakan dari Puteri.

"2"

Tiada.

"ti.."

"okay! saya bangun!" jerit Puteri. Jelingan tajam diberi sebelum dia keluar dari perut kereta.

Darren tersengih. Tahu takut.

Puteri berjalan dengan laju sebelum langkahnya semakin perlahan dan berhenti. Dia kembali berpusing memandang Darren yang sedang mengeluarkan barang dari boot.

"wait, ni rumah siapa? kenapa kita datang sini? bukan sepatutnya kita balik rumah mama?" soal Puteri bertubi-tubi.

Darren hanya menghiraukan soalan Puteri. Langkahnya diatur ke pintu utama. Tiba tiba seorang wanita dalam lingkungan 45 tahun membuka pintu utama.

"selamat kembali Tengku" kata wanita itu.

Darren hanya mengangguk. Tangannya naik membuat isyarat menyuruh Puteri datang padanya. Puteri hanya akur.

"So princess. First, this is my house and also my castle. But now, this is our home and the palace of love" kata Darren romantik.

Puteri terkejut. Rumah kita?.

"habis tu macam dengan rumah mama?"

Darren mengeluh kecil. "sayang, sampai bila kita nak duduk dengan mama? sampai dah ada anak? sampai ke tua?. Kita perlukan privasi sayang. I hope you'll understand it"

Puteri mengangguk. Betul juga kata Darren. Sampai bila nak duduk dengan mama kan?.

"jom saya tunjukkan bilik kita" sejurus itu dia menarik tangan naik lalu masuk kedalam lif. Butang nombor '2' ditekan.

Ting!

Puteri terpesona melihat ruang di tingkat 2. Sungguh cantik elegan. Perabot pun ala-ala diraja gitu.

"cantiknya" kata Puteri teruja.

Darren hanya menayang senyuman.

"mestilah cantik. Lepasni awak nak buat ape dalam rumah ni awak buat lah ye. Ikut suka hati awak lah. Saya tak kesah. Sebab rumah ni pun dah jadi sebahagian milik awak" kata Darren dengan lembut.

Puteri tersenyum lebar memandang suaminya.

"jangan senyum senyum sangat. Memang saya bagi awak buat ape yang awak nak. Tapi kalau saya tahu awak buat sesuatu yang saya tak suka. Siap awak" kata Darren berbaur amaran.

Puteri mencebik. Kejap bagi kejap tak bagi.

Darren membuka pintu bilik yang sudah tertulis nama di pintu.

'Tengku's room'

Tombol pintu di pulas lalu menolak daun pintu. Terbuntang biji mata Puteri melihat bilik Darren.

"Ya Allah.. Cantiknyaaa" jerit Puteri. Sungguh dia terpersona melihat ruangan bilik itu.

Darren menghiraukan kata Puteri. Dia terus berjalan kearah katil king. Tubuhnya dihempas kasar. Sungguh dia letih tika ini.

Puteri masih lagi berdiri di muka pintu. Tidak berkedip matanya memandang bilik itu.

Darren mengerut dahi memandang isterinya. Dah kenapa berdiri tegak macam tu? tunggu lagu negaraku dipasang ke?.

"daripada awak berdiri macam orang nyanyi lagu negaraku, baik awak datang sini. Tidur dengan saya"

Puteru tersentak. Kakinya diatur kearah suaminya. Puteri melabuhkan punggung disisi katil.

Darren mengeluh panjang dengan mata yang terpejam.

"ish awak ni. Sini lah" kata Darren dengan mata terpejam. Lengan Puteri ditarik kasar sehingga wanita itu terbaring dalam dakapannya. Tersenyum lebar dibuatnya.

Puteri terkejut lalu terjerit kecil. Wajahnya betul betul dihadapan leher putih Darren. Jantungnya sudah berdegup laju. Dapat dia rasakan nafas hangat suaminya menyapa ubun-ubunnya. Turun naik dada Puteri menarik nafas. Pipinya mula memerah bak tomato.

Darren tersenyum nakal. Dengan sengaja. Tangannya melingkar ke pinggang Puteri.

Puteri tersentak. Tubuhnya keras bak kayu. Merah padam wajahnya menahan malu.

Darren menghiraukan Puteri yang sedang menahan malu. Matanya dipejam rapat. Lama-kelamaan dia tertidur tanpa sedar. Begitu juga Puteri. Dia tertidur didalam dakapan suaminya. Tanpa sedar, tangannya naik memeluk tubuh suaminya.







Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now