30

4.4K 153 6
                                    

2 minggu kemudian..

Kereta Volkswagen merah diparking di kotak kosong. Emiya memperbetulkan masknya sebelum dia keluar dari perut kereta. Langkahnya diatur menuju ke Publicafe.

Emiya tersenyum lebar saat dia perasan belakang tubuh abangnya yang sedang minum air. Lantas dia mempercepatkan langkahnya.

"abang!"

Emir tersedak. Tekaknya terasa amat pedih. Terbatuk-batuk dibuatnya. Matanya menikam tajam mata adiknya.

Emiya tersengih menayang gigi putihnya.

"sorrryyyy.."

Emir menjeling tajam. "lambat betul! lama abang tunggu tau?" rungutnya.

"halah.. jalan jam tadi. Itu yang lambat sikit" kata Emiya. Dengan selamba dia menyedut air abangnya. Nampak sedap betul air tu.

Emir mengeluh kecil. Matanya merenung wajah adiknya.

"adik tahu kan sebab ape abang nak jumpa ni?"

Emiya menggeleng laju. "sebab ape?"

"sebab ibu abah" kata Emir ringkas.

Emiya mengerut dahi. "kenapa?"

"kenapa apa lagi?. Ibu abah suruh kita balik kampung lah. Kita pun dah dekat 5 bulan tak balik. Kesian ibu abah"

"hm.. betul jugak tu. Abang nak balik ke?" tanya Emiya.

"abang boleh je balik. Tapi kene minta cuti lah. Kerja dekat office tu berlambak kalau nak ditinggalkan"

Emiya mengangguk faham.

"kalau macam tu abang mintaklah cuti. Lepastu boleh kita balik sama sama" kata Emiya teruja. Bibirnya tersenyum lebar.

"erm yelah.. adik pun sama. Minta cuti jugak. Jangan nak main cuti je. Karang kene buang kerja pulak"

Emiya memutarkan bebola mata keatas.

"adik dah tak kerja lah.. buat ape nak mintak cuti. heh!" dengus Emiya.

Emir mengerut kening. "dah kenapa pulak tak kerja?. Gaduh dengan Puteri?"

"tak. Puteri yang kene buang kerja. Sekaligus Miya sekali kene buang. Miya kan PA Puteri" kata Emiya perlahan. Menyampah kalau nak cerita pasal bende ni.

"Puteri kene buang kerja?. Bukan dah lama ke Puteri tu bekerja dengan Cik Manggis?. Dah kenapa kene buang pulak?" soal Emir bertubi-tubi.

Emiya mengeluh panjang. Dengan terpaksa Emiya menceritakan kesemua yang terjadi pada Puteri sehingga dia di buang kerja. Emir pula mendengar dengan tekun.

"what?! Puteri pernah.." belum sempat Emir menghabiskan ayatnya, Emiya sudah menekup mulutnya.

"shhhh!! bising lah abang ni!. Orang dengar nanti!" herdik Emiya kuat dengan nada berbisik.

Perlahan-lahan Emiya melepaskan tangannya.

"serius lah Puteri pernah diperangkap sampai macam tu sekali?" soal Emir tidak percaya. Dia ingatkan selama ni Puteri dan Darren berkahwin kerana cinta, rupanya ingin menutup malu.

Emiya mengangguk malas. Air yang dipesan disedut.

"uish! berat betul dugaan Puteri. Lepas satu masalah datang, satu lagi masalah datang" Emir menggeleng kepala.

Emiya mengangguk perlahan. Dia pun rasa macam tu juga. Kuat betul Puteri hadap semua masalah besar macam ni. Kalau aku, rasanya dah pergi terjun bangunan dah.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now