44

3.3K 144 22
                                    

Nasi dipinggan hanya dipandang kosong. Sudah seminggu lebih dia hilang selera makan. Apa yang diperlukan sekarang ni ialah Puteri Amanda Milayla. Sang isteri yang dicintainya sepenuh hati. Sungguh dia rindu ingin menatap wajah bersih itu.

Dania yang baru turun dari bilik melangkah kearah abangnya. Bahu abangnya ditepuk perlahan sebelum melabuhkan punggung dikerusi kosong.

"abang, makan lah.. Dah seminggu abang tak makan. Abang tak lapar ke?" kata Dania lembut. Wajah pucat abangnya yang serupa mayat hidup dipandang lama.

Darren menggeleng lemah. "abang nak keluar cari Puteri" kata Darren lalu ingin bangun dari kerusi.

Baru beberapa tapak dia berjalan, tiba-tiba tubuhnya jatuh rebah dilantai. Dania terkejut. Pantas dia berlari ke arah abangnya.

"abang!!. Please wake up!. Open you eyes!"

Namun Darren tidak membalas apa-apa. Dania semakin tidak senang duduk. Telefon canggih dicapai lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, Aband Zaf!. Tolong Nia!" jerit Dania kuat.

"woi! apa jerit-jerit ni? pekak telinga aku. Nak tolong ape?"

"Abang Darren pengsan!"

"what?!!"

Zafran memandang Dania yang sedang menangis disisi katil. Wajah pucat sepupunya dipandang kasihan.

"abang.. bangunlah. Sampai bila abang nak pengsan ni. Nia sunyi.. hiks hiks" rintih Dania disebelah Darren. Lengan abangnya digoncang perlahan.

Zafran mengeluh kecil. "sabar Nia. Nanti dia sedar lah tu. Doktor kata dia cuma penat dan stress. Jangan risaulah" pujuk Zafran sambil menyeluk kedua tangan kedalam kocek seluar.

Dania menangis perlahan. Tiba-tiba anak mata hazelnya menikam tajam tingkap bagai nak tembus. Cadar katil hospital digenggam erat.

"kalau bukan sebab kak Puteri lari, mesti semua ni takkan jadi!. Dia tak sayang dekat abang ke?. Abang ni bagai nak gila cari dia siang malam, tapi dia buat taktahu je. Apa masalah akak tu?!. Dania ni ada abang sorang je dekat Malaysia ni. Mama papa dah duduk Brazil. Kalau abang mati, siapa nak teman Nia?! siapa nak jaga Nia dekat sini?!. Ini semua salah akak!" herdik Dania tiba-tiba.

Zafran tersentak dengan herdikan itu. Kepalanya digeleng-gelengkan berkali-kali.

"Ini bukan salah Puteri, Nia. Ini semua salah Alice"

Kening Dania bertaut hairan. "Who is Alice?"

Zafran menghela nafas berat. "Alice tu model Cik Manggis. Nia ingat tak yang paklong pernah jemput model-model dari Cik Manggis untuk ke Majlis sempena syarikat dekat Brazil. And yah! Alice ialah salah satu model mereka. Alice yang buat Darren dan Puteri berpecah belah" terang Zafran tenang.

Dania masih lagi tidak faham.

"Apa tujuan si Alice tu buat macam tu?. Suka ke tengok abang dengan akak bergaduh?"

Zafran mengangkat kedua belah bahu. "entah, suka lah kot"

Dania mengeluh kecil. Sekujur tubuh abangnya yang terbaring dipandang.

"Abang.. Nia minta maaf sebab tuduh akak bukan-bukan. Nia harap abang maafkan Nia" bisik Nia ditenlinga Darren. Tubuh abangnya dipeluk sekejap.

"Abang Zaf, Nia masuk kerja dulu lah ye. Tolong tengokkan abang tau" pesan Dania sebelum keluar dari wad abangnya.

Zafran mengangguk sekilas. "baik"

Air kopi Latte panas dihirup perlahan. Sebelah tangannya pula memegang telefon sambil bermain Game Mobile Legends.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now