72

2.1K 110 2
                                    

Puteri menangis teresak-esak melihat Darren terbaring lemah disebelahnya. Mahu sentuh, tangan pula terikat. Puteri hilang akal untuk berfikir bagaimana cara untuk keluar dari rumah syaitan ini. Dia buntu!. Puteri hanya mampu menangis sahaja.

"sayang.. berhentilah menangis. Hati saya sakit tengok airmata awak mengalir" kata Darren lemah. Matanya turut bergenang airmata.

Puteri menggeleng. "macam mana saya nak berhenti menangis kalau keadaan awak macam ni. Hati saya lagi sakit lihat badan dan muka awak cedera" rintih Puteri bersama airmata bercucuran mengalir.

Kesian, sedih. Itu saja yang muncul di hati Puteri apabila melihat suaminya.

Darren yang terbaring hanya mampu tersenyum pahit. Benarlah kata Puteri, mata dia yang melihat pun sakit apatah lagi tuan badan yang menanggung cedera. Memang pedih dan perit menahan kesakitan. Bak kata pepatah melayu, berat memandang berat lagi bahu memikul.

Flashback.

"eh?.. abang!!!" jerit Puteri kuat.

Pak!

Darren terjatuh rebah diatas lantai akibat terkena pukul kayu oleh Alice. Pukulan tersebut tepat mengena kepalanya.

"abang!!!" membuntang biji mata Puteri.

Dengan langkah pantas, dia berlari kearah Darren yang sudah tidak sedarkan diri.

"awak! bangun!" kata Puteri sambil mengoncang-goncangkan tubuh Darren. Tubir mata terasa panas. Bila-bila masa saja airmata akan jatuh.

"awak!! buka mata!. Please jangan tinggal saya. Darren Kyle!. Please bangun.." Puteri berusaha ingin menyedarkan Darren. Tetapi, Darren tiada respon. Airmata sudah mengalir deras.

Puteri takut. Dia takut Darren pergi tinggalkan dia dan kembar buat selamanya. Dia tidak bersedia lagi untuk ditinggalkan selamanya. Dia sayangkan Darren. Dia cintakan Darren sepenuh hatinya. Puteri tidak mahu menjadi janda diusia muda. Eh?

'Ya Allah.. kau selamatkan lah suamiku' bisik hati Puteri.

Darren masih lagi tidak memberi sebarang respon pada Puteri. Dia terbaring kaku dengan mata yang terpejam rapat.

Alice tersenyum suka. Sebatang kayu yang berada di tangan kirinya campak ke tepi.

"kau kejam Alice.. kau kejam!" jerit Puteri lantang.

Alice hanya membuat pekak. Senyuman puas dibibirnya masih tidak luntur. Langsung tiada rasa gentar dengan jeritan Puteri. Dia menapak kearah Puteri yang sedang memandangnya tajam.

"aku puas tengok hidup kau merana Puteri. Tapi.. aku rasa macam tak berapa puas pulak. Rasa macam ada benda yang kurang" kata Alice lalu melihat wajah Darren.

"kau jangan berani sentuh suami aku" amaran Puteri keras. Matanya tajam memandang Alice.

Alice tersenyum sinis. Kesah ape aku?.

"kalau aku sentuh pun, ape kau boleh buat?. Takde siapa yang nak datang tolong perempuan sundal macam kau ni" kata Alice lalu tergelak kecil.  

Puteri mengetap gigi.

"kau ni memang melampau!"

Pang!

Satu tamparan hinggap diwajah Alice.

"sebelum kau nak cakap aku perempuan sundal, kau cermin diri kau dulu!. Kau tu lagi murah dari aku!. Dasar perempuan lelong!" tengking Puteri dihadapan muka Alice. Kesabarannya sudah tiada had lagi. Dia marah apabila Alice gelarkannya 'sundal'.

Isteri Tengku Kyle ✓ Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum