84

2.9K 107 1
                                    

    TOK ! TOK! TOK! TOK!

"Woi! woi sekejap!. Ish, tak sabar-sabar betul" Zafran berlari kearah pintu dengan tergesa-gesa.

Tombol pintu dipulas. Tersembul wajah sendu Dania Khysarra. Terbeliak biji mata Zafran.

"Nia?. Kau buat ape dekat sini?. Macam mana kau--"

"Suami saya mana?" celah seorang wanita bertudung. Matanya berkaca-kaca.

Makin besar mata Zafran membuntang. Nafasnya tidak teratur. Rasa mahu pengsan pun ada.

"Put.. Puteri?" sebut Zafran tersekat-sekat.

"Suami saya mana?. Saya nak jumpa suami saya!" jerit Puteri sehingga mengejutkan orang dalam.

Darren yang sedang tertidur, terus terjaga kerana suara itu. Macam suara.. isteri aku?. Pantas dia memejamkan matanya semula.

"Puteri, awak. Erk.."

"Tepi! saya nak tengok suami saya!" tubuh Zafran ditolak kasar sehingga Zafran terdorong keluar. Laju langkahnya diatur ke segenap ruang hotel. Bilik tidur dituju.

Zafran menikam tajam mata Dania. Gigi diketap menahan geram.

"How?. Kan aku dah kata jangan bawa dia datang sini. Yang kau bawa jugak tu kenapa?!" soal Zafran, keras. Kecil besar kecil besar saja dia pandang Dania.

Mata Dania kembali bergenang airmata. "Nia kesian tengok kak Puteri. Dia merayu-rayu nak ikut sekali. Jadi Nia bawa lah juga. Tak salah pun dia nak tengok suami dia koma. Takkan nak tunggu abang tu mati dulu baru nak suruh kakak datang" jawab Dania. Kepala ditunduk kebawah. Jarinya bermain sesama sendiri.

Zafran menghembus nafas berat. Kedua tangan dikecak pinggang.

"Macam Puteri boleh yang Darren excident?. Mesti kau bagitahukan?" duga Zafran.

Perlahan-lahan Dania mengangguk.

"Lepas Fran call terus Nia call kak Puteri and bagitahu semua. Nia cakap Nia akan ke Bali harini sebab nak tengok abang. Jadi, dia pun nak ikut sama. Berkali-kali Nia cakap tak boleh, berkali-kali dia merayu. Dia nak jaga abang, nak tengok abang, dia risau sangat" ujar Dania panjang lebar.

Zafran meraup muka dengan sebelah tangan.

"Hm.. aku nak marah kau pun, dia dah ada. Takkan nak halau balik pulak. Karang habis aku kena pijak-pijak dengan abang kau" kata Zafran, mendatar.

"Ha! twins mana?. Kenapa diorang takde. Berani kau tinggal diorang dekat rumah sorang-sorang eh?!" jari ditunding ke muka Dania.

"Eh mana ada!. Kau ingat aku kejam sangat ke nak tinggal diorang dekat rumah!. Twins datang dengan Emir dan kak Sofea. Sebab aku dengan kak Puteri nak cepat beli tiket. So, diorang datang esok" kata Dania. Tangan naik memeluk tubuh.

Zafran terdiam sejenak. Datang dengan Emir dan Sofea?. Hm.. agak-agak..

"Emiya ikut sekali tak?" tanya Zafran, ingin tahu.

Dania mengangkat kedua belah bahu serentak. "Entah"

Zafran mencebik.

------

  "Abang, wake up. Saya datang ni.." ujar Puteri, menahan sebak didada. Tangan kasar suaminya disentuh dan digenggam lembut.

"Abang, Puteri minta maaf sebab dah banyak buat dosa dekat abang. Puteri dah banyak sakitkan hati abang semenjak kita kahwin ni. Puteri sedar yang Puteri ni bukan isteri yang sempurna buat abang. Puteri ni suka menyusahkan abang. Puteri suka buat abang sedih. Tapi, Puteri nak abang tahu yang Puteri sayang sangat-sangat dekat abang. Abanglah hero kedua Puteri selepas ayah" airmata Puteri tumpah.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now