56

3.9K 125 9
                                    

7 Bulan Kemudian..

Puteri menyusun kesemua baju dan barang-barang keperluan kedalam beg bagasi. Setelah selesai, Puteri merehatkan diri dalam beberapa minit kerana perutnya mengeras.

Kandungannya sekarang sudah mencecah 9 bulan. Hanya menunggu hari sahaja untuk bersalin. Malam ini mereka semua akan bertolak ke airport untuk berlepas ke Brazil. Sudah berbulan-bulan Puteri tidak menjenguk ibu ayahnya. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk dia berjumpa keluarga tercinta.

"sayang, dah siap kemas barang?" tanya Darren setelah masuk kedalam bilik.

"sikit je lagi" jawab Puteri sambil tangannya sibuk memasukkan baju.

Darren mengangguk faham.

"sayang tak risau ke kalau sayang terberanak dekat sana?. Sayang dahlah sekarang tengah sarat. Abang risaulah" ujar Darren.

Puteri menguntum senyuman manis buat suami.

"takpelah kalau beranak dekat sana. Nanti anak-anak kita boleh jadi warga Brazil. Tak ke gitu?"

Darren tersenyum kecil. Pipi tembam Puteri dicubit sedikit kuat sehingga membuatkan Puteri terjerit.

"awhh!! sakitlah abang!" bahu Darren dipukul.

"itulah, sape suruh pipi tu tembam sangat macam pau. Kan abang dah cubit" perli Darren selamba.

Puteri mencebik bibir.

"awak dengan perli, perli dengan awak memang tak boleh dipisahkan eh?. Dari mula kita kenal sampai sekarang awak asyik memerli orang je. Memang hidup awak penuh dengan keperlian ke ape ha?!" bebel Puteri sambil bercekak pinggang. Matanya merenung tajam anak mata Darren.

Darren membuat muka selamba. Tangannya disilang ke dada.

"dah hobi saya nak buat macam mana?. Mulut saya yang salah bukan saya" ujar Darren.

Puteri mengecilkan mata. Kecil besar kecil saja dia tengok muka suaminya ini.

"kalau ada ubat tahan perli, dah lama abang beli" perli Darren lagi.

"tapi saya ada ubatnya" kata Puteri dengan penuh yakin.

"seriously? where?"

"it's here" usai berkata, Puteri terus mengucup bibir Darren sekilas.

Mata Darren terbeliak luas. Terkejut dengan tindakan drastik isterinya.

"dah, nak perli lagi?" tanya Puteri sinis.

Perlahan-lahan mengangguk. Puteri menjeling menyampah.

"gatal. Dahlah sayang nak turun bawah" ujar Puteri, kemudian bangun dari duduknya.

"mana ada gatal. Sayang yang mula dulu. Mana aci" protes Darren geram.

"ah! diamlah kau!" herdik Puteri lalu melangkah keluar dari bilik mereka.

Sekali lagi Darren terkejut dengan lontaran kata isterinya.

"apa kena dengan bini aku ni?. Memang orang mengandung perangai macam ni ke apa?" kata Darren seorang diri. Belakang kepala yang tidak gatal digaru.

"Ibu, adik pergi rumah Puteri dulu tau. Kalau adik dah sampai Brazil, adik call ibu ye. Bye ibu, adik pergi dulu" usai itu, tubuh Puan Saleha dipeluk kemas. Puan Saleha turut membalas pelukan anaknya.

"hati-hati ye dik dekat sana. Emir, Sofea jangan leka sangat. Tengok Emiya juga. Dia ni bukan boleh dibiarkan. Karang ada benda-benda dia buat" pesan Puan Saleha pada pasangan baru suami isteri.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now