85

6.1K 126 6
                                    

    Langit malam yang gelap diterangi cahaya bulan dan bintang. Tuxedo berwarna hitam yang tersarung ditubuhnya dilihat dari lantunan cermin. Nampak segak dan bergaya. Begitu juga dengan rambut yang digayakan dengan gaya sekarang. Senyuman tipis terbit dibibirnya.

Perfume di sembur pada leher dan badan. Setelah siap menilik diri, dia mengatur langkah ke luar bilik hotel. Diluar bilik sudah ada Dania, Zafran, Emir, Sofea, Dinnie, Dinnash dan Syaina. Masing-masing berpakai pakaian tema hitam. Yang lelaki memakai tuxedo berwarna hitam manakala perempuan memakai dress hitam berbatu manik berkilauan silver. Kesemuanya tampak kacak dan cantik.

"Daddy!" Dinnash dan Dinnie berlari ke arah daddy mereka. Darren duduk berlutut menyamai tinggian mereka. Lantas kedua anaknya dipeluk.

"We miss you daddy" kata Dinnie. Dinnash mengangguk benar.

Darren tersenyum menyenget. "I miss both of you. So much!" ucap Darren. Rambut anak-anaknya digosok.

"Omg. Daddy! you ruined my hair" marah Dinnie. Cepat-cepat dia membetulkan semula rambutnya. Penat-penat aku buat sampai menjadi, senang je daddy rosakkan.

Dinnash ketawa, begitu juga Darren.

"By the way, you look handsome tonight daddy. Macam prince charming dekat istana tu" kata Dinnash, ceria.

Darren mengherot senyuman. "Of course am I. I'm is a Tengku Darren Kyle" balas Darren dengan muka bangga.

"Perasan" gumam Emir perlahan. Tapi cukup dengar di telinga Darren.

"Kau cakap ape?" mencerlung tajam mata Darren ke wajah Emir.

Emir tergamam. "Erk.. cakap ape?. Mana ada aku cakap ape-ape. Kan babygirl?" cemas Emir berkata. Bahu isterinya ditolak sedikit.

Sofea terkejut. Wajahnya berubah blur. "Ha? apa?" soalnya hairan.

Darren memberi jelingan maut pada Emir.

"Bro, jom turun. Mesti Puteri dah siap" celah Zafran. Mereka bertiga serentak mengalih pandangan pada Zafran.

"Ha okay. Jom" Darren bangun. Kemudian jalan beriringan bersama Dinnie dan Dinnash.

------

  "Ya Allah babe! Cantiknya you!!" puji Emiya. Tangannya ditepuk kuat kerana terlalu teruja.

Macam mana tak teruja dah kalau depan dia ni bukan lagi seorang bernama Puteri Amanda Milayla, tetapi seorang Puteri yang jatuh dari langit keberapa tak tahu. Penampilan Puteri yang mengenakan dress ala-ala princess ini sangat membuatkan Puteri nampak seperti seorang Puteri sebenar. Gaun kembang berwarna putih susu, dihiasi dengan taburan batu manik berwarna hitam berkilauan. Ditambah dengan make-up natural beauty. Sangat menimbulkan aura kecantikannya.

Contact lens? no need to wear sebab mata Puteri dah berwarna hijau original.

Puteri hanya senyum dengan pujian itu. Memang tak boleh nak dinafikan lagi penampilannya malam ini.

"Tapi Miya, I sedikit pelik" ujar Puteri tiba-tiba.

Kening Emiya berkerut. "Apa yang pelik?"

"Yelah, Semua orang pakai baju warna hitam. Kenapa I sorang kena pakai baju warna putih?" soalnya setelah sekian lama memendam.

Emiya mengangkat kedua bahu. "Entah, itu I tak tahu. Dah jom keluar. Semua orang dah tunggu you" kata Emiya, kemudian membantu Puteri berjalan. Nak jalan pun susah. Kain kembang sangat.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now