21

5.3K 197 7
                                    

Selesai menunaikan solat isyak, Emiya melipatkan kain telekung dan sejadah lalu disidai pada batang besi yang terlekat pada dinding biliknya.

Usai itu, dia mengatur langkah ke tingkat bawah untuk menonton tv. Selalunya jika time begini, pasti Puteri sudah terjerit-jerit memanggilnya dibawah untuk menonton movie. Tapi semenjak Puteri berkahwin dengan Darren, tiada lagi suasana riuh di rumah ini. Sunyi sepi sahaja hidup Emiya.

Punggung dilabuhkan diatas sofa. Keluhan kecil dilepaskan.

"boring nyaaa Ya Allahhh..." keluh Emiya. Remote astro dicapai lalu mencari rancangan yang menarik. Malah, satu rancangan pun tidak menarik baginya.

"haish.. apa aku nak buat ni ek?" soalnya sambil mata melilau disegenap ruang rumahnya.

Matanya terhenti pada buah epal yang berada didalam raga. Pantas dia berlari lalu mencapai buah tersebut. Emiya mengigit buah epal itu dengan penuh lazat. Telefonnya yang berada disisi diambil, nama ibunya dicari.

"Hello, Assalamualaikum mak" sapanya ceria.

"eh? lah.. kamu rupanya Kila. Waalaikumussalam" balas Puan Zaiton. Ibu Emiya dan Emir.

"mak ayah sihat? mak buat ape tu? dah makan?" bertalu-talu soalan dituju.

"alhamdulillah, kami sihat sahaja. Mak tak buat ape ape pun. Mak dah makan dah dekat tadi dengan ayah" ujar Puan Zaiton. Banyak betul soalan, nasib tidak sakit jantung.

Emiya tersenyum.

"abang kamu macam mana? sihat ke dia?" soalnya risau.

Emiya menjeling disebalik telefon. "abang sihat mak. Hai.. tanya abang je ke? Kila ni taknak tanya pulak" bibir dimuncungkan.

"ish kamu ni. mak tak tanya pun mak dah tahu, kamu sihat wal afiat, belum tua lagi, lainlah kalau baru keluar hospital. Macamlah mak taktahu jawapan kamu" perlinya. Emiya tergelak kecil.

"alah mak ni, nak bergurau pun tak boleh"

"hm kenapa rumah macam senyap aje? selalu kalau kamu telefon mak, kawan kamu tu bising-bising, kecoh macam pasar. Dia dah tidur ke?" tanya Puan Zaitun. Dia pelik mengapa rumah anaknya senyap lain macam?.

Emiya menghela nafas berat. Rambut yang terjuntai didahi di selak ke telinga.

"Puteri takde mak. Dia dah pindah rumah" ujar Emiya.

Puan mengerut kening. "pindah? kami bergaduh dengan dia ye?. Takbaik nak bergaduh dengan orang yang selalu tolong kita. Pergi minta maaf dengan dia!" marah Puan Zaitun tiba tiba.

"mak, mak salah faham ni. Bukan Kila bergaduh dia.. Puteri dah kahwin. Dia pindah ikut suami dia"

"hah?!" ternganga mulut puan Zaitun. "dah kahwin?"

"iya mak"

"kenapa jemput mak dengan ayah? sampai hati kawan kamu tu" cebik Puan Zaitun.

"erk..bukan tak jemput, tapi dia risaukan kesihatan mak dengan ayah. Ayah kan ada sakit jantung, mak pulak ada lelah. Takkan nak suruh ayah drive pulak kan?. Tapi takpe mak, Kila dengan abang dah pergi majlis tu jadi wakil mak ayah. Mak jangan sedih eh" kata Emiya. Harap ibunya percaya ape yanh dikatakan. Takkan nak bagitau perkara sebenar, betul tak?

"hm yelah, kalau macam tu baguslah. Cakap dengan dia mak ucap selamat pengantin baru ye. Kalau takde apa apa, mak letak dulu ye. Dah lewat malam ni. Assalamualaikum" ujar Puan Zaitun.

"okay, waalaikumusalam" seraya Emiya mematikan panggilan. Keluhan kecil dilepaskan.

Tv di matikan. Sejurus itu, dia melangkah kearah tangga lalu menuju ke biliknya. Tidur lagi bagus.







Isteri Tengku Kyle ✓ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant